Tuesday, 8 October 2013

CD14: Jumpa doktor

Posted by Sizuka at 8:59 am

Alhamdulillah..selamat tiba di rumah setelah 4 hari berada di Sarawak.. Part percutian di Sarawak akan sy kongsikan kemudian yer..

Semalam saya CD14.. Patut jumpa doc pada CD11..Tapi disebabkan masa tu ada di Sarawak, maka saya mintak jumpa doc pada CD14..

Semalam wat TVS.. Alhamdulillah belah kiri ada 2 telur, belah kanan pun 2.. Semua size 13mm.. Hari khamis ni iaitu pada CD17, akan kembali jumpa doc..

Kali ni saya x yah amik sebarang injection. . Sekadar clomid. Injection utk matangkan telur pun x perlu.. Doc nak semuanya secara natural.. Lagipun last cycle telur saya boleh ovulated sendiri.. Alhamdulillah.. (telur dah pecah dulu sblm inject ovidrel)

Maka, hari khamis ni baru doc akan decide bila nak buat IUI.. Paling cepat pun khamis petang.. atau jumaat atau sabtu.. Doc akan decide berdasarkan ujian darah LH yang akan dilakukan pada khamis ni juga..

Doc pun happy dan jelas sgt rasa syukur di wajahnya sebab ovary saya dpt menghasilkan 4 biji telur tanpa ransangan suntikan ubat hormon LH dan FSH.. Dia sgt risau sekiranya saya diberikan suntikan hormon dan telur ter"overstimulate".. bahaya utk saya yg mempunyai result anti mullerian yg agak tinggi..

Alhamdulillah. Sesungguhnya kami suami isteri berasa amat bersyukur dan bertuah kerana dipertemukan dengan doc adilah.. Seorang doctor yg sgt concern dan caring.. Semoga Allah SWT panjangkan umur doktor utk terus berbakti kepada masyarakat..

6 comments:

Erin Reen said...

Sizuka, anti mullerian tu ape?

Mrs Zamzuri said...

rindu jugak kat dr cantik tu! myself if gagal natural this cycle, in shaa allah will continue balik dgn dr chantik itu! gud luck dear!

BaTiK_PiNk said...

Alhamdulillah....hormon happy gi bercuti kot banyak membantu....who knows?

nuriz iman said...

Semoga berjaya Sizuka..yang penting keep calm,stay happy always..insha Allah dipermudahkan Allah..Amin..

ShaSa RosSa said...

goodluck ye sizuka...semoga dipermudahkan usaha awak ye.. :)

Suwaibah YS said...

hrumm x berkesempatan jmpa dr Adilah lagi..tapi ske baca blog dia seblum ni.. x kedekut share ilmu kan..

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea