Tuesday, 29 October 2013

Sarawak: Day 1: Muzium Negeri dan Seafood Top Spot

Posted by Sizuka at 10:57 am
Alhamdulillah pada 3 hingga 6 Oktober lepas kami sempat meluangkan masa dengan bercuti makan angin di Kuching, Sarawak.. Rombongan kami terdiri daripada saya dan hubby, adik dan hubby beliau serta anak beliau yg tomey itu...

Seawal 5.00am, kami bangun dan bersiap2.. Jam 5.40am kami gerak ke stesen ERL Salak Tinggi.. errr ke Salak Selatan? Park kereta kat ctu.. dan dari ctu kami beli tiket transit ke LCCT..

Dalam jam 7.00am, kami sampai ke LCCT.. Terus ke kaunter untuk daftar masuk bagasi.. Pastu kami masuk ke tempat menunggu. Flight kami jam 8.30am.. Masa ni masing2 x sarapan lagi.. Plan utk sarapan di Kuching.. haha..

Alhamdulillah jam 10.20am, kami tiba di Kuching. Alhamdulillah flight x delay.. Dak tecik tu pulak baik je wlupun ini kali pertama dia naik flight..

Airport Kuching

Kami sewa kereta sekali pakej ngan GPS.. Perut pun dah lapar, kami terus ke Restoran Kopi O' Corner.. Restoran ni boleh dikatakan terkenal dan mempunyai pelbagai sajian hidangan yg menarik.. Saya order laksa sarawak, suami order mee sapi, adik order mee kolok, adik ipar pulak order nasi bersama ngan ikan terubuk masin. Semua sajian Sarawak.. haha.. Alhamdulillah not bad...

Laksa Sarawak: Sarawak's signature dish..

Kami meneruskan destinasi ke homestay.. Homestay yg kami sewa ni letaknya di Taman Matang Jaya.. Kira-kira 15 minit dari bandar Kuching. Sampai je homestay, hujan turun dengan lebatnya.. Apa lagi, sudah semestinya kami semua tidoqqqq.... hahaha.. nak keluar pun x boleh.. dalam jam 3.30pm kami siap2.. masa ni still hujan tp dah x lebat.. sekali banjirrrr daaaa... Kami terpaksa ikut laluan lain. So tempat pertama lawatan kami adalah Muzium Negeri.. Kat sini biasa la, tgk sejarah2 yang ada di Sarawak..

Bedroom di Homestay

Kat Muzium Negeri

Selepas itu, kami decide utk makan malam terus.. Tempat makan yang kami tuju adalah di bandar Kuching, iaitu di Top Spot.. Kat sini merupakan syurga bagi peminat seafood.. Ok, kami makan di gerai No.25.. Gerai ni orang kereta sewa yg suggest kat kami masa kami mula2 sampai.. Menu pulak saya dan adik yang pilih. Menu kami adalah udang galah cheese n grill, kerapu merah sweet sour, siput gonggong stim, fish lip masak sup pekat (rasa mcm shark fin soup) dan sayur midin goreng.. Total utk 4 orang makan ni ialah RM112.. Saya rasa macam sgt berbaloi dan murah.. Tambah pulak bahan mentah yg fresh..

Gerai No.25
Fish lip masak sup pekat
pucuk midin goreng
Udang galah cheese n grill
siput gonggong stim
kerapu merah sweet sour

Lepas makan, kami ke Waterfront.. dan menaiki sampan ke seberang.. Survey kek lapis Sarawak.. Kami just survey di dua tempat ni je iaitu Mira Cake House dan Dayang Salhah.. Beli jugak 2 bijik kek lapis utk bekalan kami esoknya.. hehe.. Gerammmmm tgk kek lapis byk2 hokkey!!!!! Rase mcm nak beli semua... Sabar je la... adoyaiiii...

Nak balik, kami naik lagi sampan ke waterfront semula.. kat sini adik sempat beli cenderamata utk kawan2 opis beliau berupa pen sarawak.. yang dibuat dari buluh dan ade corak2 tu...

Pemandangan bandar Sarawak dari seberang sungai..

On the way ke kereta, sempat lagi kami berposing sakan di depan tugu kuching.. hahaha... Best posing malam2.. orang x ramai dan x de la orang perasan sgt kan.. haha....

Bukti dah sampai Kuching... hahaha

Lepas tu kami balik ke homestay, tengok tv dan Zzzzzzzzzzz..... Tertidur x sedarkan diri sebab penat dan mengantuk yg amat.. Malam sebelum tu tidor 2 jam jek.. Alasannnn.....



7 comments:

umi sufi said...

bestnya g Kuching...
me dlu kerja di sana setahun lebih..Kuching mmg best..
tp kalo hujan..takut,sbb hujan kat sana lain mcm lebatnya..
sizuka tau x,kalo dr matang tu boleh ikut jalan darat je g tmpat kek lapis tu?tp naik boat tu pengalaman laa..
hisshh...rindunya kat kuching..
g mana lg?ade sambungan ke ni? :-)

Sizuka said...

entry ni ade lagi sambungannye.. hehe

mase hari 1st naik sampan.. masa hari last tu ikut jalan darat..

sweet tooth said...

Wah...seronoknya pi bercuti! teringat laksa sarawak....mmg sedap!

iwannabeumie said...

sizuka, siput gonggong tu sedap x?..baru pertama kali tahu yg namanya siput gonggong ni..sekali imbas mcm siput 'tutt'..tapi org kata siput ni sedap kan..hehe..umie kalau ke sarawak mesti nak order sayur midin..sedap..sizuka ada rasa umai & mee kolok sarawak?

Sizuka said...

Sedap kan.. sy pun suka..

Sizuka said...

Sedap gak.. tp kene ade teknik nak cungkil die kuar.. umai x sempat nak rasa.. x cukup masa lah.. alasannn... hehe.. tp ayam pansoh sempat gak rase.

Suwaibah YS said...

beshnya jejalan... sue penah skali gi kuching sebelum kahwin dlu... makan mee kolok..nyum2..

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea