Thursday, 20 November 2014

Nikmat Allah.. Renungan bersama-sama..

Posted by Sizuka at 5:21 pm 3 comments
Copy paste from fb.
Tazkirah daripada Ustazah Siti Khadijah...

Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.
Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.
Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.
Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.
Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadanya.
Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.
Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas.
Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.

Thursday, 13 November 2014

Kisah di sebalik Oktober

Posted by Sizuka at 12:59 am 5 comments

Tengah baring2 ni saya teringatkan sesuatu.. iaitu tentang bulan Oktober.. Oktober yang memberikan kisah suka dan duka.. Juga mencatatkan sejarah yang tak mungkin dilupakan sepanjang hidup..

Oktober 2012

8.10.2012 - 1st IUI saya... masa ni buat di LPPKN under Dr Hamizah.. Masa ni byk juga telur.. ambil suntikan hormon.. sehari sebelum IUI, kami book Hotel Quality yang bersebelahan je ngan LPPKN.. Takut lambat sampai sbb rumah kami jauh.. dah sempadan ngan Nilai.. Ptg tu after check in, sempat jalan2 ngan hubby.. G sogo n bangunan kat sebelah sogo tu. Siap beli kasut warna oren ngan jam tangan jenama casio.. jam yg masih sy pakai sehingga kini.. Esoknya, lepas sarapan, kami terus ke LPPKN.. prosedure dlm kul 9.30am.. Alhamdulillah.. Mcm x percaya dah berjaya lalui proses IUI.. Kalau x silap, depa ada bg tarikh, klu x period kena dtg.. tp IUI ni failed!! Saya datang bulan! Sedih sgt2.. nangis sampai tersedu2.. Mcm dah xde hari esok.. haha..

Oktober 2013

23.10.2014 - 2nd IUI under Dr Adilah Ahmat di Hospital Pantai, Bangsar.. Kali ni lebih relaks.. Sbb dah tau mcm mana kan.. Sebenarnya kami patut buat IUI pd bulan September.. Tp ditakdirkan suami sy sakit.. Demam teruk.. So kami tangguh ke bulan Oktober.. rupa2nya walau dah tangguh 1 bulan, tetap bagi effect pd jumlah sperma.. Sperma hubby drop sgt masa ni.. oh ye, masa ni sy just ambil pil hormon dan ada 3 ovum matang.. so masa tu sy mcm dah sedia awal2.. mcm dah tau je resultnye.. tp tetap teruskan sbb segalanya adalah kehendak Allah. Sikit atau byk sperm, rezeki tu dtgnya drod Allah.. So kali ni failed jugak.. x da apa2 perasaan.. Alhamdulillah Allah beri kekuatan.. lgpun dlm kepala dah set, klu failed nak wat icsi terus.. huhu..

Oktober 2014

11.10.2014 - Alhamdulillah selamat melahirkan 2 khalifah yang dinantikan selama ini.. Perasaan yg sungguh terharu, gembira, sebak.. Macam2 dugaan yang ditempuhi demi mendapatkan mu wahai anak2.. Semoga kalian menjadi insan yg soleh, beriman dan berjaya dunia akhirat...

Monday, 3 November 2014

Haaris dan Haadif

Posted by Sizuka at 4:09 pm 11 comments
Alhamdulillah hari ni hero 2 orang tu berumur 24 hari.. Setakat ni mudah nak jaga.. Cuma kadang2 berjaga malam mintak dipeluk dan didodoi.. Kuat minum susu.. hampir 4oz dah sekali minum..
Freshhh dari perut mama...

Pelbagai aksi..

Friday, 17 October 2014

Yeayyy! Kami dah ada nama!!

Posted by Sizuka at 11:00 pm 7 comments

Alhamdulillah hari ni 17 Oktober 2014, twins dah berusia 7 hari... Semenjak 14w dalam rahim ni atau lebih tepat lagi lepas tau je jantina twins, sambil sembang2, gurau2 ngan encik hubby, maka terhasillah nama twins.. hehehe

Alhamdulillah hasil sepakat membawa berkat, nama yg di beri ialah;

Muhammad Haaris & Muhammad Haadif bin Mohd Alif

Muhammad Haaris - Yang Terpuji, Yang Memelihara

Muhammad Haadif - Yang Terpuji, Yang Bermatlamat

Doa mama dan abah, semoga kalian menjadi anak2 yang soleh, bijak, baik dan mendengar kata..

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah swt kerana mengurniakan kami anugerah dam amanah yang tak ternilai ini..

Kami mendoakan agar kawan2 juga akan sama-sama merasai nikmat menjadi ibu dan bapa.. Aamiin...

Wednesday, 15 October 2014

Permata yg dinanti ;)

Posted by Sizuka at 2:23 pm 22 comments

Alhamdulillah, 11 Oktober 2014 (Sabtu) saya telah selamat melahirkan anak kembar lelaki seberat 3.1kg dan 2.2kg..

Perasaan syukur yg sukar digambarkan.. Bermacam perasaan..

In shaa Allah, nnt saya akan share detik2 kelahiran twins..

P/S: Kalau ada yg teringin utk melawat twins, boleh emel sy.. sweetbaby.cutebaby@gmail.com

Friday, 3 October 2014

Alkisah kena warded

Posted by Sizuka at 12:58 am 5 comments
24 September 2014

Check up 36w..
Saya ngadu ngan prof, bawah tu sakit sangat2.. Prof buat VE.. Ada bukaan 1cm.. Saya mintak nak balik jer sambil tunggu tanda di rumah.. Tapi prof nasihatkan supaya masuk ward je sebab ni anak sulung dan twins.. Prof risau saya x dpt nak bezakan contraction or tanda bila berada di rumah.. Lagipun rumah saya agak jauh...

Bila kat ward, pasang alat CTG dan ECG.. Contraction ade sikit2.. petang tu kena buat VE lagi.. Still 1cm... Sakit pun x de..

Malam pun pasang lagi alat CTG dan ECG.. Sama jugak.. Contraction sikit2..


25 September 2014

Pagi kul 8am, prof dtg melawat, buat VE lagi.. dah 2 cm.. Saya tetap x rasa sakit.. Lepas tu pasang lagi alat tu.. Contraction juga.. tp sama mcm semalam...

kul 3 ptg, prof dtg lagi... Still 2cm gak.. Saya x sakit lagi... Pasang lg alat tu..

Sebenarnya saya ada sakit macam senggugut tu tapi mild... kalau sakit pun kejap jer pastu dah x rasa. Sebabnya kalau sy senggugut, lagi sakit drpd ni.. Sakit yg saya maksudkan tu ialah sakit kuat yang masih saya belum rasa..  Perut pun tak mengeras...

Last2 prof bagi saya balik.. hehehe...

Dan sehingga ke tarikh ini, saya masih aktif.. Babies pun aktif.. Alhamdulillah... Doakan utk kami ye..

Wednesday, 24 September 2014

35w dan 36w

Posted by Sizuka at 12:01 am 8 comments

17 September lepas.. check up lagi.. kalau ikut hukm, dah 35w 2d time tu.. ini kiraan dari LMP.. dan hari ni saya dah 36w 1d... sudah 9 bulan.. bulan terakhir pregnancy..

Yang pregnancy ticker kat atas tu edd drpd doc adilah mengikut kiraan umur embryo dll..

Alhamdulillah babies kini dah 2.3kg dan 2.2kg.. makin membesar dan aktif..

Bila dah makin dekat, makin dekat jugak ngan hari nak bersalin.. x tau nak rasa mcm mana.. seram ade.. excited pun ade.. 1st experience utk saya.. mudah2an Allah permudahkan segala urusan dan mudah juga utk melahirkan..

Sabtu lepas 20 Sept, sempat jugak pi PICC, expo kiddie n baby.. Sempat juga sambar bbrapa helai baju lagi. hehe..

Saat entry ini ditaip, daku sakit miss V drpd pagi lagi. Mcm nak tercabut daa terutama masa nak bangun n jalan.. walaupun dari 30w dah sakit kat ctu, tp harini sakitnye x dpt ditahan2 lg..

Tuesday, 16 September 2014

Alhamdulillah.. Rezeki Twins..

Posted by Sizuka at 3:35 pm 7 comments
Last week masa check up 34w, Alhamdulillah our twinnies semakin membesar.. Prof pegang perut, katanya each dah 2kg lebih.. Position second twin pun dah berubah.. daripada tranverse kepada oblique.. Mudah-mudahan boleh bersalin secara normal dan dipermudahkan..

Syukur juga kepadaNya kerana rumah yang kami beli kini dah dapat kuncinye walapun proses sebenarnya x selesai lagi.. peguam yang kami upah tu lambat buat keje.. Nasib kami dapat owner yang baik hati... Hasil perbincangan ngan agen dan owner, owner bersetuju nak bagi dulu kunci kerana dia kesian kami dah kena potong gaji 2 bulan bermula bulan julai lepas.. Orang yang paling happy semestinya encik hubby.. dapat kunci esoknya terus dia cuci rumah ngan mak dan abahnye.. kebetulan mak dan abah encik hubby datang ke rumah kami.. bawak sekali sarung tilam, sarung bantal dan bantal utk twins.. hehehe.. ni pun dah sibuk dia nak beli perabot.. ushar sana sini.. hehe.. InshaaALLAH habis je pantang nanti kami akan terus masuk rumah tu..

Esok ada check up lagi.. InshaaAllah saya akan update lagi.. Sekarang ni dah kena check up seminggu sekali..

Tuesday, 9 September 2014

Last day keje :)

Posted by Sizuka at 10:30 am 13 comments
Yeayyyyy..... hari ni last day keje sebelum deliver...
Happy sangat sbb x yah dah fikir soal kerja.. Lagipun sekarang ni saya asyik sakit pinggang yang agak kaw2 punya sampai x boleh nak tidur.. Kaki mmg bengkak sejak usia kandungan 4 bulan lagi.. tp masuk 6 bulan x bengkak, tp bertahan 3 minggu jer.. pastu bengkak balik.. sandal pun mmg x muat utk masukkan kaki ni...

So hari ni last, saya datang office buat claim perubatan dan TNT... hahaha.. kalau x buat harini alamatnya melepaslah...

Sekarang ni pun dah hampir menginjak ke 34w, maka segala simptom2 melahirkan pun harus diambil berat.. Perut pun dah turun... Esok ada appointment ngan pakar.. Setiap kali appointment mmg sangat teruja sbb diorang akan scan..  dpt skodeng babies n tau berapa dah berat masing2.. 

Ok, nnt update lg.. nak buat TNT.. hehehe

Tuesday, 2 September 2014

Dah 8 bulan :)

Posted by Sizuka at 8:40 am 11 comments
Assalamualaikum wbt

Lama betul saya tak mencoretkan sesuatu di sini... Ade x yg rindukan saya.... hahaha... :p

Kalau nak diikutkan, banyak benda saya nak share..


Alkisah twinnies...
Alhamdulillah dengan izinNya, babies kini sudah berusia 32w5d.. Dua2 aktif melompat sana sini.. Bila scan, dua2 juga sudah semakin tembam.. Latest scan masa 31w6d, 1st baby dah 1.75kg.. Adiknya pula sudah 1.59kg..

Cabut gigi..
Saya juga berjaya mengatasi ketakutan saya sejak dahulu lagi.. Iaitu cabut gigi... Muahahaha.. Ni semua gara-gara saya sakit gigi dah 3-4 hari.. makin hari makin sakit.. So tanpa melengahkan masa, saya minta encik hubby temankan saya ke klinik.. Doc gigi cakap dah lambat sbb masa tu saya dah 30w.. tp bila mengenangkan saya dah x tahan sakit, maka saya minta diteruskan juga.. patutnya kena rest dulu dlm 5 hari makan antibiotik utk redakan kesakitan dan nanah jika ada... Tapi saya takut nnt tetiba berubah fikiran, maka saya keraskan hati, cabut jugak...

GDM..
GDM a.k.a kencing manis semasa hamil.. Kantoiiii okeh... masa 30w buat MGTT kali kedua... kali  ni x lepas dan disahkan ada kencing manis.. Ada 2 pilihan, gynae suruh buat BSP atau amik darah hari2 utk check bacaan gula.. Saya memilih option kedua iaitu amik darah hari2.. Habis appointment, encik hubby terus cepat2 g beli alat ni kat farmasi sekali ngan minuman khas utk org yang ada kencing manis.. Terharu tgk encik hubby mcm tu.. Dia lah yang selalu mengingatkan saya pasal makanan.. Selalu pantau bacaan gula dan apa yang saya makan..

Normal birth..
Oh ya, masa jumpa gynae last week, ada berita gembira.. Iaitu saya berpeluang mencuba dahulu utk melahirkan secara normal.. Ini kerana 1st baby berkedudukan cephalic manakala 2nd baby tranverse.. Apa2 pun, saya juga perlu bersiap sedia utk czer jika tiba2 x mampu utk lahirkan secara normal.. dan mungkin max utk kandungan ini ialah sampai 38w je disebabkan oleh GDM saya.. Gynae pun kata kembar mmg selalu keluar awal...


OK.. Setakat ni saja..
Nnt saya share lg.. :)

Monday, 4 August 2014

Raya dan Kehilangan

Posted by Sizuka at 11:17 am 5 comments
Alhamdulillah hari ni kita dah menyambut 8 Syawal.. Harap2 x terlambat la untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Ampun dan maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan kekhilafan dari saya..

Tahun ni kali ke 5 kami menyambut Aidilfitri sebagai suami isteri.. Dan turn raya kali ni adalah di rumah keluarga saya di Jitra, Kedah... Kali ni buat pertama kali kami sekeluarga buat lemang dengan tunjuk ajar dari jiran sebelah.. Alhamdulillah menjadi.. hehe.. Tema kami tahun adalah warna merah... Sakit mata nko....

Raya kedua petang pula kami bertolak balik. Sampai di rumah jam 12 malam. Esok pagi baru bergerak ke rumah keluarga hubby di Kluang, Johor.

Alhamdulillah sepanjang bercuti raya kesihatan saya baik.. Sakit2 pinggang, tukang belakang dan lain2 sakit adalah perkara biasa.. Sempat juga sediakan beg baby sebab saya dah 28 minggu sekarang.

Tapi raya tahun ni juga kami kehilangan ahli keluarga apabila nenek saya sebelah abah meninggal dunia pada pagi 28 Ramadhan bersamaan dengan 26 Julai 2014. Terkejut sangat masa dapat berita tu.. Syukur sempat juga kami ziarah tok masa 1 Ramadhan. Macam x percaya pula tok dah meninggalkan kami. Macam tengah tidur je dengan raut wajah yang sangat tenang..

Semoga arwah tok di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan solehah di sisiNya.. Aamiin...

Al-fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah binti Ahmad..







Tuesday, 22 July 2014

Fadhilat Yasin 7 Mubin

Posted by Sizuka at 10:34 am 4 comments
Assalamualaikum wbt

Kali ni saya nak share tentang fadhilat Yasin 7 Mubin.. Saya rujuk melalui Blog Shafiqolbu..

Dulu ingat lagi masa darjah 6, ustaz yang bgtau.. Katanya kalau baca surah Yasin, jangan lupa berdoa setiap kali tiba pada ayat yang mengandungi Mubin.. Semuanya ada 7.. Dan Alhamdulillah saya masih amalkan sehingga kini.. Dan masa nak buat ICSI pun mmg saya amalkan setiap kali membaca surah Yasin sambil meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada ALLAH SWT.. Masa ni saya berdoa agar kami dikurniakan rezeki anak, berilah peluang utk embryo2 kami menempel dengan baik, dikuatkan rahim, sihat tubuh badan, dipelihara daripada iblis dan syaitan dan lain-lain...



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.
“Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 10 kebajikan. Bukannya Alif Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya.” (al-Hadith).

Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.

Yasin 7 Mubin
Kali ini kita fokuskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;
1)   Ayat 12 = Mubin Pertama
36:12
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
.
2)   Ayat 17 = Mubin Kedua
36:17
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
.
3)   Ayat 24 = Mubin Ketiga
36:24
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
.
4)   Ayat 47 = Mubin Keempat
36:47
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
.
5)   Ayat 60 = Mubin Kelima
36:60
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
.
6)   Ayat 69 = Mubin Keenam
36:69
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
.
7)   Ayat 77 = Mubin Ketujuh
36:77
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
.
.

Cara membaca Surah Yassin

Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
.
.

Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
.
A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
  1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
  2. Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
  3. Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
  4. Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
.
.
B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :
  1. Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
  2. Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
  3. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
  4. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
  5. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
  6. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
  7. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
  8. Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
  9. Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
.
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.
.
.

Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin

Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:
1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
.
Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah …


** Selain daripada mujarab utk mencari barang yang hilang, hajat yang pun kita boleh usahakan dengan Yasin 7 Mubin.. Ingat lagi kata-kata ustaz masa sy darjah 6 tu, katanya niatlah supaya kita terang hati supaya mudah kita mengingati pelajaran.. Segalanya atas izin Allah SWT...


Tuesday, 15 July 2014

Pertama kali berpuasa dengan berbadan tiga :)

Posted by Sizuka at 10:14 am 10 comments
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat rakan-rakan...

Alhamdulillah hari ni hari ke 17 kita berpuasa dan hari ni juga kita menyambut Nuzul Quran.

Alhamdulillah juga saya masih berpuasa full sehingga kini walaupun kadang-kadang tak kuat iman.. Rasa macam nak buka.. Melepet jer... Tapi dapat juga saya tahan sehingga waktu berbuka..

Babies pula semakin ligat di dalam perut.. Dua-dua dan makin berat sekarang.. Lebih 600gm seorang untuk usia 25 minggu.. Ini makin menguatkan saya untuk terus berpuasa kerana saya yakin mereka mendapat cukup khasiat dan zat daripada apa yang saya makan sewaktu sahur dan berbuka..

Untuk Ramadhan kali ni, saya jarang masak.. Sampai rumah pun dah hampir jam 6.. Dolu2 sempat juga sy menyinggah kedai membeli apa yg tak cukup untuk masak, skrg ni asal balik jer terus teringat kat katil.. Sampai rumah jer terus baring.. Suami byk tolong di dapur membuat persiapan. Tapi kalau time sy amik cuti, MC atau hujung minggu, saya akan memasak juga.. Boring beli makanan di luar.. Antara masakan yg baru saya masak kali ni ialah nasi lemak, nasi ayam, nasi goreng, meehun goreng, lempeng dan sambal hijau jawa, puding karamel, karipap sardin dan kuih cara.. Suami pulak datang time dia nak masak, sungguh2 dia buat.. sempat juga dia masak nasi beriyani kambing, bubur lambuk, roti john dan mee bandung..

Semoga Allah SWT memudahkan segala urusanku.. Puasa yang mencabar namun di dalamnya sarat dengan kemanisan.. Alhamdulillah...




Friday, 27 June 2014

Sambut Ramadhan bersama Keluarga

Posted by Sizuka at 4:19 pm 7 comments
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah Ahad ni umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.. Semoga Ramadhan ini memberi seribu satu makna, rezeki yang melimpah ruah dan amal ibadat yang berlipat kali ganda.. InshaaAllah..

Malam ni kami akan bergerak pulang ke Kedah bersama adik dan adik ipar untuk meraikan bulan Ramadhan bersama keluarga saya.. Semalam masa call mak, mak siap offer nak suruh masak apa.. Apa lagi ai order la macam2.. haha... Dasar nafsu sungguh ai nih...  :p

Mudah-mudahan saya akan kuat dan badan sihat untuk berpuasa.. Pertama kali berpuasa dalam keadaan berbadan dua.. Rabu lepas masa ganti puasa tu ok je.. Cuma syaratnya tak boleh kuar dari rumah or pejabat sebab cuaca yg amat panas sekarang ni.. Tak tahan laa.. Rasa macam melepet jer seharian walaupun dah lepas buka puasa.. Mungkin masalah low blood pressure ni kot.. huhuhu...


** SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA**




Wednesday, 25 June 2014

Dah hampir 6 bulan

Posted by Sizuka at 8:55 am 4 comments
Alhamdulillah hari ni dah 22w 6d.. esok pulak genap 23w.. Minggu depan 24w.. InsyaAllah..

Perkembangan terkini, untuk saya pastilah bertambah kembang.. haha.. babies pulak Alhamdulillah asik duk main bola kat dalam ni.. mentang2 la skrg ni tgh world cup kan.. hahaha

Sekarang ni sejak dpt bos baru terasa mcm makin sibuk... Last week masa outstation ke Klang, tetibe boleh rebah.. Pitam.. Mujur ada kawan2 yg membantu dan sempat pegang saya.. Saya pitam mungkin disebabkan cuaca yang panas dan tekanan darah rendah yg sy alami skrg.. Sedar2 jer rasa terpinga-pinga n pelik kawan2 duk kecoh2.. haha

Minggu lepas juga saya dah start check up di HUKM.. Alang2 tu pi buat buku jugak di KK.. InsyaAllah akan bersalin di HUKM juga.. Doakanlah semua dipermudahkan ya...

Harini ganti puasa.. Last day.. tahun ni lambat pulak saya habiskan puasa ganti... sebelum ni awal2 dah settle... Malam td kul 5 bersahur.. Makan nasik.. Mudah2an dapat bertahan sehingga waktu berbuka... Dan sy juga mengharapkan bulan puasa ni cuaca baik2 saja, redup dan kalau boleh biarlah hujan hari2... hehehe...

Wednesday, 4 June 2014

4 Tahun Melayari Bahtera

Posted by Sizuka at 12:06 pm 20 comments
Alhamdulillah.. Syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana hari ni kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 4...

4 tahun dahulu kami dinikahkan pada tanggal 4 June 2010 di Masjid A'la, jam 11 pagi pada hari Jumaat...

Perkenalan kami bermula pada cuti semester matrik iaitu pada 2003 di usia 18 tahun.. Pada awalnya kami hanya bertegur sapa di laman sembang MIRC... Setahun lepas tu, ketika kami sama2 dah melanjutkan ke IPT, kami buat blind date.. hihi... Makan pun x habis nkoo.. malu punya pasal...


Ya Allah , 

Tuhan yang menyatukan dua hati kami, 

Engkau campakkanlah ke dalam hati kami, perasaan kasih sayang antara satu sama lain, sebagaimana Engkau satukan hati Nabi Muhammad SAW bersama Saidatina Khadijah RA.

Syukur Ya Allah... Berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat... Aamiin...


Untuk suamiku yang tercinta, Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-4.. Sayang abang selamanya..
.



Saat diijabkabulkan...


Macam tak percaya dah 4 tahun.

Selama tempoh 4 tahun ni kami bergaduh,  ketawa dan bergurau senda bersama-sama.. Susah dan senang kami harungi bersama-sama...

Dalam tempoh ini juga kami struggle utk dapatkan cahayamata.. di tahun kedua perkahwinan barulah kami dapat tinggal sebumbung apabila saya dapat bertukar. Alhamdulillah...

PadaMu Ya Allah, kami juga amat bersyukur apabila diberi peluang untuk menimang cahayamata sendiri.. Selamatkanlah dan sihatkanlah kandunganku ini.. dan izinkanlah anak-anak ini bersama-sama dengan kami... Ya Allah, permudahkanlah segalanya buat kami.. Aamiin... Dan berilah juga peluang buat rakan-rakan kami yang masih menantikan kehadiran si kecil...

Harini sememangnya saya merasa amat sayu sekali... Feel anniversary kali ni amat lain sekali.. Dari pagi asyik mengalirkan air mata.. Air mata kegembiraan dan  kesyukuran...

Thursday, 22 May 2014

Appointment terakhir dgn Dr Adilah

Posted by Sizuka at 9:11 am 24 comments
Assalamualaikum wbt

Semalam (21 May 2014), merupakan appointment saya dgn doktor kesayangan saya iaitu Dr Adilah.. Alhamdulillah semalam pun x lama nak tunggu doc dan sy merupakan org terakhir semalam.. Sengaja pergi lambat2 sbb boleh ada masa nak amik gambar ngan doc.. hehe

Hasil scan, babies dua2 aktif dan membuat pelbagai aksi sehingga membuatkan doc ketawa... Doc kata ni baru pertama kali beliau tgk baby buat aksi mcm tu... Hai la babies, macam tau2 jek ni last appointment mama.. hehe...


Sebelum keluar dari bilik doc, kami bersalaman erat dan lama.. Doc pesan supaya breastfeed anak2 walaupun terdapat cabaran memandangkan saya bakal dapat twins... Doc suruh buat yang terbaik dan jaga lah kandungan baik2... Doc juga pesan bawak babies berjumpa dengan beliau dan whats app gambar babies.. hehe

** time ni air mata dah bertakung di mata tp terpaksa buat2 macho sebab malu nak nangis.. kui3...**

Kepada Dr Adilah, andai kata doc baca entry ni... Terima kasih atas usaha dan jasa yang doc berikan kepada kami dalam merealisasikan impian kami untuk mempunyai zuriat sendiri (dengan izin Allah SWT).. Hanya Allah saja yg dapat membalas budi baik doc kepada kami... dan semoga doc bahagia serta diberikan kesihatan yg baik di samping keluarga tercinta.. InshaAllah semoga kita bertemu lagi...

Bila dikenangkan kembali, rupa-rupanya genap setahun saya bersama Dr Adilah... Pertama kali saya jumpa doc adalah pada 27 May 2013 dan semalam merupakan appointment terakhir iaitu 21 May 2014..

** Air mata dah bertakung kembali **


Sila abaikan badan saya yang mok dan bam bam ittew...  hahaha

Monday, 19 May 2014

Masih menghantui diriku..

Posted by Sizuka at 8:30 am 8 comments
Hari ni saja nak cerita tentang mimipi.. di mana mimpi-mimpi ini merupakan perkara yang pernah saya alami sebelum disahkan pregnant...

Beberapa kali jugak la saya mengalami mimpi ni...

Dalam mimpi tu saya dalam 2ww.. Takut sangat period datang dan sangat mengharapkan keajaiban akan berlaku.. Entahlah yer, kisah yang setiap bulan dilalui dahulu sampai terbawa-bawa dalam mimpi sehingga kini..

Bukan mudah kita as TTCian nak hadapi perkara-perkara macam ni.. Saban bulan menanti dan mengharapkan berita gembira dariNya.. Kita mmg insan yang terpilih.. Orang lain mungkin tak akan rasa..

Thursday, 15 May 2014

17 minggu sudaaa..

Posted by Sizuka at 9:36 am 14 comments
Alhamdulillah.. hari ni usia kandungan dah genap 17 minggu.. Syukur Ya Allah.. Selama 17 minggu ni sudah 3 kali saya diduga dengan insiden bleeding.. Saya juga mengalami tekanan darah rendah yang membuatkan saya cepat letih dan kadang2 terasa mcm nak pitam...

Tapi saya rasa amat bersyukur kerana saya tak mengalami alahan, loya, mabuk dan sebagainya.. cuma masa mula2 disahkan pregnant, kadang kala saya ada mengalami kembang tekak bila melihat makanan yg x kena di mata dan tekak.. hehe...

Di usia 17 minggu ini, babies sudah semakin membesar dan bergerak aktif sewaktu doc tgh scan.. tp saya masih belum dapat rasa...

Semoga babies membesar dengan sihat dan kuat...

Saya juga mengharapkan dapat bersalin normal. Mudah-mudahan dengan izinNya..

Tuesday, 6 May 2014

Kos ICSI di Pantai..

Posted by Sizuka at 3:56 pm 7 comments
Assalamualaikum wbt..

Atas permintaan, kali ni saya nak berkongsi mengenai kos ICSI yang kami jalani di Hospital Pantai, Bangsar under Dr Cantik..

Tapi harus diingatkan bahawa, kos yang saya share ni adalah tidak sama untuk setiap orang.. Kerana setiap orang mempunyai situasi dan masalah yang berbeza.. So mmg tak adil kalau hanya nak compare dari segi kos semata-mata..

Walaubagaimanapun, saya hanya share setakat proses ET sahaja.. Kos-kos selepas ET saya tak share sbb banyak saya lupa nak catat.. :p

Kos-kos yang terlibat ni saya dah rangkumkan kesemuanya.. dah campur darab semua siap2.. hehehe



Consultation + TVS        = RM 925.00
Detail Sperm Analysis     = RM 125.00
Ujian Darah                    = RM 196.00
Ubat-ubatan                   = RM 7155.40
OPU                              = RM 7800.00
ET                                 = RM 2125.00 (Termasuk warded 2 hari)

TOTAL                        = RM 18, 326.40



** Jangan terkejut tgk kos ubat ye.. sbb ovum2 sy lambat respon.. Jadi kos ubat terpaksa ditambah..


Thursday, 24 April 2014

Support Group TTC melalui Whats App

Posted by Sizuka at 11:34 pm 3 comments

Assalamualaikum readers... cess budget ramai baca blog haku nih.. kui3 :p

Alhamdulillah kini dah memasuki penubuhan group whats app yg ketiga yg dipelopori oleh kami... Chewahh.. Group2 lain pun ada tp ni kesinambungan dari group kami sendiri..

Melalui group ni kami memberi sokongan di antara satu sama lain.. Dan baru2 ni juga kami berkesempatan buat gathering di sebuah hotel di shah alam.. Meriah.. dan gembira sgt jumpa kawan2 yg satu kasut dgn kita.. Masing2 bagaikan sudah lama kenal dan seperti adik- beradik. Semoga ikatan ukhuwah ini akan berkekalan sampai bila2..

InshaAllah sy akan buat entry khas mengenai gathering ini.. :)

Kepada sesiapa yg berminat utk menyertai group kami, boleh emel kepada sy nama, no tel dan cerita serba sedikit mengenai diri anda dan ttc..

sweetbaby.cutebaby@gmail.com

Friday, 11 April 2014

Amalan sebelum, semasa dan selepas IVF

Posted by Sizuka at 11:54 am 28 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni sy nak share apa amalan yg saya buat sebagai persiapan untuk menjalani rawatan IVF/ICSI...


SEBELUM

Pemakanan
-3 bulan sebelum start proses cucuk mencucuk, sy amik multivitamin dan acid folic.. Multivitamin tu sy amik yg ada vit D 400IU di dalamnya.. Saya beli brand Blackmores. Amik setiap hari.. Jgn skip2...
-1 bulan sebelum, sy amik TF Advance dan Jigsaw Magnesium dalam usaha untuk meneutralkan dan mengalkalikan rahim. Multivitamin dan acid folic tetap diteruskan. Makanan yg pedas dan masam juga sudah mula dikurangkan.
-Seminggu sebelum start cucuk sy dah start elakkan makanan yg pedas dan masam.

Rohani
-Banyakkan bersedekah
-Kerapkan Solat Hajat


SEMASA (Masa proses cucuk2)

Pemakanan
-Multivitamin dan acid folic tetap diteruskan
-Hari2 amik telur 2 biji dan minum air soya.. telur dan soya membekalkan protein yang bagus utk membaiki sel badan dan juga utk mengelakkan OHSS.
-Hari2 minum air zam zam, kurma dan buah tin.. Ini utk mengalkalikan rahim supaya embryo senang menempel.
-Air kosong sekurang2nya 2 liter sehari
-Elakkan makanan yg pedas dan masam

Rohani
-Banyakkan bersedekah
-Solat hajat buat setiap selepas solat fardhu, alfatihah, ayat qursi, selawat dll


SELEPAS (Start ET)

Pemakanan
-Multivitamin dan acid folic masih diteruskan
-Telur dan soya juga hari2 (utk elak OHSS)
-Air kosong sekurang2nya 2 liter (Utk elak OHSS)
-Air zamzam, kurma dan buah tin juga (Utk mengalkalikan rahim)
-Elakkan makanan yg pedas dan masam

Rohani
-Solat hajat selepas setiap kali solat fardhu
-Setiap kali baca yasin, Quran, al-fatihah, ayat qursi, selawat dan zikir, letakkan tangan di perut sambil gosok2. Niatkan supaya rahim kuat. anak kuat dan sihat dll...


SEKARANG

Pemakanan
-dah tukar kepada multivitamin utk ibu mengandung di samping supplements lain
-Air zam zam, kurma dan buah tin saya masih amalkan sampai skrg
-Air kosong sekurang2nya 2 liter

Rohani
-Solat hajat selepas setiap kali solat fardhu
-Setiap kali baca yasin, Quran, al-fatihah, ayat qursi, selawat dan zikir, letakkan tangan di perut sambil gosok2. Niatkan supaya rahim kuat. anak kuat dan sihat dll...


** Masa nak buat ivf ni (x kira lah, iui ataupun lain2), kalau boleh jangan disorokkan dari pengetahuan mak ayah.. kerana doa mereka adalah sgt mustajab...

Monday, 7 April 2014

7w, 9w dan naik kerja

Posted by Sizuka at 9:17 am 24 comments
Harini saya nak rangkumkan 3 entry sekaligus.. kes penyakit malas yg masih belum sembuh.. hahaha...

11 Mac 2014

7w5d.. Alhamdulillah, heartbeat both babies dah makin kuat.. lega sgt2.. Hubby plak sibuk merakam gambar scan baby.. Doc pun dah pesan siap2 utk on kan kamera siap2.. haha...


24 Mac 2014

9w4d.. Heartbeat babies kuat. Alhamdulillah.. Size baby berkembang mengikut usia..1st baby ukurannya sebesar 9w1d, manakala 2nd baby sebesar 9w5d... yang 2nd baby ni besar 1 hari dari actual age.. Kali ni kami dapat bonus.. Masa scan, 2nd baby bergerak seolah2 terapung sambil tangan dan kaki terkuis-kuis.. Subhanallah.. Saya hampir menangis..dah bergegar2 badan menahan daripada menangis.. Malu sbb doc ada.. hihihi.. Suami pun sama.. bila tgk reaksi dia, lg la sy bertambah terharu..


31 Mac 2014 - 1st day naik kerja

Setelah MC selama 59 hari, maka sudah tiba masanya untuk saya kembali ke tempat kerja.. Macam lemau semacam je bila kena naik kerja sbb dah syok duk rumah, rilek2 bagai.. tp duk rumah pun mcm lemau gak..kesimpulannya mmg lemau... hahaha...


Saturday, 29 March 2014

Takziah Yani Seindah Mimpiku

Posted by Sizuka at 11:21 pm 3 comments
Assalamualaikum readers..

Marilah kita sedekah al-fatihah kepada Allahyarhamah ibu kepada Yani..

Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan solehah..

Dan semoga yani dan ahli keluarga yg lain tabah dan sabar atas dugaanNya..

Tuesday, 25 March 2014

Dah ada heartbeat

Posted by Sizuka at 6:07 pm 2 comments
4 Mac 2014
Appointment utk 6w.. Alhamdulillah pada minggu ke enam ni heartbeat babies dah kelihatan. Cuma masih belum kuat.. hubby pulak teruja merakan bunyi heartbeat baby.. Lucu tgk gelagat hubby..

Ovary kanan masih aktif dan panjang pangkal rahim normal iaitu above 4cm..

Appointment kali ini sgt melegakan hati sbb dah nampak dua2 heartbeat baby.. sejak bleeding tu hati sentiasa x keruan.. Doc pun ade mention mcm sorg je yg jadi.. wlubagaimanapun saya sedaya upaya buat yg terbaik.. bacakan yasin utk babies, alfatihah, ayat kursi,  selawat nabi dan juga zikir ya mubdi utk kuatkan rahim..

Thursday, 20 March 2014

Ujian dan dugaan

Posted by Sizuka at 4:54 pm 4 comments

Masa sy 5w, sy telah bermalam di wad selama 4 hari 3 malam..

Ceritanya, masa ahad 23 Feb lepas, bangun je dari tido saya dapati kat pantyliner ade darah.. x sampai setengah drpd pantyliner tu..

Mmg sgt cuak ok.. huhu.. takut.. mcm nak nangis pun ada.. bgtau hubby cepat2..

Cepat2 msg doc dan doc suruh pergi ke bahagian kecemasan utk suntikan hormon dan kemasukan ke wad..

Keesokkan hari, darah ada lg dan keluar masa sy sdg tidur juga..  tp alhamdulillah lepas tu dah x de lg.. doc kata after 48 xde bleeding baru boleh keluar. Tu yg jd 4h3m tu.. huhu

Masa scan, doc dapati ovari kiri sy dah back to normal size tapi alhamdulillah ovari kanan masih lg besar dan aktif.. kantung dua2 masih jelas kelihatan.. tp baru ada yolk sac..

Keputusan ujian darah pula menunjukkan paras progesterone sy turun sikit.. drpd 397 kepada 367 (kalau x silap).. paras estradiol juga turun dr 8000 kepada 6000... risau x terkira time ni.. masa ni mmh berserah je pada takdir sbb dah lakukan sehabis baik utk menjaga kandungan.. ubat pun langsung x pernah miss dan hanya berehat di rumah..

Tp yg membuatkan kami lega ialah apabila beta HCG meningkat.. masa hari 1st masuk masuk wad bacaannya ialah 23000++ dan keesokkannya bacaan naik kepada 33000++.. Alhamdulillah syukur.. Hubby terus sujud syukur. Mmg berdebar2 tunggu keputusan ujian beta.. asik g tanya kat nurse jek time ni..

Ok.. Sambung.. :)

Tuesday, 18 March 2014

Dah nampak kantung

Posted by Sizuka at 2:00 pm 20 comments

18 Februari 2014

Harini kami ada appointment.. Tujuannya adalah utk nak tgk kantung.. Sbb doc kata minggu ke 4 patut dah ada..

Berdebar-debar jugak.. inilah kali pertama dlm hidup nak tgk kantung sendiri..

Alhamdulillah. Doc tvs dan nampak 2 kantung seperti yg dijangkakan sebelum ni.. Syukur.. Dua2 Kantung mmg dekat sgt2.. Sebelah menyebelah.. size 4mm each..

Ovary pun dua2 still aktif.. panjang pangkal rahim pun ok iaitu 4.0cm..

Perasaan? Pastinya terharu. Hari2 kami titipkan doa buat bakal anak2 kami.. Semoga kalian baik2 saja..

Wednesday, 12 March 2014

Alhamdulillah Syukur!

Posted by Sizuka at 7:34 pm 37 comments

11 Februari 2014

Genap 8 hari selepas embryo transfer (8dp5dt), saya diminta utk buat blood test iaitu Beta HCG...

Berdebar-debar sgt.. x tau nak cakap mcm mana perasaan ni.. Tetiba mcm x yakin dengan diri sendiri.. Tetiba rasa mcm semua good sign hilang.. Tetiba rasa mcm x nak g check.. Tapi apa2 pun mmg dah bertekad utk terima apa jua keputusan dan yakin dengan apa jua perancangan Allah..

Sampai je hospital terus amik no giliran.. then pi lab bawah amik darah dlm jam 9.00am.. After 2 jam akan dpt result.. Pastu g sarapan.. Kebetulan ada kawan pun appointment jugak haritu. Jadi kami lepak2 berempat..

Saya ngan husben asik berteka-teki jer sementara nak tunggu 2 jam tu.. Mmg berserah je.. Mmg berharap sgt tp dlm masa yg sama redha je ngan apa jua kemungkinan.. Siap ingatkan pembantu doc pasal blood test.. dan dia pun mmg dah sedia maklum dari awal sebenarnya..

Dalam 11.30am, masuk jumpa doc.. Rasa mcm pucat pun ade.. haha.. over ko!

Alhamdulillah saya disahkan hamil dengan beta hcg 142.. mungkin kembar! Subhanallah..

Then TVS.. alhamdulillah dinding rahim tebal iaitu 1.5cm dan kedua-dua ovary masih aktif. Doc kata bagus sbb ovary ni akan merembeskan hormon progesterone (klu x silap).. panjang pangkal rahim pulak dlm 4cm.. Masa ni kantung mmg x nampak lg.. dan masa ni mungkin kandungan baru dlm 3 minggu.. Minggu depannya jumpa doc lg dan doc ckp masa tu InshaAllah akan nampak kantung..

Masa doc bgtau ni mmg dah nak nangis dah.. sebak.. terharu.. terketar2 nak cakap.. Doc ucap tahniah.. dah lepas kuar dr bilik doc baru la menitis jua air mata ni.. tp still boleh cover.. haha.. :p

Sambung...

Monday, 10 March 2014

Happy 29th Birthday to Me!

Posted by Sizuka at 6:29 pm 11 comments

Alhamdulillah.. Syukur padaNya kerana pada 4 February 2014 lepas genap umur saya 29 tahun. Tahun ni last nak enjoy2 sbg 20's sebelum usia masuk 3 series tahun depan.. hahaha...

Tahun ni just celebrate kat hospital sbb lepas ET tu sy kena warded utk bedrest.. Mmg ni satu pengalaman dan sejarah dalam hidup saya.. Husben belikan 2 slices kek secret recipe.. hehe..

Utk hadiah ulang tahun kelahiran ini saya cuma mengharapkan hadiah yg paling bermakna dlm hidup iaitu positif beta hcg dan sekaligus merealisasikan impian kami utk menjadi ibu dan ayah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Amin...

Wednesday, 5 March 2014

ET Day

Posted by Sizuka at 9:41 pm 3 comments

Flashback..

Alhamdulillah,  ET telah selamat dilakukan pada 3 February 2014 pada jam 4 petang..

Masuk 2 embryo iaitu pada peringkat blastocyst dan morula.. ini saja embryo yg kami ada.. no frozen embies..

Doc suruh saya stay wad 2 hari utk bedrest dan sekaligus memberi peluang embryo utk menempel dgn aman.. hehe.. Saya kena duk wad 2 hari sbb morula mengambil masa lebih lama utk menempel berbanding blastocyst.

Saya yg menurut perintah. Hehe.. Ku turutkan saja demi kebaikan..

Tidak dinafikan, harapan kami suami isteri tinggi utk icsi ini berjaya.. tp kami juga harus bersedia dengan segala kemungkinan...

Sambung...

Monday, 3 March 2014

Status embryo sebelum ET

Posted by Sizuka at 1:43 pm 6 comments

Sekarang ni sy diserang penyakit M.. Malas gilerrr nak update blog... adehhhh...

Apa2 pun still flashback yer..

2 hari selepas OPU, sy ada msg doc bertanyakan ttg status embryo sy.. Tapi hanya keesokkan hari baru doc reply..

Ovum sy yg 3 tu rupa2nya, 1 matang, 1 x matang dan 1 x normal..

Dan baru satu jer yg menjadi embryo.. masa dpt berita ni saya dan suami otw ke temerloh.. ikut rombongan pengantin.. apa lagi, terus la menangis sampai tersedu-sedu. Sedih sgt2.. Sejam lebih jugak mcm tu...

Tapi alhamdulillah,  2 hari lepas tu, wasap doc lg. Dan alhamdulillah ade 2 yg jadi embryo... doc ckp akan transfer dua2 ti ke dalam rahim saya.. hilang sedikit kegusaran di hati.. Redha... Dan sy bakal x de frozen embryo... Semuanya kami serahkan kepada Allah.. Tawakal... Sebab dah usaha sebaik2nya..

Ok.. sambung next entry mengenai ET day..

Thursday, 20 February 2014

OPU day

Posted by Sizuka at 2:26 pm 8 comments
Masih flashback.. weeee....

Hari ni hari utk ovum pick up.. 29 January 2014..
Perasaan? Berdebar-debar sebab inilah kali pertama masuk OT room.. Full bius plak tu... hehehe..

Tapi, buat-buat macam x der pape.. Cover skit perasaan takut tu..
Sebab kalau takut pun sehingga berdarah air mata sekalipun, prosedure ni tetap akan berlangsung gak kan..
Kena berani.. Lawan perasaan takut demi zuriat..

So haritu check in je kat open dary care ward, duduk2 dulu.. rehat ngan husben.. Baca yaasin, ayat qursi, alfatihah, selawat nabi.. Lepas tu nurse datang bagi baju khas.. So kena tukar nnt.. Doc pakar bius pun datang.. Tanya itu ini, tengok salur darah kat tangan..

Saya dijadualkan akan menjalani prosedure jam 2.30 pm. Dalam 1.45pm sy tukar pakaian. X lama lepas tu saya di tolak ke OT..  hehe.. 1st time experience.. Alhamdulillah walaupun baru pertama kali, Allah beri kekuatan utk melawan semua perasaan takut yang ada.. Vangga jap ngan diri sendiri. hehehe..

Cik abang tengok je saya dari luar pintu.. pandang x lepas.. sampai nurse pun tegur.. hehe

Masuk jer dalam bilik OT, tangan segera dibuat line utk drip.. X lama lepas tu, saya disuruh bernafas dengan gas yg ditekup... Wah magic gila, mula2 mcm x de pape... pastu sedut lagi 3-4 kali terus mata berat dan terus hanyut... haha... Tiba2 ada orang tepuk dan bgtau prosedure dah selesai... Sekejap je rasa.. Ingatkan td baru nak start... hahaha.. Bila semua dah setel, balik ke wad semula...

Masa kat wad, doc bgtau suami yang dia cuma dapat ambil 3 biji ovum saja daripada 20 lebih ovum yang ada... Ini kerana, ovary saya agak tinggi dan doktor x nak amik risiko.. Kedudukan ovry yg tinggi baru je dpt tau masa OPU ni... Sebelum ni x dpt detect.. Masa doc bgtau suami, sy masih di OT....

Saya sedih waktu tu tapi saya masih dapat kawal perasaan. Rasa macam tak percaya. Hanya dapat pasrah dan berharap ketiga-tiga ovum tersebut kesemuanya good grade dan matang.

6 jam lepas prosedure, sy dah boleh balik.. tapi BP mcm x baik bacaan iaitu  90/60.. masa bangun nak ke toilet pun saya hampir tumbang wlupun kepala x sakit.. Nurse nampak.. bila hubby tanya, nurse kata ni normal dan salah satu effect dari ubat bius. Masa ni fikir nak balik rumah je cepat2..

continue next entry....

Monday, 17 February 2014

Confirm tarikh OPU

Posted by Sizuka at 11:57 am 7 comments
Flasback lagi yer.. Banyak entry tertangguh lagi sebenarnya..

27 January saya bertemu doc lagi.. Kali ni sy telah menghabiskan sebanyak 13 kotak ubat pada semalam harinya.. So hari ni datang utk confirmkan samada dose perlu ditambah atau tidak..

Alhamdulillah, masa tvs, telur2 semua dah size 15mm.. paling besar dlm 17mm... So lastly doc decide utk buat OPU pada Rabu 29 Januari pada jam 2.30 petang..

Perasaan saya? Yessss akhirnya.. tp dalam masa yang sama berdebar2 jugak.. First time kot.. x sabar pun ada.. Macam x percaya akhirnya kena go through juga semua ni..

to be countinue....

Saturday, 15 February 2014

S11: Tangguh OPU

Posted by Sizuka at 12:28 pm 0 comments
Ini entry flashback yer kawan2... Lama sungguh x update blog..

Hari jumaat 24 January... kami ke Pantai lagi... tak ingat dapat nombor berapa... tapi rasanya ramai org hari tu..

So kali ni, TVS mcm biasa.. tapi kan telur x banyak progress.. Masih berukuran kira-kira 12-13mm.. Paling besar pun 14mm..

Sungguh badan saya lambat respon ngan ubat.. huhuhu.. Dugaan..

So keputusannya, sebabnyak 2 kotak ubat hormon lagi ditambah.. Redha.. Doc jangka OPU akan dilakukan pada Rabu atau Khamis depan..

Isnin 27 January kena jumpa doktor lagi.. Harap2 la kali ni dah dapat tarikh OPU.. X mo delay lagi.. huhu.. Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan....

Thursday, 23 January 2014

S8: TVS dan tarikh OPU

Posted by Sizuka at 9:11 am 16 comments
Entry flash back lagi..

Selasa lepas (21.1.2014), ada appointment ngan doc lagi. Utk rekod, ni appointment pada CD9 dan S8...

Sampai2 je terus amik nombor dan turun ke tingkat bawah menuju ke lab untuk amik darah. Hubby punya untuk ujian Hep B dan HIV. Saya pula untuk ujian Hep B dan HIV juga tetapi ada tambahan lagi ujian yg lain iaitu Full Blood Cout (FBC) dan Liver Function Test (LFT). Result akan dapat pada appointment yang akan datang.

Tunggu punya tunggu, sampai sudah giliran saya.. Macam biasa, doc TVS terlebih dahulu.. Kali ni bukan 14 telur tapi lebih daripada 20!! Bila dah terlalu banyak, maka telur2 terpaksa la berebut sumber dan space dalam ovary.. Maka size yg terhasil rata2 adalah 10-11mm... Sepatutnya dah 16mm doc kata.. Jadi saya punya progress dah delay 3 hari.. Dinding rahim (endometrium lining) pulak Alhamdulilah dah 7.0mm...

So, rentetan daripada itu (cewaahhhh), doc terpaksa menambah dose ubat selama 3 hari lagi.. Redho je lah khennn.... hihihi... Harap2 la telur2 beri kerjasama yang baik.. Jangan burst ye sayang....

Oleh itu, tarikh OPU telah ditetapkan pada Isnin bersamaan dengan 27 Januari 2014..

Monday, 20 January 2014

S3: TVS

Posted by Sizuka at 8:22 am 27 comments
Ni flashback punya entry.. haha..

Khamis 16 Januari 2014

Ini adalah pertama kali jumpa doktor tanpa ditemani oleh encik suami.. Kebetulan hubby agak sibuk..
Jadi nak x nak, terpaksa pergi sendiri...

Bertolak dari rumah lambat sikit. Sebab waktu pagi doc ada prosedure IVF.. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Walaupun dah berpuluh kali berulang alik ke hospital, tapi GPS still terpaksa on.. Sebab x yakin.. hahaha... Jalan pun x sesak..

Oleh kerana doc belum masuk dan nombor giliran pun sangat banyak, maka sy pergi makan dulu dan melawat rakan seangkatan.. Cewahhhh... Iaitu Shikin dan Kak Linda.. Alhamdulillah depa dah pun selamat semuanya... Berkenalan dan bersembang2...

Lepas tu saya ke klinik doc, sambil tunggu doc, jumpa lagi rakan baru, kak kayla dan blogger yanni bunny.. Wahhh memang sgt seronok.. Hari ni dapat jumpa ngan ramai orang.. Kebetulan mak cik hubby pun ada appointment hari ni...

Ok.. short cut terus la yer... Masuk je bilik doc, terus baring.. Buat TVS.. Alhamdulillah ade lebih kurang 7 biji telur di kedua-dua oavry.. Jumlah keseluruhan adalah lebih kurang 14.. Syukur.. Semoga semua telur adalah telur yg berisi.. Mudah-mudahan.. Amin.... Telur pun masih kecil2.. Maklumlah masih CD4 dan S3..

InshaAllah, esok ada lagi appointment ngan doc.. Esok saya CD9 dan S8... Doakan yer....

Wednesday, 15 January 2014

Day 2 Stimulation

Posted by Sizuka at 2:38 pm 20 comments

Hari ni merupakan hari kedua inject hormon untuk meransang pengeluaran telur.. Alhamdulillah.. Ada beberapa hari lagi utk habiskan suntikan.. Suntikan ni mesti dibuat pada waktu pagi dalam pukul 6.30..

Ubat tu saya akan ambil dari peti ais.. dan kemudian sy preparekan.. dah siap semua, tugas hubby pulak utk inject ke perutku.. Setakat ni Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.. 

Esok saya ada appointment dgn doc.. TVS.. Yeay! InshaAllah nanti sy update..

Monday, 13 January 2014

Penyamun kad kredit

Posted by Sizuka at 6:10 pm 15 comments

Mood sedihhhh sgt2 skrg ni...

Baru je td kul 4 lebih ambank call sy utk pengesahan tranksaksi kad kredit visa gold sebanyak rm3.8k utk pembelian barang di poh kong, KLIA...

Masalahnyer sy ni seketul kad kredit pun x der.. Berurusan dengan Ambank pun x pernah..

Bila disiasat, rupa2nya saya ni mangsa penyamun kad kredit. Penyamun tu dah guna nama dan mykad saya.. tapi kan macam mana dia dpt mykad saya? Padahal saya ni jenis yang cermat menjaga mykad.. mmg x pernah hilang.. bg salinan mykad pada org pun x pernah..

Kredit kad tu ada outstanding sebanyak rm6k... huhu.. dan penyamun telah memohon pada bulan 11 lepas.. cepat jek kan dia buat kerja.. huhu

Pihak Ambank suruh sy buat laporan di Bank Negara Malaysia.. So dah buat laporan.. Pihak Ambank pun dah block kredit kad tu...

Adekah website tempat kerja dah kena hack?? Yer lah, nk buat kredit kad kene 3 bulan slip gaji kan...

Sape pernah ade pengalaman mcm ni? Share pls.. kalau x nak share di sini boleh emel sy di sweetbaby.cutebaby@gmail.com...

UPDATE:
Ni semua adalah penyamaran.. mereka mmg menggunakan modus operandi yg sama.. iaitu transaksi di Poh Kong KLIA.. Jgn sesekali mendedahkan maklumat kita terutamanya akaun bank. Ramai yg dah terkena (google - mesti korang jumpa pasal ni)... diorang selalu akan call pukul 4 ke atas.. iaitu hampir ke waktu pejabat dan seringkali call waktu esoknya adalah cuti..

CD1 - Bersedia utk injections...

Posted by Sizuka at 10:11 am 22 comments
Balik dari family day di PD (tidur sana), saya pun period.. Alhamdulillah...
Walaupun makan norcolut, tp serupa mcm x makan.. haha.. sama je cycle nye seperti bulan2 sebelum ni..
Alhamdulillah dpt jugak enjoy.. Enjoy sebelum proses icsi bermula.. ade hikmah kenapa period ni datang lambat..

So malam td saya period lebih kurang jam 10.. 
Tadi jam 8.00 pagi dah msg doc.. Doc reply ptg ni doc akan reply semula...
1st injection may be esok paling cepat..

Macam tak percaya akhirnya saya kena jugak harungi segalanya tentang ivf/icsi.. Pengalaman baru dalam hidupku..

Ya Allah, permudahkanlah urusanku.. Aminnn...

Thursday, 9 January 2014

Siapa pernah makan norcolut?

Posted by Sizuka at 2:24 pm 21 comments

Kawan2 yg dah pernah makan norcolut,  nak tanya,  macam mana cara korang makan norcolut dari segi aturan makan? Korang period berapa lepas stop norcolut?

Saya sepatutnya amik norcolut 10 hari berturut-turut.. 2 biji sehari iaitu sebiji pagi dan sebiji malam.. tetapi nak dijadikan cerita, saya dah ter"skip" 2 hari gara2 saya terlepas pandang yg kat dalam kotak masih ada lagi sepapan..

So, sy makan selama 5 hari dari 28 Dis 13 -  1 Jan 2014.. Lepas tu ter"skip" 2 hari.. Saya sambung lg selama 5 hari dari 4 - 8 Jan 2014..

Nasib baik lah saya tergerak hati nak check balik kotak norcolut tu.. fuhhh...

Harap2 kawan2 dpt share pengalaman yer...

Monday, 6 January 2014

Dah beli ubat..

Posted by Sizuka at 5:08 pm 4 comments
Assalamualaikum..

Bersiaran dari bilik hotel. Dapat wifi yg 'line'nya sgt slow... Boleh la kan dari x de.. huhu...

Ahad lepas dah amik ubat injections dah.. Mula2 tu saya plan nak amik dalam isnin atau selasa.. tp kena outstation pulak.. terpaksa amik awal.. lagipun takut jugak kalau terperiod awal dan ubat pun kena pakai cepat.. Tapi kan harap2 x period kat sini.. biarlah bila dah sampai rumah rabu nnt.. lgpun ubat x bawak.. risau jugak nak bawak ke sana sini... dan yg sebenarnya saya ni takut nak inject sendiri.. kui3.. Memang berharap pada hubby..

ok lah.. nak gosok baju... benda paling x best kat dunia.. hahaha
 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea