Monday, 4 August 2014

Raya dan Kehilangan

Posted by Sizuka at 11:17 am 5 comments
Alhamdulillah hari ni kita dah menyambut 8 Syawal.. Harap2 x terlambat la untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Ampun dan maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan kekhilafan dari saya..

Tahun ni kali ke 5 kami menyambut Aidilfitri sebagai suami isteri.. Dan turn raya kali ni adalah di rumah keluarga saya di Jitra, Kedah... Kali ni buat pertama kali kami sekeluarga buat lemang dengan tunjuk ajar dari jiran sebelah.. Alhamdulillah menjadi.. hehe.. Tema kami tahun adalah warna merah... Sakit mata nko....

Raya kedua petang pula kami bertolak balik. Sampai di rumah jam 12 malam. Esok pagi baru bergerak ke rumah keluarga hubby di Kluang, Johor.

Alhamdulillah sepanjang bercuti raya kesihatan saya baik.. Sakit2 pinggang, tukang belakang dan lain2 sakit adalah perkara biasa.. Sempat juga sediakan beg baby sebab saya dah 28 minggu sekarang.

Tapi raya tahun ni juga kami kehilangan ahli keluarga apabila nenek saya sebelah abah meninggal dunia pada pagi 28 Ramadhan bersamaan dengan 26 Julai 2014. Terkejut sangat masa dapat berita tu.. Syukur sempat juga kami ziarah tok masa 1 Ramadhan. Macam x percaya pula tok dah meninggalkan kami. Macam tengah tidur je dengan raut wajah yang sangat tenang..

Semoga arwah tok di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan solehah di sisiNya.. Aamiin...

Al-fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah binti Ahmad..







 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea