Thursday, 23 January 2014

S8: TVS dan tarikh OPU

Posted by Sizuka at 9:11 am 16 comments
Entry flash back lagi..

Selasa lepas (21.1.2014), ada appointment ngan doc lagi. Utk rekod, ni appointment pada CD9 dan S8...

Sampai2 je terus amik nombor dan turun ke tingkat bawah menuju ke lab untuk amik darah. Hubby punya untuk ujian Hep B dan HIV. Saya pula untuk ujian Hep B dan HIV juga tetapi ada tambahan lagi ujian yg lain iaitu Full Blood Cout (FBC) dan Liver Function Test (LFT). Result akan dapat pada appointment yang akan datang.

Tunggu punya tunggu, sampai sudah giliran saya.. Macam biasa, doc TVS terlebih dahulu.. Kali ni bukan 14 telur tapi lebih daripada 20!! Bila dah terlalu banyak, maka telur2 terpaksa la berebut sumber dan space dalam ovary.. Maka size yg terhasil rata2 adalah 10-11mm... Sepatutnya dah 16mm doc kata.. Jadi saya punya progress dah delay 3 hari.. Dinding rahim (endometrium lining) pulak Alhamdulilah dah 7.0mm...

So, rentetan daripada itu (cewaahhhh), doc terpaksa menambah dose ubat selama 3 hari lagi.. Redho je lah khennn.... hihihi... Harap2 la telur2 beri kerjasama yang baik.. Jangan burst ye sayang....

Oleh itu, tarikh OPU telah ditetapkan pada Isnin bersamaan dengan 27 Januari 2014..

Monday, 20 January 2014

S3: TVS

Posted by Sizuka at 8:22 am 27 comments
Ni flashback punya entry.. haha..

Khamis 16 Januari 2014

Ini adalah pertama kali jumpa doktor tanpa ditemani oleh encik suami.. Kebetulan hubby agak sibuk..
Jadi nak x nak, terpaksa pergi sendiri...

Bertolak dari rumah lambat sikit. Sebab waktu pagi doc ada prosedure IVF.. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Walaupun dah berpuluh kali berulang alik ke hospital, tapi GPS still terpaksa on.. Sebab x yakin.. hahaha... Jalan pun x sesak..

Oleh kerana doc belum masuk dan nombor giliran pun sangat banyak, maka sy pergi makan dulu dan melawat rakan seangkatan.. Cewahhhh... Iaitu Shikin dan Kak Linda.. Alhamdulillah depa dah pun selamat semuanya... Berkenalan dan bersembang2...

Lepas tu saya ke klinik doc, sambil tunggu doc, jumpa lagi rakan baru, kak kayla dan blogger yanni bunny.. Wahhh memang sgt seronok.. Hari ni dapat jumpa ngan ramai orang.. Kebetulan mak cik hubby pun ada appointment hari ni...

Ok.. short cut terus la yer... Masuk je bilik doc, terus baring.. Buat TVS.. Alhamdulillah ade lebih kurang 7 biji telur di kedua-dua oavry.. Jumlah keseluruhan adalah lebih kurang 14.. Syukur.. Semoga semua telur adalah telur yg berisi.. Mudah-mudahan.. Amin.... Telur pun masih kecil2.. Maklumlah masih CD4 dan S3..

InshaAllah, esok ada lagi appointment ngan doc.. Esok saya CD9 dan S8... Doakan yer....

Wednesday, 15 January 2014

Day 2 Stimulation

Posted by Sizuka at 2:38 pm 20 comments

Hari ni merupakan hari kedua inject hormon untuk meransang pengeluaran telur.. Alhamdulillah.. Ada beberapa hari lagi utk habiskan suntikan.. Suntikan ni mesti dibuat pada waktu pagi dalam pukul 6.30..

Ubat tu saya akan ambil dari peti ais.. dan kemudian sy preparekan.. dah siap semua, tugas hubby pulak utk inject ke perutku.. Setakat ni Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.. 

Esok saya ada appointment dgn doc.. TVS.. Yeay! InshaAllah nanti sy update..

Monday, 13 January 2014

Penyamun kad kredit

Posted by Sizuka at 6:10 pm 15 comments

Mood sedihhhh sgt2 skrg ni...

Baru je td kul 4 lebih ambank call sy utk pengesahan tranksaksi kad kredit visa gold sebanyak rm3.8k utk pembelian barang di poh kong, KLIA...

Masalahnyer sy ni seketul kad kredit pun x der.. Berurusan dengan Ambank pun x pernah..

Bila disiasat, rupa2nya saya ni mangsa penyamun kad kredit. Penyamun tu dah guna nama dan mykad saya.. tapi kan macam mana dia dpt mykad saya? Padahal saya ni jenis yang cermat menjaga mykad.. mmg x pernah hilang.. bg salinan mykad pada org pun x pernah..

Kredit kad tu ada outstanding sebanyak rm6k... huhu.. dan penyamun telah memohon pada bulan 11 lepas.. cepat jek kan dia buat kerja.. huhu

Pihak Ambank suruh sy buat laporan di Bank Negara Malaysia.. So dah buat laporan.. Pihak Ambank pun dah block kredit kad tu...

Adekah website tempat kerja dah kena hack?? Yer lah, nk buat kredit kad kene 3 bulan slip gaji kan...

Sape pernah ade pengalaman mcm ni? Share pls.. kalau x nak share di sini boleh emel sy di sweetbaby.cutebaby@gmail.com...

UPDATE:
Ni semua adalah penyamaran.. mereka mmg menggunakan modus operandi yg sama.. iaitu transaksi di Poh Kong KLIA.. Jgn sesekali mendedahkan maklumat kita terutamanya akaun bank. Ramai yg dah terkena (google - mesti korang jumpa pasal ni)... diorang selalu akan call pukul 4 ke atas.. iaitu hampir ke waktu pejabat dan seringkali call waktu esoknya adalah cuti..

CD1 - Bersedia utk injections...

Posted by Sizuka at 10:11 am 22 comments
Balik dari family day di PD (tidur sana), saya pun period.. Alhamdulillah...
Walaupun makan norcolut, tp serupa mcm x makan.. haha.. sama je cycle nye seperti bulan2 sebelum ni..
Alhamdulillah dpt jugak enjoy.. Enjoy sebelum proses icsi bermula.. ade hikmah kenapa period ni datang lambat..

So malam td saya period lebih kurang jam 10.. 
Tadi jam 8.00 pagi dah msg doc.. Doc reply ptg ni doc akan reply semula...
1st injection may be esok paling cepat..

Macam tak percaya akhirnya saya kena jugak harungi segalanya tentang ivf/icsi.. Pengalaman baru dalam hidupku..

Ya Allah, permudahkanlah urusanku.. Aminnn...

Thursday, 9 January 2014

Siapa pernah makan norcolut?

Posted by Sizuka at 2:24 pm 18 comments

Kawan2 yg dah pernah makan norcolut,  nak tanya,  macam mana cara korang makan norcolut dari segi aturan makan? Korang period berapa lepas stop norcolut?

Saya sepatutnya amik norcolut 10 hari berturut-turut.. 2 biji sehari iaitu sebiji pagi dan sebiji malam.. tetapi nak dijadikan cerita, saya dah ter"skip" 2 hari gara2 saya terlepas pandang yg kat dalam kotak masih ada lagi sepapan..

So, sy makan selama 5 hari dari 28 Dis 13 -  1 Jan 2014.. Lepas tu ter"skip" 2 hari.. Saya sambung lg selama 5 hari dari 4 - 8 Jan 2014..

Nasib baik lah saya tergerak hati nak check balik kotak norcolut tu.. fuhhh...

Harap2 kawan2 dpt share pengalaman yer...

Monday, 6 January 2014

Dah beli ubat..

Posted by Sizuka at 5:08 pm 4 comments
Assalamualaikum..

Bersiaran dari bilik hotel. Dapat wifi yg 'line'nya sgt slow... Boleh la kan dari x de.. huhu...

Ahad lepas dah amik ubat injections dah.. Mula2 tu saya plan nak amik dalam isnin atau selasa.. tp kena outstation pulak.. terpaksa amik awal.. lagipun takut jugak kalau terperiod awal dan ubat pun kena pakai cepat.. Tapi kan harap2 x period kat sini.. biarlah bila dah sampai rumah rabu nnt.. lgpun ubat x bawak.. risau jugak nak bawak ke sana sini... dan yg sebenarnya saya ni takut nak inject sendiri.. kui3.. Memang berharap pada hubby..

ok lah.. nak gosok baju... benda paling x best kat dunia.. hahaha
 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea