Wednesday, 4 November 2015

Budak U again!!

Posted by Sizuka at 3:39 pm 5 comments
Yeayyyyy!!! Kita dah jadi budak U balik laaaa...

Hahahhaha..

X semudah yang disangka sebenarnya.. Umur dah 30 baru nak sambung master...
Otakku jem, berkarat....
Rasa mcm risau dan berdebar-debar.
Asik la duk bertanya kat adik2 tentang itu ini.. maklumlah depa fast learner... hehehehe
Nasib baiklah depa baik dan mahu jawab segala pertanyaan hakak... :p

Saya amik course Food Tech di UPM..

Kelas 3 kali semiggu.. 2 kelas malam dan 1 di waktu pagi.. Alhamdulillah skrg sy banyak masa dengan si kembar... Layan karenah diorang, main sama2... Berbanding sebelum ni, 7.20am dah hantar ke rumah pemgasuh. Jam 6.00pm baru dpt amik si kembar.. Sekarang ni, hantar bila perlu sahaja... Alhamdulillah, Tq Ya Allah..

Mudah-mudahan segala urusan kami dipermudahkan Allah.. Aamiin..


Buah hati mama dan babah.. Lena tidur dalam kesejukkan Kundasang....

Monday, 2 November 2015

Hello November!!

Posted by Sizuka at 12:39 am 1 comments
Assalamualaikum semua..

Cepat betul dah November... Lebih kurang 60 hari lagi, kita akan masuk ke tahun baru iaitu 2016...

Banyak cerita yang saya nak kongsi dengan korang semua sebenarnya.. Jom kita senarai satu persatu... Hehehehe...

1. Kisah saya yang bergelar pelajar U kembali
2. Kisah Double H yang sudah berusia setahun!!!
3. Kisah percutian kami ke Sabah
4. Kisah bisnes kecil-kecilan


In shaa Allah slow2 saya akan cuba siapkan kesemua entry2 ni (Dah byk kali janji. huhu)..
Rindu berblogging mcm dulu...

Salam sayang,,

Thursday, 8 October 2015

Mini gath TTC

Posted by Sizuka at 3:03 pm 1 comments
Assalamualaikum wbt semua...

lama x menulis terasa kekok pulak.. hehehe..
x po la.. den cubo yo...  :)

13 September lepas, bersempena Syawal (tp dah 1 Zulkaedah masa tu), kami mengadakan mini gathering TTC di rumah saya bertemakan pot luck... sedap2 makanan semua...

segalanya dilakukan dalam masa yang singkat.. tidaklah kami merancang awal2.. kebetulan saya mengajak utk makan laksa di rumah kerana kebetulan mahu mengajak kawan2 opis dtg ke rumah, kemudian timbul pula idea drpd kawan2 yg lain utk mengadakan perjumpaan sekali...

Alhamdulilah ramai yg datang.. Meriah sangat sampai nak duduk pun x de tempat.. Ampunkan daku ya.. rumah kocik.. hihi...

TTC menyatukan kami semua.. daripada x kenal, kami bersembang di whatsapp dan kemudian menjadi kawan baik...

Jom kita layan gambar.... :)







Sunday, 13 September 2015

Apa khabar?

Posted by Sizuka at 11:43 pm 2 comments
Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat yang dikasihi semua,


Lamaaaaa gila daku menyepi tanpa sebarang entry baru..
bukan menyombong, tapi daku ada masalah lappy..

Ada x yang masih mengingati diriku ini? Sobsss....

Banyak rasanya benda yang nak dikongsi bersama-sama..
Akan ku buat satu persatu...


Sekian,

Mode mengetest lappy baru :)


Friday, 8 May 2015

Apa khabar semua??

Posted by Sizuka at 1:44 pm 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Lama betoii daku x update... bzzz sket... tambah pulak x leh nak update guna laptop tua sy.. sejak update lhdn... tu yg terus jd mcmtu sbb kene unable cookies bagai.. saya plak x tau camno nak kembalikan kepada yg asal... huhu

Perkembangan double H pulak, abg haaris skrg duk buat posisi merangkak sambil goyang2.. adik haadif plak dah pandai merangkak n duduk... ade hati nak berdiri sambil pegang meja kerusi...

K lah, nnt sy update lg.. :)

Tuesday, 24 March 2015

Gerammm....

Posted by Sizuka at 8:35 am 7 comments
Gerammmm...
Saje nak lepaskan kat cni.. hehe

Beberapa minggu lepas, daku book tiket ke Sabah menggunakan perkhidmatan Air Asia.. Jalan2 ngan family..
Sekali bila check malam td tiket tu harganya jatuh sekali ganda..
Daripada RM158 return jadi RM78 je return....

Baru ku tahu, nak dapat tiket murah kena tunggu MATTA FAIR dulu..
Adeiiiii....
Suka berjalan.. tp x tau pun tips ni.. kuikuikui....

So kawan2, booke la tiket sekarang.. Promosi sehingga 29 Mac 2015..
Boleh terbang dari September 2015 hingga May 2016..

Lesson learned.... :p :p :p

Friday, 6 March 2015

Haaris tak sihat

Posted by Sizuka at 3:29 pm 7 comments
Haaris dan Haadif dah 4 bulan lebih.. Haaris tiba2 demam.. Mujur Haadif ok.. 1st time jugak mama n baba jaga n handle anak x sihat..

Kesian tgk dia x berapa aktif.. Asik duk main tangan dia.. Belek2 tangan gebu dia... Bila dah kebah barulah dia nak meniarap n membebel...

Semoga Haaris cepat sembuh.. Risau sgt.. Dah la minggu depan Haaris Haadif nak kene tinggal ngan baba 3 hari.. Mama outstation.. huhu...


Wednesday, 25 February 2015

Blogger Template

Posted by Sizuka at 11:30 am 3 comments
Blogger2 sekalian...

Walaupun saya dah 5 tahun menjadi seorang blogger, ketahuilah bahawa sy ni jenis malas nak tukar2 design, theme etc... Sebabnya takut segala entry2 ku hilang... kikikiki...

apa daaaaa.... :p

Oleh itu, minta jasa baik anda utk share kat website mana yg menawarkan template yg menarik dan semestinya percuma!

Yang sekarang punya ni saya masih x puas hati.. Pening dah nak google sana sini... Budak baru nak belajar kan... hikhikhik

Sekian, terima kasih..

Wednesday, 11 February 2015

Jangan takut mulakan rawatan

Posted by Sizuka at 9:39 am 4 comments
Duduk saja2 teringat pulak pasal rawatan...

Saya start buat rawatan pada January 2012.. Masa tu kami dah berkawen selama 1 tahun 7 bulan.. Mmg kami dah bincang, dapat duk sekali jer nak cuba natural 3 bulan, jika masih x lekat juga maka kami akan jumpa doktor... Ditakdirkan, mmg langsung x lekat... Maka bermulalah episod rawatan demi rawatan....

Mmg tidak dinafikan saya ni jenis yang takut jumpa doktor.. Takut dikhabarkan perkara yang tidak baik, takut nak hadapi kenyataan, takut jarum dan malu nak berTVS!

Tapi rasa mcm tak percaya pula bila diri ni mampu harungi semua ketakutan itu... Sesungguhnya banyak hikmahnya di sebalik semua ini... Saya dah berani macam2.. Alhamdulillah... :)  :)  :)

Ada juga beberapa kenalan saya yg mengadu beberapa perkara berhubung hal rawatan... Ada yang takut bila dapat tahu benda yang x best pada diri sendiri.. YA, mmg itu yang saya fikirkan dulu.. Tapi kalau kita x jumpa doktor/gynae/pakar, macam mana kita nak keadaan diri kita dan suami?? Nak x nak kita kena hadapi juga untuk tau punca dan jalan penyelesaian.... Sentiasa mohon pada Allah supaya kuatkan hati kita dan tabah harungi semua ujian, dugaan dan cabaran.. Mohon juga supaya Allah permudahkan segala urusan kita... Mintalah padaNya.... Semua atas izinNya jua...

Ada juga yang cakap tak mampu kerana kos rawatan yang tinggi... Mmg betul... kalau buat di swasta segalanya berbayar.. Tapi kita tetap ada pilihan.. Pergilah jumpa gynae di hospital kerajaan.. Walaupun prosesnya tidak selaju di hospital swasta, tapi kita tetap berusaha.. Ramai juga yang berjaya buat rawatan di hospital kerajaan...

Ada juga yang cakap mereka terlalu sibuk... Pada pendapat saya, cubalah cari sedikit masa.. dan jangan tangguh begitu lama... Kerana masa itu emas... Usia juga tidak menunggu kita...

Sekian saja utk entry kali ni... Maaf jika ada salah silap dari saya... Sesungguhnya yang buruk itu dari saya dan yang baik itu dari Allah SWT....

-Hugs-

Thursday, 22 January 2015

Follow up selepas bersalin

Posted by Sizuka at 4:20 pm 4 comments
21 January 2015

Kami ke HUKM.. ada temujanji dengan pakar untuk follow up selepas bersalin.. sepatutnya 11 Disember lepas, terpaksa pospon  ke 31 Disember pastu pospon lagi ke 21 January.. dan Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan Prof.. Rindu kat prof.. hehe

Jam 8.00am hantar si kembar ke rumah pengasuh. Lepas tu kami terus gerak ke hospital. Sampai jam 9.. Dalam kul 10 lebih, pelajar prof (student medic final year) panggil kami.. nak interview tentang sejarah saya sampai la di sahkan pregnant... Untuk present ke prof katanya.. hehe... Kami layankan jaaaaa...

X lama lepas tu, kami masuk bilik prof... Terus prof sapa dan bersalaman... Rindu ku terlerai sudahhhh bila tgk wajah prof... Senyuman x lekang di bibirnya.. Lepas tu kami sama2 dgr pelajar prof present hasil dia interview kami tu..

Prof tanya macam2 kat sy.. pasal baby dan juga keadaan saya.. Actually lepas melahirkan, sy diserang sakit kepala yg agak teruk.. berlarutan sehingga 2 minggu.. Disusuli pula dengan masalah mata di mana sy akan melihat objek dengan ganda dua.. Masalah mata ni hilang setelah 2 bulan lebih melahirkan. Tapi prof cakap kemungkinan saya sebenarnya bukan diserang migrain tetapi masalah pada spinal kesan drpd epidural.. keadaan ini digelar spinal xxxxxxxx.... Maaf, yg xxxxxxxx tu sebab sy x ingat... hehe.. Prof cakap sepatutnya saya kena bgtau masa dalam wad yg saya sakit kepala sebab mereka akan drip air byk2 atau masukkan darah kat spinal (maaf, klu sy salah faham penerangan prof.. maklumlah kdg2 x faham istilah medic)... Tapi waktu tu sebenarnya saya hanya ingatkan saya sakit kepala disebabkan tidak tidur selama lebih 24 jam... Rupa2nya saya silap.. Ape2 pun syukur sgt sbb saya sihat :) Alhamdulillah...

Lepas tu, prof check parut czer saya.. Prof puji.. pandai jaga katanya.. sebab hanya nampak 1 line saja.. kembang kempis hidung ai hokkeyyyy.... hahaha.. Prof suggest utk sapu krim pada parut czer utk elakkan keloid muncul di kemudian hari sbb ada yang muncul after 4-5 bulan...

Ada juga sy bertanyakan tentang masalah PCOS dan ovary kiri saya yang tinggi.. Telur pada ovary kiri mmg langsung x dapat disedut semasa OPU tempoh hari.. In sha Allah next appointment pada 25 Mac ni.. Prof akan lihat semula.. Mudah2an segalanya normal.. Aamiin....


Thursday, 15 January 2015

Double H dah 3 bulan

Posted by Sizuka at 3:52 pm 15 comments
Alhamdulillah 11 January lepas, our double H, Haaris dan Haadif genap 3 bulan. Dah terror bersembang n dah pandai ketawa mengekek.. hihi... Masing2 badan dah semakin tembun... kuat susu diorang nih.. Susu badan juga masih ada tapi terpaksa gak top up ngan susu formula... huhuhu...

Hari ni 1st day saya masuk kerja selepas 3 bulan cuti bersalin.. Sedih sgt2 nak tinggalkan depa ngan pengasuh. Pagi2 kejutkan bangun siap senyum2.. Mama teringat2 sangat.. huhu... Ni dah tak terhitung entah berapa kali duk meleleh ayaq mata... Kalau ikutkan perasaan ni nak je berenti kerja...

Buat yang request gambar Double H....



Tuesday, 6 January 2015

Selamat tahun baru 2015

Posted by Sizuka at 9:38 pm 5 comments
Assalamualaikum wbt

Lama betul tak bersiaran..
Twin Double H pun dah hampir 3 bulan.
Alhamdulillah dah tembun2 dah depa.. hik3.

9hb ni patut dah naik kerja.. tp sy amik cuti dan naik pada 15hb..
Senang nak kira kat pengasuh nnt..

Sedih rasa nak tinggal twin bila g kerja nanti di saat mereka sekarang dah pandai macam2.. huhu..
Harap2 pengasuh sayang la kat diorang ni dan jaga dengan baik..
Kalau ikutkan hati nak berenti je keja ni.. huhu

Selamat tahun baru kawan2.. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..
Semoga urusan kawan2 dalam bertreatment dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT..
Semoga kita semua dipermudahkan rezeki juga... In Shaa Allah.
Aamiin Ya Rabbal Alamin...
 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea