Friday, 27 June 2014

Sambut Ramadhan bersama Keluarga

Posted by Sizuka at 4:19 pm 7 comments
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah Ahad ni umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.. Semoga Ramadhan ini memberi seribu satu makna, rezeki yang melimpah ruah dan amal ibadat yang berlipat kali ganda.. InshaaAllah..

Malam ni kami akan bergerak pulang ke Kedah bersama adik dan adik ipar untuk meraikan bulan Ramadhan bersama keluarga saya.. Semalam masa call mak, mak siap offer nak suruh masak apa.. Apa lagi ai order la macam2.. haha... Dasar nafsu sungguh ai nih...  :p

Mudah-mudahan saya akan kuat dan badan sihat untuk berpuasa.. Pertama kali berpuasa dalam keadaan berbadan dua.. Rabu lepas masa ganti puasa tu ok je.. Cuma syaratnya tak boleh kuar dari rumah or pejabat sebab cuaca yg amat panas sekarang ni.. Tak tahan laa.. Rasa macam melepet jer seharian walaupun dah lepas buka puasa.. Mungkin masalah low blood pressure ni kot.. huhuhu...


** SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA**




Wednesday, 25 June 2014

Dah hampir 6 bulan

Posted by Sizuka at 8:55 am 4 comments
Alhamdulillah hari ni dah 22w 6d.. esok pulak genap 23w.. Minggu depan 24w.. InsyaAllah..

Perkembangan terkini, untuk saya pastilah bertambah kembang.. haha.. babies pulak Alhamdulillah asik duk main bola kat dalam ni.. mentang2 la skrg ni tgh world cup kan.. hahaha

Sekarang ni sejak dpt bos baru terasa mcm makin sibuk... Last week masa outstation ke Klang, tetibe boleh rebah.. Pitam.. Mujur ada kawan2 yg membantu dan sempat pegang saya.. Saya pitam mungkin disebabkan cuaca yang panas dan tekanan darah rendah yg sy alami skrg.. Sedar2 jer rasa terpinga-pinga n pelik kawan2 duk kecoh2.. haha

Minggu lepas juga saya dah start check up di HUKM.. Alang2 tu pi buat buku jugak di KK.. InsyaAllah akan bersalin di HUKM juga.. Doakanlah semua dipermudahkan ya...

Harini ganti puasa.. Last day.. tahun ni lambat pulak saya habiskan puasa ganti... sebelum ni awal2 dah settle... Malam td kul 5 bersahur.. Makan nasik.. Mudah2an dapat bertahan sehingga waktu berbuka... Dan sy juga mengharapkan bulan puasa ni cuaca baik2 saja, redup dan kalau boleh biarlah hujan hari2... hehehe...

Wednesday, 4 June 2014

4 Tahun Melayari Bahtera

Posted by Sizuka at 12:06 pm 20 comments
Alhamdulillah.. Syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana hari ni kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 4...

4 tahun dahulu kami dinikahkan pada tanggal 4 June 2010 di Masjid A'la, jam 11 pagi pada hari Jumaat...

Perkenalan kami bermula pada cuti semester matrik iaitu pada 2003 di usia 18 tahun.. Pada awalnya kami hanya bertegur sapa di laman sembang MIRC... Setahun lepas tu, ketika kami sama2 dah melanjutkan ke IPT, kami buat blind date.. hihi... Makan pun x habis nkoo.. malu punya pasal...


Ya Allah , 

Tuhan yang menyatukan dua hati kami, 

Engkau campakkanlah ke dalam hati kami, perasaan kasih sayang antara satu sama lain, sebagaimana Engkau satukan hati Nabi Muhammad SAW bersama Saidatina Khadijah RA.

Syukur Ya Allah... Berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat... Aamiin...


Untuk suamiku yang tercinta, Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-4.. Sayang abang selamanya..
.



Saat diijabkabulkan...


Macam tak percaya dah 4 tahun.

Selama tempoh 4 tahun ni kami bergaduh,  ketawa dan bergurau senda bersama-sama.. Susah dan senang kami harungi bersama-sama...

Dalam tempoh ini juga kami struggle utk dapatkan cahayamata.. di tahun kedua perkahwinan barulah kami dapat tinggal sebumbung apabila saya dapat bertukar. Alhamdulillah...

PadaMu Ya Allah, kami juga amat bersyukur apabila diberi peluang untuk menimang cahayamata sendiri.. Selamatkanlah dan sihatkanlah kandunganku ini.. dan izinkanlah anak-anak ini bersama-sama dengan kami... Ya Allah, permudahkanlah segalanya buat kami.. Aamiin... Dan berilah juga peluang buat rakan-rakan kami yang masih menantikan kehadiran si kecil...

Harini sememangnya saya merasa amat sayu sekali... Feel anniversary kali ni amat lain sekali.. Dari pagi asyik mengalirkan air mata.. Air mata kegembiraan dan  kesyukuran...

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea