Thursday, 22 May 2014

Appointment terakhir dgn Dr Adilah

Posted by Sizuka at 9:11 am 24 comments
Assalamualaikum wbt

Semalam (21 May 2014), merupakan appointment saya dgn doktor kesayangan saya iaitu Dr Adilah.. Alhamdulillah semalam pun x lama nak tunggu doc dan sy merupakan org terakhir semalam.. Sengaja pergi lambat2 sbb boleh ada masa nak amik gambar ngan doc.. hehe

Hasil scan, babies dua2 aktif dan membuat pelbagai aksi sehingga membuatkan doc ketawa... Doc kata ni baru pertama kali beliau tgk baby buat aksi mcm tu... Hai la babies, macam tau2 jek ni last appointment mama.. hehe...


Sebelum keluar dari bilik doc, kami bersalaman erat dan lama.. Doc pesan supaya breastfeed anak2 walaupun terdapat cabaran memandangkan saya bakal dapat twins... Doc suruh buat yang terbaik dan jaga lah kandungan baik2... Doc juga pesan bawak babies berjumpa dengan beliau dan whats app gambar babies.. hehe

** time ni air mata dah bertakung di mata tp terpaksa buat2 macho sebab malu nak nangis.. kui3...**

Kepada Dr Adilah, andai kata doc baca entry ni... Terima kasih atas usaha dan jasa yang doc berikan kepada kami dalam merealisasikan impian kami untuk mempunyai zuriat sendiri (dengan izin Allah SWT).. Hanya Allah saja yg dapat membalas budi baik doc kepada kami... dan semoga doc bahagia serta diberikan kesihatan yg baik di samping keluarga tercinta.. InshaAllah semoga kita bertemu lagi...

Bila dikenangkan kembali, rupa-rupanya genap setahun saya bersama Dr Adilah... Pertama kali saya jumpa doc adalah pada 27 May 2013 dan semalam merupakan appointment terakhir iaitu 21 May 2014..

** Air mata dah bertakung kembali **


Sila abaikan badan saya yang mok dan bam bam ittew...  hahaha

Monday, 19 May 2014

Masih menghantui diriku..

Posted by Sizuka at 8:30 am 8 comments
Hari ni saja nak cerita tentang mimipi.. di mana mimpi-mimpi ini merupakan perkara yang pernah saya alami sebelum disahkan pregnant...

Beberapa kali jugak la saya mengalami mimpi ni...

Dalam mimpi tu saya dalam 2ww.. Takut sangat period datang dan sangat mengharapkan keajaiban akan berlaku.. Entahlah yer, kisah yang setiap bulan dilalui dahulu sampai terbawa-bawa dalam mimpi sehingga kini..

Bukan mudah kita as TTCian nak hadapi perkara-perkara macam ni.. Saban bulan menanti dan mengharapkan berita gembira dariNya.. Kita mmg insan yang terpilih.. Orang lain mungkin tak akan rasa..

Thursday, 15 May 2014

17 minggu sudaaa..

Posted by Sizuka at 9:36 am 14 comments
Alhamdulillah.. hari ni usia kandungan dah genap 17 minggu.. Syukur Ya Allah.. Selama 17 minggu ni sudah 3 kali saya diduga dengan insiden bleeding.. Saya juga mengalami tekanan darah rendah yang membuatkan saya cepat letih dan kadang2 terasa mcm nak pitam...

Tapi saya rasa amat bersyukur kerana saya tak mengalami alahan, loya, mabuk dan sebagainya.. cuma masa mula2 disahkan pregnant, kadang kala saya ada mengalami kembang tekak bila melihat makanan yg x kena di mata dan tekak.. hehe...

Di usia 17 minggu ini, babies sudah semakin membesar dan bergerak aktif sewaktu doc tgh scan.. tp saya masih belum dapat rasa...

Semoga babies membesar dengan sihat dan kuat...

Saya juga mengharapkan dapat bersalin normal. Mudah-mudahan dengan izinNya..

Tuesday, 6 May 2014

Kos ICSI di Pantai..

Posted by Sizuka at 3:56 pm 7 comments
Assalamualaikum wbt..

Atas permintaan, kali ni saya nak berkongsi mengenai kos ICSI yang kami jalani di Hospital Pantai, Bangsar under Dr Cantik..

Tapi harus diingatkan bahawa, kos yang saya share ni adalah tidak sama untuk setiap orang.. Kerana setiap orang mempunyai situasi dan masalah yang berbeza.. So mmg tak adil kalau hanya nak compare dari segi kos semata-mata..

Walaubagaimanapun, saya hanya share setakat proses ET sahaja.. Kos-kos selepas ET saya tak share sbb banyak saya lupa nak catat.. :p

Kos-kos yang terlibat ni saya dah rangkumkan kesemuanya.. dah campur darab semua siap2.. hehehe



Consultation + TVS        = RM 925.00
Detail Sperm Analysis     = RM 125.00
Ujian Darah                    = RM 196.00
Ubat-ubatan                   = RM 7155.40
OPU                              = RM 7800.00
ET                                 = RM 2125.00 (Termasuk warded 2 hari)

TOTAL                        = RM 18, 326.40



** Jangan terkejut tgk kos ubat ye.. sbb ovum2 sy lambat respon.. Jadi kos ubat terpaksa ditambah..


 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea