Wednesday, 30 October 2013

Sarawak: Day 2: Sarawak Cultural Village dan Muzium Kucing

Posted by Sizuka at 3:40 pm
4 Oktober 2013

Hani kedua perjalanan kami.

Pagi tu kami keluar dari homestay dalam jam 8.30am.. Singgah restoran untuk sarapan..

Lepas sarapan, kami terus bergerak ke Sarawak Cultural Village.. Nak ke sini akan melalui Santubong.. So dalam perjalanan tu memang akan nampak Gunung Santubong..

Sampai kat Sarawak Cultural Village ni, kami terus ke kaunter untuk membeli tiket.. Harga tiket untuk dewasa ialah RM60 seorang. Setiap orang akan dpt pelekat yg akan dilekatkan pada baju dan juga passport.. Kat passport ni kita akan stamp setiap rumah yg kita pergi tu..

Ada rumah iban, kadazan, melanau, bidayuh, penan, orang ulu, melayu, cina... hmmm ape lagi ek...


ehsan: Google


Jam 11 pagi dan 4 ptg akan ada pertunjukkan kebudayaan Sarawak.. Sangat best! Rugi kalau x tengok.. Pertunjukkan ini berlangsung selama kira-kira 45 minit. Dan pengunjung juga berpeluang untuk menari bersama di atas pentas..








Setelah setengah hari kat Sarawak Cultural Village, kami terus bergerak ke destinasi berikutnya iaitu Muzium Kucing. Kat sini nak masuk free je.. cuma kene bayar utk camera.. Semua cerita berkaitan kucing kat sini..


Balik daripada Muzium Kucing, kami mencari tempat untuk makan malam.. Dan pilihan kami ialah Nasi Ayam Penyet di Restoran Bunda..



Ok..kita sambung lagi next episode.. hehe


2 comments:

Suwaibah YS said...

hee..sambung jgn x sambung.. :)

umi sufi said...

best2..tp masuk culture village tu mahal ek..dulu me masuk guna pass kerja je,dpt rm10..huhu..
muzium kucing pun best..

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea