Friday, 11 April 2014

Amalan sebelum, semasa dan selepas IVF

Posted by Sizuka at 11:54 am
Assalamualaikum wbt

Hari ni sy nak share apa amalan yg saya buat sebagai persiapan untuk menjalani rawatan IVF/ICSI...


SEBELUM

Pemakanan
-3 bulan sebelum start proses cucuk mencucuk, sy amik multivitamin dan acid folic.. Multivitamin tu sy amik yg ada vit D 400IU di dalamnya.. Saya beli brand Blackmores. Amik setiap hari.. Jgn skip2...
-1 bulan sebelum, sy amik TF Advance dan Jigsaw Magnesium dalam usaha untuk meneutralkan dan mengalkalikan rahim. Multivitamin dan acid folic tetap diteruskan. Makanan yg pedas dan masam juga sudah mula dikurangkan.
-Seminggu sebelum start cucuk sy dah start elakkan makanan yg pedas dan masam.

Rohani
-Banyakkan bersedekah
-Kerapkan Solat Hajat


SEMASA (Masa proses cucuk2)

Pemakanan
-Multivitamin dan acid folic tetap diteruskan
-Hari2 amik telur 2 biji dan minum air soya.. telur dan soya membekalkan protein yang bagus utk membaiki sel badan dan juga utk mengelakkan OHSS.
-Hari2 minum air zam zam, kurma dan buah tin.. Ini utk mengalkalikan rahim supaya embryo senang menempel.
-Air kosong sekurang2nya 2 liter sehari
-Elakkan makanan yg pedas dan masam

Rohani
-Banyakkan bersedekah
-Solat hajat buat setiap selepas solat fardhu, alfatihah, ayat qursi, selawat dll


SELEPAS (Start ET)

Pemakanan
-Multivitamin dan acid folic masih diteruskan
-Telur dan soya juga hari2 (utk elak OHSS)
-Air kosong sekurang2nya 2 liter (Utk elak OHSS)
-Air zamzam, kurma dan buah tin juga (Utk mengalkalikan rahim)
-Elakkan makanan yg pedas dan masam

Rohani
-Solat hajat selepas setiap kali solat fardhu
-Setiap kali baca yasin, Quran, al-fatihah, ayat qursi, selawat dan zikir, letakkan tangan di perut sambil gosok2. Niatkan supaya rahim kuat. anak kuat dan sihat dll...


SEKARANG

Pemakanan
-dah tukar kepada multivitamin utk ibu mengandung di samping supplements lain
-Air zam zam, kurma dan buah tin saya masih amalkan sampai skrg
-Air kosong sekurang2nya 2 liter

Rohani
-Solat hajat selepas setiap kali solat fardhu
-Setiap kali baca yasin, Quran, al-fatihah, ayat qursi, selawat dan zikir, letakkan tangan di perut sambil gosok2. Niatkan supaya rahim kuat. anak kuat dan sihat dll...


** Masa nak buat ivf ni (x kira lah, iui ataupun lain2), kalau boleh jangan disorokkan dari pengetahuan mak ayah.. kerana doa mereka adalah sgt mustajab...

28 comments:

Suwaibah YS said...

Tq so much Sizuka for sharing dis..
I bookmark this entry.. mana tahu sue dh nak buat IVF , blh refer ni smula :)

Bunga Lily said...

Ly da lupa sizuka ape makanan yg ly amalkan sblm ivf sbb rase macam da lame ttc. Sepanjang ttc ly rase ly da makan byk suplement yg sihat2 mcm air rebusan buah zuriat, air zam2, susu kambing, kurma, biodex, debunga kurma, madu, ubat sense, mcm2 lg la...
Amalan rohani memang betul...sgt mustajab kalo kita kerap bersedekah terutama pd anak2 yatim pd hari jumaat, solat dhuha, solat tahajud, minta semua org doakan kita, baca quran surah maryam, amalkan doa2 nak zuriat :)
InshaAllah, apabila sudah tiba masenye tidak lambat tidak cepat Allah bg peluang kita pregnant. InshaAllah semoga semua selamat sehingga melahirkan. Amin

nuriz iman said...

Ilmu yg bermanfaat dear.,kadang2 dah lupa apa yang dah dimakan atau diamalkan..huhu..take care..

Pamela Hbl said...

TQ Sizuka for sharing.. nanti akak nak cuba :)

cujen lejen said...

hai awak..baru je baca blog awak ni...dah pregnant ye..tahniah... rasa nak nangis baca entry yang bawah2 tu.. best kan dapat kembar.., semoga awak dan baby sume sihat2 belaka..insyaaallah...

Mariposa Aimewitue said...

Yana, air soya tu beli yang macam mana? kotak ke fresh? - Noly

Sizuka said...

Elok buat sendiri.. atau beli yg mcm pasar malam jual.. last choice baru pakai yg kotak..

Sizuka said...

Amin. Terima kasih awak :)

Sizuka said...

Welcome kak.. sy doakan 3rd ivf akak berjaya.

Sizuka said...

Semoga dpt dimanfaatkan kpd siapa yg berminat InshaAllah..

Sizuka said...

Terima kasih ly.. :)

cenetos said...

alhamdulillah dah preggy ye..mesti perasaan gumbira syukur xterkata..happy for u..take care sis..

Sizuka said...

Alhamdulillah. Syukur x terhingga. Doakan semuanya selamat ye..

Ucu Palin said...

Alhamdulillah... ucu doakan sizuka n babies sihat n kuat n selamat semuanya... doakan ucu juga ye...

Sizuka said...

Welcome sue.. sharing is caring :)

Sizuka said...

Tq ucu. Sy pun mendoakan urusan ucu dipermudahkan. Amin :)

sweet tooth said...

thanks for this entry yana, bleh try before my 3rd IVF :-)

a.n.i.s said...

salam sizuka..mana nak beli TF dgn jigsaw magnesium tu..=)..pls inform..tq so much..muah2 kt baby twin sizuka ye...

Zahra said...

oh yana.. i love u dik :(

Ruzilawati Yaacob said...

a.n.i.s - beli tf tu ialah keluaran 4life.sya pn ad amalkan skrg.sb sya br lepas opu je.lepas raya haji br bt ET.telur 8 biji yg menjadi dr 11.doakan semoga sya berjaya hingga hamil yang berkekalan ye.tima kasih sizuka atas petua2 dia atas.sgt membantu dan sya ada amalkan

Little Lizzy said...

OHSS tu ape ye?

happy family said...
This comment has been removed by the author.
happy family said...
This comment has been removed by the author.
Rida Arjunaida said...

As-salam, nak tanye...ms ambil telur dua biji tu, telur masak yg mcm mn ye... telur rebus or telur separuh masak or telur goreng? Dan air soya tu minum brp kali sehari..? T.kasih.

Cik Liesa said...

Assalamualaikum kak..nak tanya,akak ade buat ivf tu kat lppkn ke? ke kt klinik dr hamid arshad yg berjaya?

Sizuka said...

wsalam cik liesa... sy buat ivf di hospital pantai dgn dr adilah..

Bicornuate.Uterus.IVF.Journey said...

Salam. Nak tnye...
Susu kambing elok ke mkn sblom mencucuk,semasa 2ww tu?high risk x utk slpas transfer embrio tu

Bicornuate.Uterus.IVF.Journey said...

Salam sue. Dulu masa sue berjaya pregnant dgn ivf, ade ambik susu kambing x? Bila?sebelum?semasa?selepas?

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea