Thursday, 20 November 2014

Nikmat Allah.. Renungan bersama-sama..

Posted by Sizuka at 5:21 pm 3 comments
Copy paste from fb.
Tazkirah daripada Ustazah Siti Khadijah...

Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.
Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.
Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.
Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.
Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadanya.
Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.
Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas.
Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.

Thursday, 13 November 2014

Kisah di sebalik Oktober

Posted by Sizuka at 12:59 am 5 comments

Tengah baring2 ni saya teringatkan sesuatu.. iaitu tentang bulan Oktober.. Oktober yang memberikan kisah suka dan duka.. Juga mencatatkan sejarah yang tak mungkin dilupakan sepanjang hidup..

Oktober 2012

8.10.2012 - 1st IUI saya... masa ni buat di LPPKN under Dr Hamizah.. Masa ni byk juga telur.. ambil suntikan hormon.. sehari sebelum IUI, kami book Hotel Quality yang bersebelahan je ngan LPPKN.. Takut lambat sampai sbb rumah kami jauh.. dah sempadan ngan Nilai.. Ptg tu after check in, sempat jalan2 ngan hubby.. G sogo n bangunan kat sebelah sogo tu. Siap beli kasut warna oren ngan jam tangan jenama casio.. jam yg masih sy pakai sehingga kini.. Esoknya, lepas sarapan, kami terus ke LPPKN.. prosedure dlm kul 9.30am.. Alhamdulillah.. Mcm x percaya dah berjaya lalui proses IUI.. Kalau x silap, depa ada bg tarikh, klu x period kena dtg.. tp IUI ni failed!! Saya datang bulan! Sedih sgt2.. nangis sampai tersedu2.. Mcm dah xde hari esok.. haha..

Oktober 2013

23.10.2014 - 2nd IUI under Dr Adilah Ahmat di Hospital Pantai, Bangsar.. Kali ni lebih relaks.. Sbb dah tau mcm mana kan.. Sebenarnya kami patut buat IUI pd bulan September.. Tp ditakdirkan suami sy sakit.. Demam teruk.. So kami tangguh ke bulan Oktober.. rupa2nya walau dah tangguh 1 bulan, tetap bagi effect pd jumlah sperma.. Sperma hubby drop sgt masa ni.. oh ye, masa ni sy just ambil pil hormon dan ada 3 ovum matang.. so masa tu sy mcm dah sedia awal2.. mcm dah tau je resultnye.. tp tetap teruskan sbb segalanya adalah kehendak Allah. Sikit atau byk sperm, rezeki tu dtgnya drod Allah.. So kali ni failed jugak.. x da apa2 perasaan.. Alhamdulillah Allah beri kekuatan.. lgpun dlm kepala dah set, klu failed nak wat icsi terus.. huhu..

Oktober 2014

11.10.2014 - Alhamdulillah selamat melahirkan 2 khalifah yang dinantikan selama ini.. Perasaan yg sungguh terharu, gembira, sebak.. Macam2 dugaan yang ditempuhi demi mendapatkan mu wahai anak2.. Semoga kalian menjadi insan yg soleh, beriman dan berjaya dunia akhirat...

Monday, 3 November 2014

Haaris dan Haadif

Posted by Sizuka at 4:09 pm 11 comments
Alhamdulillah hari ni hero 2 orang tu berumur 24 hari.. Setakat ni mudah nak jaga.. Cuma kadang2 berjaga malam mintak dipeluk dan didodoi.. Kuat minum susu.. hampir 4oz dah sekali minum..
Freshhh dari perut mama...

Pelbagai aksi..
 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea