Tuesday, 31 December 2013

Wanita dengan 69 anak

Posted by Sizuka at 1:31 pm 1 comments
Subhanallah!
Allahuakbar!

Inilah kekuasaan Allah SWT.. Sesiapa pun tidak boleh menidakkannya..


*
*
*


Siapa gerangan wanita yang mempunyai ini? Tidak ada yang tahu pasti siapa namanya. Yang pasti ia adalah isteri pertama dari Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia. Dia melahirkan 16 pasang bayi kembar, 7 bayi triplets (kembar tiga), dan 4 bayi quadruplets (kembar empat).

Wanita ini adalah isteri pertama dari Feodor Vassilyev. Entah apa penyebabnya sehingga ibu 69 anak ini meninggal dengan bunuh diri. Kemudian Feodor menikah lagi, dan hebatnya ia boleh memujuk isteri keduanya untuk menguruskan 69 orang anaknya.

Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 anak. Jika masing-masing kanak-kanak semasa dewasa menghasilkan 2 anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk saiz zaman dahulu), dan apabila dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka saat ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang!

Friday, 27 December 2013

Selebriti dan IVF

Posted by Sizuka at 10:23 am 6 comments
Dapat dari http://nicolehsworld.blogspot.com...
Semoga dapat menaikkan semangat dan pendorong dalam melalui ujian2 yang mendatang...


*
*
 * 

Sarah Jessica parker used a surrogate to have twin girls Marion & Tabitha in 2009, she was 44. She also has a son James Wilkie born in 2002.

Marcia Cross 45 said she skipped her honeymoon to get straight to ivf ,after several rounds she then switched to ivf with donor eggs to increase her chances due to her age, she gave birth to twin girls Eden & Savannah in 2007.


Celine Dion 42 used ivf/icsi in 2000 to have her son Rene Charles and used it again in 2010 to have her twin sons Nelson & Eddy. She revealed that she had a miscarriage & six rounds of ivf before the successful pregnancy and that initially she was pregnant with triplets but miscarried one.


Courtney Cox suffered many miscarriages & rounds of ivf before having daughter Coco in 2004 at age 40.


Trinny Woodall 39 underwent nine rounds of ivf and several miscarriages before having her daughter Lyla in 2003.


Rod Sewart & Penny Lancaster 39 did three rounds of ivf to fall pregnant with their second child which is due in 2011, they did not use ivf for their first pregnancy with son Alastair.


Brooke Shields used ivf to have her first daughter Rowan in 2003, she had seven treatments and a miscarriage. After the birth she suffered severe post natal depression. She openly speaks about her struggle with ivf and pnd in her book Down came the rain.  She later conceived her second child Grier naturally.


Giuliana 35 & Bill Rancic are currently using ivf to hopefully have their first child. They fell pregnant on their first round but miscarried at 8 weeks.  The 3rd season of their show filmed the highs & lows of the treatment and showed people what going through ivf is like.


Jane Seymour used ivf at 44 to have twin boys Johnny & Christopher in 1995, this was her third pregnancy but first time using ivf.

Thursday, 26 December 2013

Busy

Posted by Sizuka at 9:19 am 2 comments
Sekarang ni tengah banyak kerja...
Buat slide pencapaian utk 2013 yg memakan hampir 60 slide.. Alhamdulillah dah siap..
dan slide projek lagi.. hoho.. yg ni x siap edit lagi..
Sekali dengan laporan bertulis yg berpuluh2 mukasurat... yg ni baru siap 50%
Arghhh penat giler otak aku..
Dengan bos yg sedang bercuti dari 23 Dis hingga 1 Jan...
Yang bestnya aku la bosnye.. Muahahaha....
Ni pun dah terlepas due date utk hantar laporan..
Sepatutnya last semalam.. Tapi akan sedaya upaya hantar harini secepat yg boleh..

Semalam cuti krismas, sempat lagi kami suami isteri dan adik ipar pergi mandi manda di taman tema air di I-City.. Lepak2 sampai malam tengok lampu...
Xde maknanya waktu cuti nak buat keje pejabat.. hahaha..

Esok keluarga mertua datang.. nak bawak g jalan2 sabtu ahad ni...
Boleh la release tension sepuas2nya sebelum proses ICSI bermula.

Yeayyyy!!!!

Friday, 20 December 2013

Supplements suami menjelang IVF/ICSI

Posted by Sizuka at 8:33 am 19 comments

Inilah supplements yang suami saya ambil menjelang IVF/ICSI kami yang dijangka pada bulan depan nanti..
Apa-apa pun kami akan usaha yang terbaik dan termampu.. 

Surbex Zinc (Abbot) - Bermula September 2013
** Penting bagi pembentukan air mani. Lelaki yang kekurangan zinc akan mengalami air mani yang cair. (Dr Zubaidi Ahmad)
** Dalam surbex zinc juga mengandungi Vit B12. Vitamin ini terlibat dalam proses kematangan sperma dan pembentukan DNA di dalamnya. (Dr Zubaidi Ahmad)

Multivitamin (Blackmores) - Bermula Oktober 2013

Magnesium (Blackmores) - Bermula Oktober 2013 

Selenium (21st Century) - Bermula Oktober 2013
** Bahan antioksidan yang baik dan sangat penting bagi pembentukan "ekor" sperma untuk pergerakkannya. Kekurangan selenium akan menyebabkan sperma tidak bergerak dengan baik. (Dr Zubaidi Ahmad)

Proxeed Plus - Baru jer bermula pada 14 Disember 2013
** Dalam proxeed plus ni mengandungi L-carnitine (fumarate), Acetyl-L-cartinine, Fructose, Citric acid, Selenium, Coenzyme Q10, Vitamin C, Zinc, Folic acid dan Vitamin B12.


Semua supplements ni adalah untuk menambah bilangan dan kualiti sperm.. InsyaAllah pada 31 Disember nanti suami akan buat detail sperm analisis. Salah satunya bertujuan utk melihat kualiti sperm di mana ianya penting semasa proses pencantuman dengan ovum nanti. Kualiti sperm juga boleh mempengaruhi gred embryo..


Monday, 16 December 2013

First Apppointment utk IVF/ICSI

Posted by Sizuka at 3:40 pm 6 comments
12 Disember lepas (Khamis), kami buat appointmnet ngan doc adilah..
Appointment yang memang khas utk tujuan IVF/ICSI..

Kami sampai lambat..
Lebih kurang 11.20am gitu sampai, terus bg kad kat kaunter.. dapat no.15.. First time jadi orang terakhir jumpa doc.. hahaha..

Dalam kul 1 lebih jumpa doc.. Then doc tanya bila period.. Ok, masa ni sy CD4..
Pastu doc suh get ready utk TVS..
Alhamdulillah, clear.. Maka, boleh proceed terus wat IVF/ICSI..

Result ujian2 darah sebelum ni pun semuanya normal.. Kecuali result anti mullerian je yg sedikit tinggi...
Doc cakap, saya hanya perlukan dose yang rendah utk merangsang folikel.. Alhamdulillah.. Syukur..

Lepas tu, doc terus terangkan apa yang perlu saya buat.. Doc terangkan ubat2an yang perlu untuk saya makan sekali ngan ubat cucuk..

So, 28hb ni saya akan start makan norculut dan progynova.. Dan kemungkinan period saya akan keluar pada awal January.. Pastu bermulalah episod cucuk mencucuk by encik hubby.. hehehe... Ubat cucuk2 tu saya belum beli lagi.

Setel semua, Ida tolong buatkan appointment kami ngan embryologist.. Alhamdulillah dia free jam 2.30 ptg.. Lepas amik ubat di farmasi, kami terus naik atas utk berjumpa dgn embryologist.

Embryologist beri free consultation kepada kami mengenai proses yang akan kami lalui... Siap tunjuk gambar bagai supaya kami faham.. Alhamdulillah... Lama jugak la..Kami pulak ambil kesempatan yang ada utk tanya macam2 soalan.. hehe

Settle di situ.

Sebelum balik, bayar dulu deposit RM1K di kaunter pembayaran.. Alhamdulillah pakej IVF tu still valid.. Tapi sehingga bulan 1 jek la.. Start bulan 2 dah harga baru..

Ok, tu saje... Next entry saya akan kongsikan mengenai supplement apa yang suami dan saya amik sebagai persediaan menuju ke IVF/ICSI..


Friday, 13 December 2013

First step to IVF/ICSI..

Posted by Sizuka at 8:59 am 33 comments
Macam tak percaya..
Rupa-rupanya kami akan lalui jugak proses ini..
IVF/ICSI...

Inilah di antara usaha kami utk mendapat zuriat sendiri..
Selalu berdoa agar kami tidak perlu melalui proses ini, tapi apakan daya..
Mungkin Allah nak kami rasai pengalaman ini, pengalaman yang tak semua orang lalui...

Semoga Allah SWT permudahkan segala usaha dan urusan kami.

Bersediakah kami?
Insya-Allah..
Kami sudah bersedia...
Akan buat yang terbaik segalanya demi zuriat yang dinanti..
Kami sandarkan segala usaha, doa kami kami kepada Allah SWT..


P/s: Cerita mengenai appointment semalam adalah pada next entry.. Nak ingat balik kronology semalam.. hahaha... :p


Wednesday, 11 December 2013

Buat Appointment untuk IVF

Posted by Sizuka at 3:37 pm 15 comments
Hari ni saya CD3..
Period pun dah tak banyak..

Tadi call Ida, pembantu doc.. Plan nak jumpa dalam 17hb.. Tup2 Ida suh datang esok jumpa doc.. Rupa2nya appointment utk IVF sama jugak mcm appointment lain2, kena datang masa hari kedua hingga lima period atau hari ke 13.. Tapi saya kena jumpa esok sbb pada CD13, doc dah cuti..

Saya ingatkan tak kisah bila2 sebab just nak check jek kan.. heheh.. Pepandai jer saya nih.. :p

So, appointment esok penting utk:

1. estimate tarikh period next cycle
2. nak memastikan tiada cyst or fibroid
3. ubat-ubatan yang perlu dibeli utk IVF
4. cara pemakanan yang sesuai
5. do n don't

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada esok hari.. Risau sgt sekiranya ade menda2 dalam rahim ni.. Mintaklah dijauhkan... Sebelum ni mmg x da.. Just polyp je bersaiz 4mm.. Kalau ade, kemungkinan kene buat laparoscopy... Kalau dah laparoscopy, dah tentu IVF ditangguhkan.. Huhuhu....



PSSSSTTTT........

Sape kat sini pernah try double stemcell? Bagus tak utk kita yg sedang TTC ni?



Tuesday, 10 December 2013

CD2

Posted by Sizuka at 10:05 am 15 comments
Hari ni dah CD2..
Semalam datang period masa tgh tidur.. Nasib baik dah pakai pad siap2.. hehehe..

Plan cycle ni, nak call Ida, pembantu doc utk membuat satu temujanji sebelum IVF yang dijangka akan dilakukan pada bulan January 2014.. Mungkin esok lusa nak call.. Harap dipermudahkan..

Sekarang ni cycle dah makin panjang pulak.. Cycle lepas 38 hari.. Yang sebelum tu 39 hari (ni cycle masa buat IUI aritu)...

Nampaknya memang kena usaha jugak turunkan berat badan.. hehehe.. 
Adehhh... 

Thursday, 5 December 2013

Kuat Makan

Posted by Sizuka at 8:38 am 6 comments
Lately ni saya jadi kuat makan..
Breakfast, lunch n dinner kebanyakkannye amik yang berat2..
Memang terasa badan naik..
Terutamanya kat perut dan muka..

Saya tau bila makan lebih, akan beri effects pada badan..
Tapi kan saya rasa macam, "Ahhhh tak kira, nak makan jugak"...
Huhuhuhu...
Tak tau la kenapa..
Dah la berat badan memang susah nak turun..


 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea