Wednesday, 25 February 2015

Blogger Template

Posted by Sizuka at 11:30 am 3 comments
Blogger2 sekalian...

Walaupun saya dah 5 tahun menjadi seorang blogger, ketahuilah bahawa sy ni jenis malas nak tukar2 design, theme etc... Sebabnya takut segala entry2 ku hilang... kikikiki...

apa daaaaa.... :p

Oleh itu, minta jasa baik anda utk share kat website mana yg menawarkan template yg menarik dan semestinya percuma!

Yang sekarang punya ni saya masih x puas hati.. Pening dah nak google sana sini... Budak baru nak belajar kan... hikhikhik

Sekian, terima kasih..

Wednesday, 11 February 2015

Jangan takut mulakan rawatan

Posted by Sizuka at 9:39 am 4 comments
Duduk saja2 teringat pulak pasal rawatan...

Saya start buat rawatan pada January 2012.. Masa tu kami dah berkawen selama 1 tahun 7 bulan.. Mmg kami dah bincang, dapat duk sekali jer nak cuba natural 3 bulan, jika masih x lekat juga maka kami akan jumpa doktor... Ditakdirkan, mmg langsung x lekat... Maka bermulalah episod rawatan demi rawatan....

Mmg tidak dinafikan saya ni jenis yang takut jumpa doktor.. Takut dikhabarkan perkara yang tidak baik, takut nak hadapi kenyataan, takut jarum dan malu nak berTVS!

Tapi rasa mcm tak percaya pula bila diri ni mampu harungi semua ketakutan itu... Sesungguhnya banyak hikmahnya di sebalik semua ini... Saya dah berani macam2.. Alhamdulillah... :)  :)  :)

Ada juga beberapa kenalan saya yg mengadu beberapa perkara berhubung hal rawatan... Ada yang takut bila dapat tahu benda yang x best pada diri sendiri.. YA, mmg itu yang saya fikirkan dulu.. Tapi kalau kita x jumpa doktor/gynae/pakar, macam mana kita nak keadaan diri kita dan suami?? Nak x nak kita kena hadapi juga untuk tau punca dan jalan penyelesaian.... Sentiasa mohon pada Allah supaya kuatkan hati kita dan tabah harungi semua ujian, dugaan dan cabaran.. Mohon juga supaya Allah permudahkan segala urusan kita... Mintalah padaNya.... Semua atas izinNya jua...

Ada juga yang cakap tak mampu kerana kos rawatan yang tinggi... Mmg betul... kalau buat di swasta segalanya berbayar.. Tapi kita tetap ada pilihan.. Pergilah jumpa gynae di hospital kerajaan.. Walaupun prosesnya tidak selaju di hospital swasta, tapi kita tetap berusaha.. Ramai juga yang berjaya buat rawatan di hospital kerajaan...

Ada juga yang cakap mereka terlalu sibuk... Pada pendapat saya, cubalah cari sedikit masa.. dan jangan tangguh begitu lama... Kerana masa itu emas... Usia juga tidak menunggu kita...

Sekian saja utk entry kali ni... Maaf jika ada salah silap dari saya... Sesungguhnya yang buruk itu dari saya dan yang baik itu dari Allah SWT....

-Hugs-
 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea