Thursday, 31 October 2013

Sarawak: Day 3: Serikin dan Rumah Panjang Annah Rais

Posted by Sizuka at 1:18 pm
5 Oktober 2013

Hari ketiga kami di Kuching, Sarawak.

Kami gerak dari homestay dalam 8.30am.. terus ke area Matang dan cari tempat untuk sarapan pagi di J&J Cafeteria.. We olls makan nasi lomak.. Istimewanya, nasi lemak ini didatangkan sekali ngan semangkuk sup..

sambal dia ciput sgt.. x puas den makan kalau sambalnye ciput.. kui3.. 

Pas tu hubby terus set GPS utk ke Serikin.. Sampai Serikin dalam kul 11am.. Alhamdulillah cuaca elok tp agak panas.. Oklah kan.. Kat sini terdapat jualan pelbagai jenis barangan daripada baju, cenderamata, minyak angin, telekung, kain pasang, periuk, hasil tani dan lain2 lagi.. Memang best! Kat sini je beratus gak habis.. hihi... Murah plak tu... Serikin ni sempadan ngan Pontianak, Indonesia.. Peniaganya pun ramai dari Indonesia.. Konsep kat sini ialah macam Wang Kelian di Perlis. Tempat ni hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad saja okkay...

Suasana di Serikin

di celah2 kain pasang.. Lawa2.. geram seyyyy.....

Kat sini kami beli kain pasang, kemeja, telekung kapas sulam warna maroon (detail tu..haha), balm panas cap kaki tiga, minyak angin aromaterapi, kemeja jeans, beg manik, fridge magnet, periuk utk memanggang, frame ayat suci Al-Quran drpd kulit lembu..Berbaloi sbb semua murah kat sini..

Balik dari Serikin, kami singgah ke Gua.. Gua apa ntah yer.. Lupa.. Singgah jap jer dalam 10 minit..



Kami makan tghhari kat pekan Bau... Sempat merasa makanan tradisi Sarawak iaitu ayam pansuh.. Ayam yg dimasak dlm buluh dan diletak pelbagai je daun/pucuk..

Ayam pansuh


Lepas tu, kami decide je Sepilok Wildlife..Tapi dalam masa yang sama nak gi jugak Rumah Panjang Annah Rais.. Last2 hubby ku decide untuk pergi ke Rumah Panjang.. Lagipun kat tempat sendiri mana ada rumah panjang kan..

Jauh gila nak ke rumah panjang ni... hoho...Kalau tak silap melalui Serian.. Sejam lebih nak sampai rumah panjang ni dari Bau..Kiri kanan jalan ade rumah penduduk. Banyak tanaman lada hitam dan padi bukit..

Sampai kat Kampung Annah Rais, kami ke kolam air panas dulu. Kat sini dikenakan bayaran RM5 seorang.




Air kolam dia panas gila hokkey... Siap ade beberapa spot air menggelegak... memang x mampu la nak rendam kaki lama2.. sekadar 3 saat je sekali celup... hahaha.. kat sini ade 2 kolam.. Kolam ni air panas ni sebenarnye terletak dalam kawasan sungai.. kat tgh2 sungai tu boleh pulak ade air panas kan.. mungkin ni aliran gunung berapi kot.. hehehe... apa2 pun semua ni kekuasaan Allah SWT...

OK, lepas tu kami ke rumah panjang.. nak masuk sini kene bayar rm8 seorang.. kat rumah panjang ni memang tempat tinggal rumah orang.. Masa kami kat sini, diorang tgh main daun terup... hahaha...





Kami kat sini x lama, terus balik ke Kuching.. Sempat singgah ke pasar satok.. Pasar Satok ni letaknya di Kubah Ria. Di buka bermula Sabtu petang hingga keesokkanya... Kat sini kami ushar2 dulu terubuk masin sambil jalan2 tgk apa yang dijual kat pasar.. Saya sempat membeli buah kristal utk di makan kat homestay.. Kat pasar ni mcm2 dijual...yg pelik2 x pernah jumpa pun ada..



Kami makan malam kat foodcourt kat situ juga.. banyak gerai.. pilih je yang mana korang nak. haha

Pas makan, balik rumah, tgk tv, zzzzzz............

0 comments:

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea