Wednesday, 20 November 2013

Our 3rd Anniversarry at Tanah Aina Farrah Soraya : Part 1

Posted by Sizuka at 3:06 pm
Assalamualaikum wbt..

Ni entry basi.. Sebab cerita ni berlaku pada Jun yg lepas.. Ekekekkek... Inilah adalah entry berkenaan hari pertama kami di sana...

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada 4 Jun 2013 lepas kami telah bersatu selama 3 tahun..

Memang kebiasaanya kami akan berhoneymoon ke tempat2 menarik utk celebrate anniversarry.. Tapi x anniversarry pun kami honeymoon ke hulu ke hilir jugak.. hahaha..

Kami decide nak ke Tanah Aina bila dengan tiba2 semasa aku gatai tangan duk search hotel sana sini di Agoda, maka terpampanglah info mengenai Tanah Aina di mana sebelum ini langsung aku x pernah tahu akan kewujudannya.. Tanah Aina ni letaknya di Bentong, Pahang... Tempat ni merupakan 5 star resort..

Kebetulan x lama lepas tu ada MATTA Fair.. Jadi aku n hubby dengan semangatnya pergi ke MATTA Fair demi mencari pakej Tanah Aina.. haha..  Alhamdulillah travel agent ni menawarkan harga sebanyak RM270/pax.. Jumlah utk kami berdua adalah sebanyak RM540.. tapi kalau mengkomer nak terus contact Tanah Aina terus pun x pe, harganya ialah RM300/pax atau RM600/couple.. Skrg ni x pasti pulak harganya dah berubah atau masih sama..

Kami ke Tanah Aina ni pada 1 dan 2 Jun 2013.. Celebrate anniversarry awal 3 hari..

Kat Tanah Aina ni, harga bilik adalah bergantung kepada kepala dan bilik mana yg korang amik.. Macam kami, kami amik honeymoon chalet. Puas hati sgt2, bilik besar, modern + klasik deco.. Tetapi bilik air adalah di luar.. Bilik air byk disediakan dan bersih.. sabun dan syampu x boleh bawak sbb dah disediakan dan ianya organik. Tuan punya chalet ni amat mementingkan kebersihan alam sekitar.. 

Pakej di sini termasuk makan minum sebanyak 4x, jungle trekking, night walk n morning walk. Jungle trekking sgt best hokkey... Ko kena lalu kat laluan yg disediakan.. turun naik bukit, kene redah sungai, kene redah jugak sungai yg dalam gile (ada tali utk berpaut) dan korang boleh jugak nak terjun kat platform yg disediakan.. ni aku x buat.. x berani.. takut tenggelam x timbul terus..hahaha... tapi hubby den buat.. siap amik video.. Tapi aktiviti2 ni tak wajib.. Suke hati nak join ke tidak..  Tapi aktiviti flying fox kena bayar rm20/pax..

Ok lah, jom layan gambar...


Yahooooo... Dah sampai..!!!
Chalet kami...  :)

Bilik kami.. Honeymoon Chalet..

Lepak depan bilik.. betul2 menghadap sungai.


Bilik kami betul2 menghadap sungai... Setiap chalet ade tangga masing2 utk turun ke sungai..
BESTTTTT.... Bila-bila masa je boleh mandi sungai.. x de sape nak marah.. hehe

Kemain hubby.. Baring atas batu...

Antara chalet2 kat cni..

Buai laju2 sampai pohon sena... hehehe

Itinerary.. alamak, x nampak pulak

Kat sini memang mewah dengan makanan.. Sedap2 pulak tu...


Jungle trekking baru bermula..

masa ni kena redah sungai yg sangat dalam..

Dah sampai kat port utk terjun dari platform

Inilah platformnya... Terjunnnnn.....
Nanti sambung lagi utk entry hari ke dua yer... Berbaloi2 datang kat sini.... Windu Tanah Aina...

17 comments:

Suwaibah YS said...

cantiknyaa..tak tahu pun ade tmpat camni...
yang harga RM600 tu x termasuk package ye

aquagugurl said...

a'ah..cantiknyaa..ingt kat Indonesia tadi..upenya kat Pahang je..tak tau pun ada tempat ni..

Sizuka said...

rm600 dh termasuk pakej.. yg kami bayar rm540 tu harga dari agen perlancongan..

Sizuka said...

Cantik kan.. Windu sgt tempat ni..

CIK PUAN TIPAH said...

Teringin nak pergi..dah pernah survey..tapi masa blm mengizinkan..

Sizuka said...

sgt recommended tempat ni.. pergi lah jika ade kesempatan...

Mrs Sweet said...

Besnye..haritu mmg dah ada survey tanah aina utk family day tp keadaan skrg tak mengizinkan.. cantik sgt tempat dia kan..

Sizuka said...

mmg cantek sgt2 + bersih + hijau

::EIDA:: said...

eh eh kat bentong pahang saja? waaaah ade aktiviti gituew.. ni harus diusulkan pada hubby ni.. die suka benda2 gini. hehhehehhee

Sizuka said...

kat bentong je eida.. dekat je... aktiviti die mmg best.. hehe..

cikji said...

wahhh tak sangka kt Phg ada tmpt cmni, memula tu igt kat sabah. Akak, nak tnya. Akak book ngan agoda tu guna debit card or credit card? kalau debit card,nt wat entry cara2 nak book ek. Dh gugel tp mcm tak brapa nk phm sgt,huhu

nuriz iman said...

Damainya tempat ni..like!

Sizuka said...

Cik ji silap faham ni, yg agoda tu sy just gatal tangan search hotel sana sini..

Sy book tempat ni guna agen.. dpt murah sikit..

Sizuka said...

Mmg sgt damai, tenang dan hijau.... dan bersih sgt2..

cikji said...

Oooo igtkan direct ngan Agoda, ok btw tq kak :)

IniBlogCikHana said...

salam, sis boleh sy minta no contact agen... email pd sy k

n.farhananordin@gmail.com

Saya Punye said...

bestnya kakak pegi sini.... bru dk google2 nk pegi... hiuhiuhiu

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea