Thursday, 24 April 2014

Support Group TTC melalui Whats App

Posted by Sizuka at 11:34 pm 3 comments

Assalamualaikum readers... cess budget ramai baca blog haku nih.. kui3 :p

Alhamdulillah kini dah memasuki penubuhan group whats app yg ketiga yg dipelopori oleh kami... Chewahh.. Group2 lain pun ada tp ni kesinambungan dari group kami sendiri..

Melalui group ni kami memberi sokongan di antara satu sama lain.. Dan baru2 ni juga kami berkesempatan buat gathering di sebuah hotel di shah alam.. Meriah.. dan gembira sgt jumpa kawan2 yg satu kasut dgn kita.. Masing2 bagaikan sudah lama kenal dan seperti adik- beradik. Semoga ikatan ukhuwah ini akan berkekalan sampai bila2..

InshaAllah sy akan buat entry khas mengenai gathering ini.. :)

Kepada sesiapa yg berminat utk menyertai group kami, boleh emel kepada sy nama, no tel dan cerita serba sedikit mengenai diri anda dan ttc..

sweetbaby.cutebaby@gmail.com

Friday, 11 April 2014

Amalan sebelum, semasa dan selepas IVF

Posted by Sizuka at 11:54 am 28 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni sy nak share apa amalan yg saya buat sebagai persiapan untuk menjalani rawatan IVF/ICSI...


SEBELUM

Pemakanan
-3 bulan sebelum start proses cucuk mencucuk, sy amik multivitamin dan acid folic.. Multivitamin tu sy amik yg ada vit D 400IU di dalamnya.. Saya beli brand Blackmores. Amik setiap hari.. Jgn skip2...
-1 bulan sebelum, sy amik TF Advance dan Jigsaw Magnesium dalam usaha untuk meneutralkan dan mengalkalikan rahim. Multivitamin dan acid folic tetap diteruskan. Makanan yg pedas dan masam juga sudah mula dikurangkan.
-Seminggu sebelum start cucuk sy dah start elakkan makanan yg pedas dan masam.

Rohani
-Banyakkan bersedekah
-Kerapkan Solat Hajat


SEMASA (Masa proses cucuk2)

Pemakanan
-Multivitamin dan acid folic tetap diteruskan
-Hari2 amik telur 2 biji dan minum air soya.. telur dan soya membekalkan protein yang bagus utk membaiki sel badan dan juga utk mengelakkan OHSS.
-Hari2 minum air zam zam, kurma dan buah tin.. Ini utk mengalkalikan rahim supaya embryo senang menempel.
-Air kosong sekurang2nya 2 liter sehari
-Elakkan makanan yg pedas dan masam

Rohani
-Banyakkan bersedekah
-Solat hajat buat setiap selepas solat fardhu, alfatihah, ayat qursi, selawat dll


SELEPAS (Start ET)

Pemakanan
-Multivitamin dan acid folic masih diteruskan
-Telur dan soya juga hari2 (utk elak OHSS)
-Air kosong sekurang2nya 2 liter (Utk elak OHSS)
-Air zamzam, kurma dan buah tin juga (Utk mengalkalikan rahim)
-Elakkan makanan yg pedas dan masam

Rohani
-Solat hajat selepas setiap kali solat fardhu
-Setiap kali baca yasin, Quran, al-fatihah, ayat qursi, selawat dan zikir, letakkan tangan di perut sambil gosok2. Niatkan supaya rahim kuat. anak kuat dan sihat dll...


SEKARANG

Pemakanan
-dah tukar kepada multivitamin utk ibu mengandung di samping supplements lain
-Air zam zam, kurma dan buah tin saya masih amalkan sampai skrg
-Air kosong sekurang2nya 2 liter

Rohani
-Solat hajat selepas setiap kali solat fardhu
-Setiap kali baca yasin, Quran, al-fatihah, ayat qursi, selawat dan zikir, letakkan tangan di perut sambil gosok2. Niatkan supaya rahim kuat. anak kuat dan sihat dll...


** Masa nak buat ivf ni (x kira lah, iui ataupun lain2), kalau boleh jangan disorokkan dari pengetahuan mak ayah.. kerana doa mereka adalah sgt mustajab...

Monday, 7 April 2014

7w, 9w dan naik kerja

Posted by Sizuka at 9:17 am 24 comments
Harini saya nak rangkumkan 3 entry sekaligus.. kes penyakit malas yg masih belum sembuh.. hahaha...

11 Mac 2014

7w5d.. Alhamdulillah, heartbeat both babies dah makin kuat.. lega sgt2.. Hubby plak sibuk merakam gambar scan baby.. Doc pun dah pesan siap2 utk on kan kamera siap2.. haha...


24 Mac 2014

9w4d.. Heartbeat babies kuat. Alhamdulillah.. Size baby berkembang mengikut usia..1st baby ukurannya sebesar 9w1d, manakala 2nd baby sebesar 9w5d... yang 2nd baby ni besar 1 hari dari actual age.. Kali ni kami dapat bonus.. Masa scan, 2nd baby bergerak seolah2 terapung sambil tangan dan kaki terkuis-kuis.. Subhanallah.. Saya hampir menangis..dah bergegar2 badan menahan daripada menangis.. Malu sbb doc ada.. hihihi.. Suami pun sama.. bila tgk reaksi dia, lg la sy bertambah terharu..


31 Mac 2014 - 1st day naik kerja

Setelah MC selama 59 hari, maka sudah tiba masanya untuk saya kembali ke tempat kerja.. Macam lemau semacam je bila kena naik kerja sbb dah syok duk rumah, rilek2 bagai.. tp duk rumah pun mcm lemau gak..kesimpulannya mmg lemau... hahaha...


 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea