Saturday, 29 March 2014

Takziah Yani Seindah Mimpiku

Posted by Sizuka at 11:21 pm 3 comments
Assalamualaikum readers..

Marilah kita sedekah al-fatihah kepada Allahyarhamah ibu kepada Yani..

Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan solehah..

Dan semoga yani dan ahli keluarga yg lain tabah dan sabar atas dugaanNya..

Tuesday, 25 March 2014

Dah ada heartbeat

Posted by Sizuka at 6:07 pm 2 comments
4 Mac 2014
Appointment utk 6w.. Alhamdulillah pada minggu ke enam ni heartbeat babies dah kelihatan. Cuma masih belum kuat.. hubby pulak teruja merakan bunyi heartbeat baby.. Lucu tgk gelagat hubby..

Ovary kanan masih aktif dan panjang pangkal rahim normal iaitu above 4cm..

Appointment kali ini sgt melegakan hati sbb dah nampak dua2 heartbeat baby.. sejak bleeding tu hati sentiasa x keruan.. Doc pun ade mention mcm sorg je yg jadi.. wlubagaimanapun saya sedaya upaya buat yg terbaik.. bacakan yasin utk babies, alfatihah, ayat kursi,  selawat nabi dan juga zikir ya mubdi utk kuatkan rahim..

Thursday, 20 March 2014

Ujian dan dugaan

Posted by Sizuka at 4:54 pm 4 comments

Masa sy 5w, sy telah bermalam di wad selama 4 hari 3 malam..

Ceritanya, masa ahad 23 Feb lepas, bangun je dari tido saya dapati kat pantyliner ade darah.. x sampai setengah drpd pantyliner tu..

Mmg sgt cuak ok.. huhu.. takut.. mcm nak nangis pun ada.. bgtau hubby cepat2..

Cepat2 msg doc dan doc suruh pergi ke bahagian kecemasan utk suntikan hormon dan kemasukan ke wad..

Keesokkan hari, darah ada lg dan keluar masa sy sdg tidur juga..  tp alhamdulillah lepas tu dah x de lg.. doc kata after 48 xde bleeding baru boleh keluar. Tu yg jd 4h3m tu.. huhu

Masa scan, doc dapati ovari kiri sy dah back to normal size tapi alhamdulillah ovari kanan masih lg besar dan aktif.. kantung dua2 masih jelas kelihatan.. tp baru ada yolk sac..

Keputusan ujian darah pula menunjukkan paras progesterone sy turun sikit.. drpd 397 kepada 367 (kalau x silap).. paras estradiol juga turun dr 8000 kepada 6000... risau x terkira time ni.. masa ni mmh berserah je pada takdir sbb dah lakukan sehabis baik utk menjaga kandungan.. ubat pun langsung x pernah miss dan hanya berehat di rumah..

Tp yg membuatkan kami lega ialah apabila beta HCG meningkat.. masa hari 1st masuk masuk wad bacaannya ialah 23000++ dan keesokkannya bacaan naik kepada 33000++.. Alhamdulillah syukur.. Hubby terus sujud syukur. Mmg berdebar2 tunggu keputusan ujian beta.. asik g tanya kat nurse jek time ni..

Ok.. Sambung.. :)

Tuesday, 18 March 2014

Dah nampak kantung

Posted by Sizuka at 2:00 pm 20 comments

18 Februari 2014

Harini kami ada appointment.. Tujuannya adalah utk nak tgk kantung.. Sbb doc kata minggu ke 4 patut dah ada..

Berdebar-debar jugak.. inilah kali pertama dlm hidup nak tgk kantung sendiri..

Alhamdulillah. Doc tvs dan nampak 2 kantung seperti yg dijangkakan sebelum ni.. Syukur.. Dua2 Kantung mmg dekat sgt2.. Sebelah menyebelah.. size 4mm each..

Ovary pun dua2 still aktif.. panjang pangkal rahim pun ok iaitu 4.0cm..

Perasaan? Pastinya terharu. Hari2 kami titipkan doa buat bakal anak2 kami.. Semoga kalian baik2 saja..

Wednesday, 12 March 2014

Alhamdulillah Syukur!

Posted by Sizuka at 7:34 pm 37 comments

11 Februari 2014

Genap 8 hari selepas embryo transfer (8dp5dt), saya diminta utk buat blood test iaitu Beta HCG...

Berdebar-debar sgt.. x tau nak cakap mcm mana perasaan ni.. Tetiba mcm x yakin dengan diri sendiri.. Tetiba rasa mcm semua good sign hilang.. Tetiba rasa mcm x nak g check.. Tapi apa2 pun mmg dah bertekad utk terima apa jua keputusan dan yakin dengan apa jua perancangan Allah..

Sampai je hospital terus amik no giliran.. then pi lab bawah amik darah dlm jam 9.00am.. After 2 jam akan dpt result.. Pastu g sarapan.. Kebetulan ada kawan pun appointment jugak haritu. Jadi kami lepak2 berempat..

Saya ngan husben asik berteka-teki jer sementara nak tunggu 2 jam tu.. Mmg berserah je.. Mmg berharap sgt tp dlm masa yg sama redha je ngan apa jua kemungkinan.. Siap ingatkan pembantu doc pasal blood test.. dan dia pun mmg dah sedia maklum dari awal sebenarnya..

Dalam 11.30am, masuk jumpa doc.. Rasa mcm pucat pun ade.. haha.. over ko!

Alhamdulillah saya disahkan hamil dengan beta hcg 142.. mungkin kembar! Subhanallah..

Then TVS.. alhamdulillah dinding rahim tebal iaitu 1.5cm dan kedua-dua ovary masih aktif. Doc kata bagus sbb ovary ni akan merembeskan hormon progesterone (klu x silap).. panjang pangkal rahim pulak dlm 4cm.. Masa ni kantung mmg x nampak lg.. dan masa ni mungkin kandungan baru dlm 3 minggu.. Minggu depannya jumpa doc lg dan doc ckp masa tu InshaAllah akan nampak kantung..

Masa doc bgtau ni mmg dah nak nangis dah.. sebak.. terharu.. terketar2 nak cakap.. Doc ucap tahniah.. dah lepas kuar dr bilik doc baru la menitis jua air mata ni.. tp still boleh cover.. haha.. :p

Sambung...

Monday, 10 March 2014

Happy 29th Birthday to Me!

Posted by Sizuka at 6:29 pm 11 comments

Alhamdulillah.. Syukur padaNya kerana pada 4 February 2014 lepas genap umur saya 29 tahun. Tahun ni last nak enjoy2 sbg 20's sebelum usia masuk 3 series tahun depan.. hahaha...

Tahun ni just celebrate kat hospital sbb lepas ET tu sy kena warded utk bedrest.. Mmg ni satu pengalaman dan sejarah dalam hidup saya.. Husben belikan 2 slices kek secret recipe.. hehe..

Utk hadiah ulang tahun kelahiran ini saya cuma mengharapkan hadiah yg paling bermakna dlm hidup iaitu positif beta hcg dan sekaligus merealisasikan impian kami utk menjadi ibu dan ayah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Amin...

Wednesday, 5 March 2014

ET Day

Posted by Sizuka at 9:41 pm 3 comments

Flashback..

Alhamdulillah,  ET telah selamat dilakukan pada 3 February 2014 pada jam 4 petang..

Masuk 2 embryo iaitu pada peringkat blastocyst dan morula.. ini saja embryo yg kami ada.. no frozen embies..

Doc suruh saya stay wad 2 hari utk bedrest dan sekaligus memberi peluang embryo utk menempel dgn aman.. hehe.. Saya kena duk wad 2 hari sbb morula mengambil masa lebih lama utk menempel berbanding blastocyst.

Saya yg menurut perintah. Hehe.. Ku turutkan saja demi kebaikan..

Tidak dinafikan, harapan kami suami isteri tinggi utk icsi ini berjaya.. tp kami juga harus bersedia dengan segala kemungkinan...

Sambung...

Monday, 3 March 2014

Status embryo sebelum ET

Posted by Sizuka at 1:43 pm 6 comments

Sekarang ni sy diserang penyakit M.. Malas gilerrr nak update blog... adehhhh...

Apa2 pun still flashback yer..

2 hari selepas OPU, sy ada msg doc bertanyakan ttg status embryo sy.. Tapi hanya keesokkan hari baru doc reply..

Ovum sy yg 3 tu rupa2nya, 1 matang, 1 x matang dan 1 x normal..

Dan baru satu jer yg menjadi embryo.. masa dpt berita ni saya dan suami otw ke temerloh.. ikut rombongan pengantin.. apa lagi, terus la menangis sampai tersedu-sedu. Sedih sgt2.. Sejam lebih jugak mcm tu...

Tapi alhamdulillah,  2 hari lepas tu, wasap doc lg. Dan alhamdulillah ade 2 yg jadi embryo... doc ckp akan transfer dua2 ti ke dalam rahim saya.. hilang sedikit kegusaran di hati.. Redha... Dan sy bakal x de frozen embryo... Semuanya kami serahkan kepada Allah.. Tawakal... Sebab dah usaha sebaik2nya..

Ok.. sambung next entry mengenai ET day..

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea