Friday, 22 July 2016

Kami dah besar tau!!

Posted by Sizuka at 11:21 pm 5 comments
Assalamualaikum kawan2 semua!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin ikhlas daripada kami sekeluarga.. :)

Entry kali ni saya nak gambar2 hero kembar yang semakin besar dan semakin cheeky...
Dah 1 tahun 9 bulan.. Tak lama lg genap 2 tahun  :)
Banyak akal.. lagi2 lah bila lahir2 jer terus ada kawan kannn... sorang buat, yang sorang lagi akan mengikut... hahaha...

Doakan anak-anak kami Muhammad Haaris dan Muhammad Haadif menjadi anak2 yang soleh.. taat perintah Allah SWT, anak yang baik, anak yang bijak serta sihat tubuh badannya..

Dan x lupa juga untuk kawan2 semua, semoga terus diberikan kekuatan dalam menempuhi alam TTC.. In shaa Allah suati hari nnt masanya akan tiba jua.. Aamiin Ya Rabb....


Aidilfitri kedua bersama-sama si kembar.. Alhamdulillah.. 





 p/s: Sesiapa yg berhajat dan berminat nak join support group TTC, boleh emel sy.. byk kosong lagi.. sweetbaby.cutebaby@gmail.com

Tuesday, 12 July 2016

Event Miracle Babies of PHKL

Posted by Sizuka at 11:38 pm 0 comments
Assalamualaikum semua..

Lama sungguh sy x update entry baru.. dah 3 bulan lebih...
Skrg mmg sgt sibuk tgh master..
Ni pun curi2 masa update.. baru balik class sebenarnya.. Anak2 pun dah tido..

nak habaq kat korangggg..
Hospital Pantai yg bertempat di Bangsar akan mengadakan satu event atau lebih tepat Family Day la kot.. khas utk yg pernah mendapatkan rawatan kesuburan di sana...

So sapa2 yg pernah jalani rawatan IUI, ICSI semua di jemput hadir... yg sdg dptkan rawatan dsb pun di jemput..

Di sini, sy copy paste 'surat jemputan' drpd Dr Adilah yg diambil dr blog beliau sendiri.. Kot2 ada yg x sempat nak blogwalking atau yg line internetnya slow etc.....


Untuk julung-julung kalinya,
PHKL akan mengadakan pertemuan sesama pasangan yang pernah mendapatkan rawatan kesuburan di sini, sama ada :

- yang telah bersalin
- yang sedang hamil
- yang sedang dalam rawatan kehamilan
- yang pernah gagal dan masih ingin meneruskan rawatan kesuburan di PHKL

... sama ada melalui kaedah IVF, IUI atau 'courier/transporter FET'.


Cuma....

Yang tak sempat dijemput adalah yang hamil secara ubat subur sahaja atau hamil selepas menjalani pembedahan membaiki sistem peranakan eg pembedahan Endometriosis dsb kerana kami kesuntukan masa mencari rekod/fail memandangkan mereka tiada dalam rekod Unit IVF. Maka, sesiapa yang namanya tertinggal, sesiapa sahaja yang pernah mendapatkan rawatan kesuburan di PHKL dengan mana-mana doktor PHKL, bolehlah menghubungi :

03-22960892 (Ida)

... dengan memberikan nama penuh dan nombor IC atau nombor pendaftaran PHKL untuk dibuat semakan rekod/fail. Kita gunakan juga kaedah 'menjemput diri sendiri' ya. 


Program ini berlangsung selama setengah hari, bermula pada pukul 9.30am dan dijangka berakhir pada pukul 1 tengahari, insya' Allah.


Antara acara menarik;

1. Best Captured Moments Photo Contest.
Pastikan anda menghantar gambar tersebut menggunakan instagram seperti tertera di atas.


2. Mini Me contest
Lebih kurang ala 'siapa yang paling serupa' ala-ala My-Clone masing-masing, cuma ini lebih pada gaya pakaian. Maklumlah anak-anak kecil masih belum nampak sangat seiras rupa dengan ibu atau ayahnya. 

Ada pemerhati pada hari tersebut untuk 'memilih' pasangan ibu-anak atau ayah-anak atau ibu-ayah-anak sedondon sama ada berbaju Hari Raya ataupun berpakaian stail tersendiri.


3. Embrologist For a Day
Anda boleh menyaksikan bagaimana embriologis kami bekerja. Contohnya anda boleh melihat dengan sendiri menggunakan mikroskop yang disediakan saiz dan rupa sebenar sperma dan telur (cuma kali ini menggunakan sperma dan telur haiwan).

Malah, anda juga boleh mencuba melakukan prosedur 'sperm catching', satu prosedur yang memerlukan kemahiran embriologis dan menentukan kejayaan fertilization telur secara ICSI. Barulah anda faham akan kesukaran mereka melakukan tugasan ini, salah satu sebab mengapa kos IVF mahal. Ini baru 'sperm catching' , belum lagi prosedur lain. Sebenarnya ada banyak lagi faktor lain eg 'sperm selection' dll. 


4. Bento Set Demonstration
Anak memilih atau cerewet untuk makan? Anda boleh gunakan teknik 'menghias' makanan untuk nampak menarik di mata anak anda. Yang melakukan demonstrasi ini bukan calang-calang orang. Siapa lagi kalau bukan Pakar Pemakanan PHKL (Dietician). Sesiapa ang telah pernah mendapatan panduan pemakanan dari dietician PHKL lazimnya berpuashati dengan nasihat pengambilan kalori pemakanan yang diberikan.


6. Baby Massage Demonstration
Ini pun diajar oleh staf PHKL yang memang terlatih dalam bidang ini. Sesiapa yang pernah melahirkan bayi di PHKL mungkin pernah bertemu beliau.


7. Program-program lain seperti yang tertera di poster di atas dan beberapa pertandingan atau permainan, saya teka mungkin 'pertandingan ayah yang paling cepat memakaikan lampin anaknya'. Mungkin.


8. Program tambahan yang saya tunggu-tunggu (dah bertahun dah ni dirancang dan ditapis berkali-kali) : pelancaran website baru kami "Journey to Conception" IVF Microsite oleh CEO PHKL : En Anwar Anis.


9. "Couple's Sharing Session" secara informal.
Masa inilah nak buat support group baru atau buka WhatsApp TTC Group tambahan. 


10. Makan-makan juga ada disediakan.
Sewaktu pendaftaran 9.30-10am : light refreshment
Akhir program 12 tengahari : lunch


PROGRAM INI MELIBATKAN PIHAK MEDIA.
Ada sesi 'press conference' di antara pihak PHKL dan media.
Bagi mereka yang inginkan 'privacy' maka tidak dapat hadir, jangan bimbang, kami tidak berkecil hati. Kalau nak datang pakai topeng muka dll, kami tetap sambut dengan tangan terbuka. Tetapi bawa kad pengenalan diri ya.


Di tengah-tengah keseronokan tu, jaga anak masing-masing ya. Nak perhatikan anak orang lain pun boleh juga, manalah tahu kot-kot nak cari calon menantu, ahaha.


Tak sabar tak berjumpa setelah lama dilepaskan kepada doktor-doktor perbidanan yang lain.
Kita jumpa di sana! Insya'Allah
 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea