Thursday, 31 October 2013

Sarawak: Day 4: Pasar Satok dan Kek Lapis

Posted by Sizuka at 4:07 pm 4 comments
6 Oktober 2013

Last day kami di Kuching.

Sob sobsss.. Sedey plak nak meninggalkan Kuching.. Ini adalah kali kedua saya sampai kat sini.. Kali pertama dulu masa January 2010 ngan family.. Masa tu belum kawen lg tp dah bertunang.. hehe.. Tp hubby first time sampai sini..

Hari ni, kami bersarapan di foodcourt area Pasar Satok tu.. makan laksa sarawak dgn teh C ais.. Kat Sarawak ni mana2 tempat ade teh C.. Lebih kurang mcm 3 layered tea lah senang citer..

Pastu kami terus ke pasar.. jalan2, tengok2 apa yg ada... Sempat rembat fridge magnet, tempat simpan barang drpd kain, gelang,keychain, cover pensel drpd manik dan buah kristal sekali lagi.. hehe.. Buah jambu batu merah pun beli.. Pastu ke bahagian pasar basah.. beli ikan terubuk masin.. Saya ngan adik sempat jugak melilau mencari kuih2 tradisional sarawak..
ikan terubuk masin.. kami beli yg 3 rm10 je.. beli rm20 dpt free 1.. hehe

kuih2 tradisional.. tapai dlm daun palas, pulut (mcm ketupat) dan kuih di dalam gulungan daun..

Lepas tu kami terus bergegas ke Kampung yg berhadapan waterfront tu.. tp kali x naik sampan, tp ikut jalan darat.. tujuannya adalah utk memborong kek lapis.. hohoho... setelah membuat pertimbangan, kami memilih utk memborong kek lapis di Dayang Salhah.. Lebih banyak pilihan dan lebih menarik.. Total kami beli kek lapis adalah sebanyak 5kg. hambik kau.. hahah.. adik pulak beli 4kg.. Tapi bukanlah kami nak makan semua tu kan.. Sudah pastilah utk diberi sebagai cenderahati kepada rakan dan saudara...

Hubby sedang busy pilih kek.. rambang mata

Testing 123...

ni yg kami beli.. hehe

Lepas tu, kami ke kedai2 cenderamata area waterfront.. Kat sini memang hampir semua kedai jual baju, keychain, beg.. Macam2 lagil lah kan.. ngko pilih jek lah kedai yg mana satu yg ngko nak kan.. hahaha...

Tapi lepas survey2 kedai, kami sempat masuk ke muzium.. Free jek.. 

Pastu baru patah balik utk membeli barang kat kedai2 td.. Saya memborong t-shirt Sarawak.. haha.. Hubby siap beli beg mengkuang..

Otw balik ke homestay, singgah makan tghhari dulu.. Lepas tu sampai jek homestay, kami kemas kini beg.. Masing2 duk wat anggaran, takut terlebih berat.. haha..

Kul 3, kami meninggalkan homestay dan terus ke airport.. Sekejap jek masa berlalu.. Percutian 4 hari 3 malam terasa sgt singkat... Flight kami jam 5 lebih.. Alhamdulillah flight x delay.. Sampai LCCT terus amik bas ke Stesen ERL, tempat kami park kereta dan pulang ke rumah bersama2 kenangan manis.. :)


P/S: Next entry pasal Tanah Aina Farrah Soraya.. ni cerita dah basi.. tapi nak story jugak.. hehehehe

Sarawak: Day 3: Serikin dan Rumah Panjang Annah Rais

Posted by Sizuka at 1:18 pm 0 comments
5 Oktober 2013

Hari ketiga kami di Kuching, Sarawak.

Kami gerak dari homestay dalam 8.30am.. terus ke area Matang dan cari tempat untuk sarapan pagi di J&J Cafeteria.. We olls makan nasi lomak.. Istimewanya, nasi lemak ini didatangkan sekali ngan semangkuk sup..

sambal dia ciput sgt.. x puas den makan kalau sambalnye ciput.. kui3.. 

Pas tu hubby terus set GPS utk ke Serikin.. Sampai Serikin dalam kul 11am.. Alhamdulillah cuaca elok tp agak panas.. Oklah kan.. Kat sini terdapat jualan pelbagai jenis barangan daripada baju, cenderamata, minyak angin, telekung, kain pasang, periuk, hasil tani dan lain2 lagi.. Memang best! Kat sini je beratus gak habis.. hihi... Murah plak tu... Serikin ni sempadan ngan Pontianak, Indonesia.. Peniaganya pun ramai dari Indonesia.. Konsep kat sini ialah macam Wang Kelian di Perlis. Tempat ni hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad saja okkay...

Suasana di Serikin

di celah2 kain pasang.. Lawa2.. geram seyyyy.....

Kat sini kami beli kain pasang, kemeja, telekung kapas sulam warna maroon (detail tu..haha), balm panas cap kaki tiga, minyak angin aromaterapi, kemeja jeans, beg manik, fridge magnet, periuk utk memanggang, frame ayat suci Al-Quran drpd kulit lembu..Berbaloi sbb semua murah kat sini..

Balik dari Serikin, kami singgah ke Gua.. Gua apa ntah yer.. Lupa.. Singgah jap jer dalam 10 minit..



Kami makan tghhari kat pekan Bau... Sempat merasa makanan tradisi Sarawak iaitu ayam pansuh.. Ayam yg dimasak dlm buluh dan diletak pelbagai je daun/pucuk..

Ayam pansuh


Lepas tu, kami decide je Sepilok Wildlife..Tapi dalam masa yang sama nak gi jugak Rumah Panjang Annah Rais.. Last2 hubby ku decide untuk pergi ke Rumah Panjang.. Lagipun kat tempat sendiri mana ada rumah panjang kan..

Jauh gila nak ke rumah panjang ni... hoho...Kalau tak silap melalui Serian.. Sejam lebih nak sampai rumah panjang ni dari Bau..Kiri kanan jalan ade rumah penduduk. Banyak tanaman lada hitam dan padi bukit..

Sampai kat Kampung Annah Rais, kami ke kolam air panas dulu. Kat sini dikenakan bayaran RM5 seorang.




Air kolam dia panas gila hokkey... Siap ade beberapa spot air menggelegak... memang x mampu la nak rendam kaki lama2.. sekadar 3 saat je sekali celup... hahaha.. kat sini ade 2 kolam.. Kolam ni air panas ni sebenarnye terletak dalam kawasan sungai.. kat tgh2 sungai tu boleh pulak ade air panas kan.. mungkin ni aliran gunung berapi kot.. hehehe... apa2 pun semua ni kekuasaan Allah SWT...

OK, lepas tu kami ke rumah panjang.. nak masuk sini kene bayar rm8 seorang.. kat rumah panjang ni memang tempat tinggal rumah orang.. Masa kami kat sini, diorang tgh main daun terup... hahaha...





Kami kat sini x lama, terus balik ke Kuching.. Sempat singgah ke pasar satok.. Pasar Satok ni letaknya di Kubah Ria. Di buka bermula Sabtu petang hingga keesokkanya... Kat sini kami ushar2 dulu terubuk masin sambil jalan2 tgk apa yang dijual kat pasar.. Saya sempat membeli buah kristal utk di makan kat homestay.. Kat pasar ni mcm2 dijual...yg pelik2 x pernah jumpa pun ada..



Kami makan malam kat foodcourt kat situ juga.. banyak gerai.. pilih je yang mana korang nak. haha

Pas makan, balik rumah, tgk tv, zzzzzz............

Wednesday, 30 October 2013

Sarawak: Day 2: Sarawak Cultural Village dan Muzium Kucing

Posted by Sizuka at 3:40 pm 2 comments
4 Oktober 2013

Hani kedua perjalanan kami.

Pagi tu kami keluar dari homestay dalam jam 8.30am.. Singgah restoran untuk sarapan..

Lepas sarapan, kami terus bergerak ke Sarawak Cultural Village.. Nak ke sini akan melalui Santubong.. So dalam perjalanan tu memang akan nampak Gunung Santubong..

Sampai kat Sarawak Cultural Village ni, kami terus ke kaunter untuk membeli tiket.. Harga tiket untuk dewasa ialah RM60 seorang. Setiap orang akan dpt pelekat yg akan dilekatkan pada baju dan juga passport.. Kat passport ni kita akan stamp setiap rumah yg kita pergi tu..

Ada rumah iban, kadazan, melanau, bidayuh, penan, orang ulu, melayu, cina... hmmm ape lagi ek...


ehsan: Google


Jam 11 pagi dan 4 ptg akan ada pertunjukkan kebudayaan Sarawak.. Sangat best! Rugi kalau x tengok.. Pertunjukkan ini berlangsung selama kira-kira 45 minit. Dan pengunjung juga berpeluang untuk menari bersama di atas pentas..








Setelah setengah hari kat Sarawak Cultural Village, kami terus bergerak ke destinasi berikutnya iaitu Muzium Kucing. Kat sini nak masuk free je.. cuma kene bayar utk camera.. Semua cerita berkaitan kucing kat sini..


Balik daripada Muzium Kucing, kami mencari tempat untuk makan malam.. Dan pilihan kami ialah Nasi Ayam Penyet di Restoran Bunda..



Ok..kita sambung lagi next episode.. hehe


Tuesday, 29 October 2013

Sarawak: Day 1: Muzium Negeri dan Seafood Top Spot

Posted by Sizuka at 10:57 am 7 comments
Alhamdulillah pada 3 hingga 6 Oktober lepas kami sempat meluangkan masa dengan bercuti makan angin di Kuching, Sarawak.. Rombongan kami terdiri daripada saya dan hubby, adik dan hubby beliau serta anak beliau yg tomey itu...

Seawal 5.00am, kami bangun dan bersiap2.. Jam 5.40am kami gerak ke stesen ERL Salak Tinggi.. errr ke Salak Selatan? Park kereta kat ctu.. dan dari ctu kami beli tiket transit ke LCCT..

Dalam jam 7.00am, kami sampai ke LCCT.. Terus ke kaunter untuk daftar masuk bagasi.. Pastu kami masuk ke tempat menunggu. Flight kami jam 8.30am.. Masa ni masing2 x sarapan lagi.. Plan utk sarapan di Kuching.. haha..

Alhamdulillah jam 10.20am, kami tiba di Kuching. Alhamdulillah flight x delay.. Dak tecik tu pulak baik je wlupun ini kali pertama dia naik flight..

Airport Kuching

Kami sewa kereta sekali pakej ngan GPS.. Perut pun dah lapar, kami terus ke Restoran Kopi O' Corner.. Restoran ni boleh dikatakan terkenal dan mempunyai pelbagai sajian hidangan yg menarik.. Saya order laksa sarawak, suami order mee sapi, adik order mee kolok, adik ipar pulak order nasi bersama ngan ikan terubuk masin. Semua sajian Sarawak.. haha.. Alhamdulillah not bad...

Laksa Sarawak: Sarawak's signature dish..

Kami meneruskan destinasi ke homestay.. Homestay yg kami sewa ni letaknya di Taman Matang Jaya.. Kira-kira 15 minit dari bandar Kuching. Sampai je homestay, hujan turun dengan lebatnya.. Apa lagi, sudah semestinya kami semua tidoqqqq.... hahaha.. nak keluar pun x boleh.. dalam jam 3.30pm kami siap2.. masa ni still hujan tp dah x lebat.. sekali banjirrrr daaaa... Kami terpaksa ikut laluan lain. So tempat pertama lawatan kami adalah Muzium Negeri.. Kat sini biasa la, tgk sejarah2 yang ada di Sarawak..

Bedroom di Homestay

Kat Muzium Negeri

Selepas itu, kami decide utk makan malam terus.. Tempat makan yang kami tuju adalah di bandar Kuching, iaitu di Top Spot.. Kat sini merupakan syurga bagi peminat seafood.. Ok, kami makan di gerai No.25.. Gerai ni orang kereta sewa yg suggest kat kami masa kami mula2 sampai.. Menu pulak saya dan adik yang pilih. Menu kami adalah udang galah cheese n grill, kerapu merah sweet sour, siput gonggong stim, fish lip masak sup pekat (rasa mcm shark fin soup) dan sayur midin goreng.. Total utk 4 orang makan ni ialah RM112.. Saya rasa macam sgt berbaloi dan murah.. Tambah pulak bahan mentah yg fresh..

Gerai No.25
Fish lip masak sup pekat
pucuk midin goreng
Udang galah cheese n grill
siput gonggong stim
kerapu merah sweet sour

Lepas makan, kami ke Waterfront.. dan menaiki sampan ke seberang.. Survey kek lapis Sarawak.. Kami just survey di dua tempat ni je iaitu Mira Cake House dan Dayang Salhah.. Beli jugak 2 bijik kek lapis utk bekalan kami esoknya.. hehe.. Gerammmmm tgk kek lapis byk2 hokkey!!!!! Rase mcm nak beli semua... Sabar je la... adoyaiiii...

Nak balik, kami naik lagi sampan ke waterfront semula.. kat sini adik sempat beli cenderamata utk kawan2 opis beliau berupa pen sarawak.. yang dibuat dari buluh dan ade corak2 tu...

Pemandangan bandar Sarawak dari seberang sungai..

On the way ke kereta, sempat lagi kami berposing sakan di depan tugu kuching.. hahaha... Best posing malam2.. orang x ramai dan x de la orang perasan sgt kan.. haha....

Bukti dah sampai Kuching... hahaha

Lepas tu kami balik ke homestay, tengok tv dan Zzzzzzzzzzz..... Tertidur x sedarkan diri sebab penat dan mengantuk yg amat.. Malam sebelum tu tidor 2 jam jek.. Alasannnn.....



Thursday, 24 October 2013

Nak renovate blog

Posted by Sizuka at 4:49 pm 9 comments
Camner yer nak buat blog bagi jadi cun dan cantek?

Sebenarnya saya selalu tgk kat website2, tapi kan takut x jadi atau jadi lebih teruk daripada yg asal..

Kalau boleh nak wat perubahan n nak susun elok2... Baru lah ade feel nak hupdate entry.. kui3..

Monday, 21 October 2013

CD28 @ 11DPIUI

Posted by Sizuka at 4:27 pm 27 comments

Assalamualaikum..

Pagi td ada appointment ngan doc.. lama tunggu.. 3 jam.. huhu.. tp kan berbaloi tau...

Alhmdulillah, result keputihan saya cuma jangkitan kuman yg biasa je.. dan skrg pun mmg dah sembuh.. syukur sgt2 sbb dah lama keputihan ni ada..

Pastu kan, doc tanya if saya nak wat blood test beta HCG.. tp kan, saya mintak nk wat hari Jumaat ni iaitu pada 15dpiui..

Kalau positive, mmg syukur sgt2.. inilah yg dinanti dan didambakan selama ini.. YaAllah, perkenankanlah doa hambaMu ini...

Nota kaki:
Hari ni free of charge. Alhamdulillah.. Tq doc.. may be sbb jumpa doc jap jek kot.. dlm 5 minit je.. Just utk tau result keputihan..

Friday, 18 October 2013

Al-fatihah

Posted by Sizuka at 12:01 pm 16 comments

"DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita dikembalikan"

Sahabat TTC iaitu Mamanurin, baru sahaja kehilangan suaminya..  (Bila Hati Berbicara http://mamanurin.blogspot.com/?m=1)

Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh pada hari ini..

Semoga Mamanurin tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan dariNya..

Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah utk Allahyarham suami Mamanurin.. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. 

Al- fatihah...

Wednesday, 16 October 2013

2ww

Posted by Sizuka at 4:44 pm 30 comments

Hari ni saya dah 6dpiui.. Alhamdulillah..

Dan kali ni, saya rasa ok.. rasa much better than 1st IUI.. Macam x buat IUI pun ado.. haha.. Rasa selesa sgt.. Masa yg 1st dulu, rasa x sedap perut.. perut terasa bloated almost 10 days!

Cuma, masa 4 dpiui, saya kene sakit ulu hati.. sakit sgt2.. sampai membawak ke sakit belakang.. x tahan sgt, saya nangis.. koh3.. ngade2 betul! Tapi mmg sakit betul.. Hubby tolong gosok2 kat belakang.. Alhamdulillah lepas maghrib, saya ok..

Start hari ni hingga jumaat, saya dpt MC.. Doc suruh saya rehat2 je kat rumah.. kata doc, kalau baby nak menempel, inilah masanya.. jadi saya hanya bermalasan di atas katil, tengok tv dan ape2 yg patut asalkan x lasak..

Ok lah.. nnt update lagi yer..

Tuesday, 15 October 2013

Salam Aidiladha :)

Posted by Sizuka at 11:02 am 2 comments

Saturday, 12 October 2013

CD18: IUI.. Done!

Posted by Sizuka at 10:57 am 8 comments

Alhamdulillah semalam pada cd18, saya dah selamat menjalani prosedure IUI pada jam 2.30 ptg.. So hari ni dah 2dpiui..

Hmmm... yg x bestnye saya ade keputihan. Semalam before prosedure, doc bersihkan terlebih dahulu dan ambil sample utk ujian..

Pastu, doc mula masukkan sperm.. oleh kerana semalam pundi kencing x bape nak penuh, maka doc guna alatan tambahan..

Proses IUI kejap jek.. dlm 10 minit gitu.. itupun sbb doc cuci dulu keputihan.. klu x mungkin dlm 5 minit je.. teruja bila nampak doc masukkan sperm.. sambil doc masukkan sperm, sambil tu scan dari atas perut juga dibuat.. pastu alat scan tu kene pegang sendiri.. merasa gak jd doc, pegang sendiri.. haha.. nampak dot2 warna putih masuk dan doc pun masukkan sedalam yg boleh..

Lepas tu, terus bangun.. dan doc pun bg penerangan pasal ubat2an yg perlu diambil.. start hari ni (2dpiui), saya kene amik ubat keputihan dulu selama 6 hari.. masukkan kat bawah tu.. lepas habis ubat, barulah start makan dupasthon dan insert utrogestan kat bawah tu jugak.. haha.. utrogestan ni saya dah beli dr cycle sebelum ni.. oleh kerana last cycle cancel iui, maka bolehlah digunakan utk cycle ini..

Kawan2, tolong doakan yer..

Thursday, 10 October 2013

CD17: Ujian darah, IUI dan Ovidrel

Posted by Sizuka at 6:58 pm 17 comments

Pagi td pergi jumpa doc.. Hari ni CD17.. Amik nombor, pastu g bawah amik darah utk ujian LH.. Dalam masa 2 jam dpt result.. Pastu g makan kat foodcourt hospital..

Dalam sejam lepas tu, nama dah kene panggil.. Doc tvs, ovary kiri dan kanan ade 4 telur bersaiz hampir sama 19-20mm.. tp 1 mcm x leh ambil kira di sebelah ovari kanan sebab shape x cantik.. Doc cakap kena wat IUI esok sbb pangkal rahim pun dah terbuka.. telur pun dah cukup besar..

Ketebalan dinding rahim juga baik iaitu 8.3mm.. Alhamdulillah cycle ni x yah amik ubat utk merangsang ketebalan dinding rahim..

Pastu tunggu lg dalam sejam sbb nak tunggu result ujian darah tu.. Alhamdulilah result ok dan boleh proceed IUI..

Pastu masuk balik bilik doc.. Doc tvs sekali lagi.. mungkin utk confirmkan balik keadaan rahim dan telur.. pastu doc suh amik injection Ovidrel utk matangkan telur.. terus g farmasi dan amik Ovidrel.. Naik atas balik, then nurse yg injectkan.. Hadoii perit sikit.. encik hubby lagi terror inject daku..

So sebelum balik tu, nurse terangkan serba sedikit pasal IUI esok.. Esok nnt encik hubby akan keluarkan askar2 beliau dalam kul 12 tghhari.. Selapas solat Jumaat, prosedure IUI akan dibuat dalam jam 2.30ptg..

Kawan2, tolong doakan utk kami yer.. Semoga IUI ini akan suksess dan dikurniakan zuriat yg soleh/solehah..

Wednesday, 9 October 2013

Ujian Anti Mullerian Hormone

Posted by Sizuka at 1:00 pm 11 comments

Saya ingin berkongsi sesuatu iaitu mengenai ujian anti mullerian hormone.. Ramai yg bertanya pada saya.. Jadi di bawah ini adalah hasil selepas saya menggoogle.. Diharap dpt membantu memberikan sedikit pengetahuan. InshaAllah.. Tapi kan, kalau ade salah dan silap, saya mohon ampun dan maaf siap2, sebab saya pun baru je belajar dan dalam proses belajar lagi mengenai ujian ini.. Minta sama2 betulkan kesilapan/info if ada ya..

Apa itu anti mullerian hormone?

Terdapat beberapa ujian yang membantu meramalkan sama ada seorang wanita mungkin mempunyai jam biologi yang lebih cepat - salah satunya ialah ujian Anti- Müllerian Hormone (AMH). Ujian ini membantu untuk menganggarkan 'ovarian reserve' dengan mengukur bilangan folikel membangun dalam ovari pada masa tertentu. Setelah ujian selesai, kita bandingkan keputusan dengan orang-orang wanita lain umur yang sama. AMH adalah hormon yang dihasilkan oleh folikel kecil kerana mereka membesar dalam ovari. Ujian ini adalah lebih mudah dan lebih murah daripada ujian alternatif seperti Egg Check, kerana ia menggunakan ujian darah yang mudah bukannya imbasan ultrasound, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam kitaran haid.

Bagaimana ia digunakan ?

Anti- Mullerian Hormone (AMH) bukanlah suatu rutin ujian, tetapi mungkin berguna dalam keadaan tertentu. Wanita dalam usia melahirkan anak mungkin diminta utk membuat ujian AMH bersama-sama dengan ujian hormon lain, seperti estradiol dan FSH, untuk menganggarkan baki masa kiri untuk hamil (ovarian reserve). Ujian-ujian ini juga berguna dalam menilai fungsi ovari dan mungkin dalam meramalkan permulaan menopaus. AMH kadang-kadang boleh dibuat pada wanita yang akan menjalani prosedur IVF; kepekatan AMH berkait dengan tindak balas beliau terhadap rawatan. Tahap rendah AMH mencerminkan tindak balas ovari miskin (poor ovarian response), yang menunjukkan pengurangan bilangan telur yang terhasil selepas rangsangan ovari. Bagi tujuan ini, ia biasanya dilakukan bersama-sama dengan ujian hormon lain dan ultrasound transvaginal (untuk mengira bilangan folikel sebagai gambaran bekalan telur wanita). Selalunya, wanita dengan PCOS mempunyai kepekatan AMH ynag tinggi. Keperluan ujian Suatu ujian AMH dibuat utk menilai fungsi, isu-isu kesuburan ovari, terutamanya apabila mempertimbangkan prosedur pembiakan dibantu seperti IVF, dan apabila doktor mahu menentukan kemungkinan wanita memasuki menopaus. Juga boleh dibuat apabila seorang wanita mempunyai tanda-tanda dan gejala-gejala PCOS.

Apakah hasil ujian maksudkan?

Dalam tahun-tahun seseorang wanita melahirkan anak, tahap penurunan AMH mungkin menunjukkan rizab ovari rendah (low ovarian reserve) dengan kesuburan berkurangan , menyebabkan tindak balas yang minimum atau kurang untuk rawatan IVF. Ia juga boleh menunjukkan kegagalan ovari pra-matang. Satu peningkatan tahap AMH sering dilihat dengan PCOS tetapi tidak diagnostik keadaan ini. Peningkatan AMH juga mungkin menunjukkan tindak balas meningkat atau berlebihan kepada IVF dan keperluan untuk menyesuaikan prosedur yang sewajarnya. Tahap mengurangkan dan / atau penurunan yang ketara dalam AMH mungkin isyarat permulaan berlaku menopaus. Negatif dan tahap rendah AMH adalah normal pada wanita semasa peringkat awal dan selepas menopaus. Apabila AMH digunakan sebagai alat untuk memantau kanser ovari AMH pengeluar , maka penurunan AMH menunjukkan tindak balas kepada rawatan dan peningkatan mungkin menunjukkan berulangnya kanser.

Ni results yang digunakan utk menilai anti mullerian hormone..

0.1 - 4.9pmol : Low ovarian reserve
*AMH rendah bermaksud bilangan telur rendah atau penurunan dalam bilangan telur .. berkurangan pengeluaran dan kemudian berhenti sebagai folikel berkembang .. dan menunjukkan tindak balas yang berpotensi miskin untuk perubatan .. ia juga mungkin berguna dalam meramalkan menopause (ovum berkurangan, jadi kita ada keupayaan yang tinggi utk menopaus) dan sebagainya. Doktor akan mencadangkan keperluan untuk ubat rangsangan tambahan.

5 - 19.9pmol : Normal ovarian reserve
*Pengeluaran telur adalah stabil mengikut umur.

Lebih daripada 20pmol : High ovarian reserve
*Folikel berlebihan. Selalu org yg ade PCOS yg mengalami hal ini.. ia menunjukkan sensitiviti terhadap ubat rangsangan dan berisiko tinggi untuk OHSS

 ** Mungkin inilah saja yg dapat dikongsikan setakat ini.. itupun ada yg mcm paham x paham lagi... ehehhehe.. Gigih translate guna google translate dan susun ayat balik... Result yang daku dapat adalah 25.5.. korang?

Tuesday, 8 October 2013

CD14: Jumpa doktor

Posted by Sizuka at 8:59 am 6 comments

Alhamdulillah..selamat tiba di rumah setelah 4 hari berada di Sarawak.. Part percutian di Sarawak akan sy kongsikan kemudian yer..

Semalam saya CD14.. Patut jumpa doc pada CD11..Tapi disebabkan masa tu ada di Sarawak, maka saya mintak jumpa doc pada CD14..

Semalam wat TVS.. Alhamdulillah belah kiri ada 2 telur, belah kanan pun 2.. Semua size 13mm.. Hari khamis ni iaitu pada CD17, akan kembali jumpa doc..

Kali ni saya x yah amik sebarang injection. . Sekadar clomid. Injection utk matangkan telur pun x perlu.. Doc nak semuanya secara natural.. Lagipun last cycle telur saya boleh ovulated sendiri.. Alhamdulillah.. (telur dah pecah dulu sblm inject ovidrel)

Maka, hari khamis ni baru doc akan decide bila nak buat IUI.. Paling cepat pun khamis petang.. atau jumaat atau sabtu.. Doc akan decide berdasarkan ujian darah LH yang akan dilakukan pada khamis ni juga..

Doc pun happy dan jelas sgt rasa syukur di wajahnya sebab ovary saya dpt menghasilkan 4 biji telur tanpa ransangan suntikan ubat hormon LH dan FSH.. Dia sgt risau sekiranya saya diberikan suntikan hormon dan telur ter"overstimulate".. bahaya utk saya yg mempunyai result anti mullerian yg agak tinggi..

Alhamdulillah. Sesungguhnya kami suami isteri berasa amat bersyukur dan bertuah kerana dipertemukan dengan doc adilah.. Seorang doctor yg sgt concern dan caring.. Semoga Allah SWT panjangkan umur doktor utk terus berbakti kepada masyarakat..

Tuesday, 1 October 2013

Dah makin sihat

Posted by Sizuka at 3:31 pm 4 comments

Alhamdulillah selepas 5 hari, demam saya pun dah baik.. hari ni mudah2an tak tetiba demam.. cuma rasa mual2 di tekak dan terase pahit..

Sepanjang x sihat, hubby yg menjaga.. bangun tengah2 malam utk prepare ubat, amik air, picit kepala, basahkan tuala dan letak kat dahi.. macam2 lagi la... Sayang sangat2 kat abang... Alhamdulillah TQ Allah...

Terima kasih kepada rakan2 yg banyak mendoakan saya.. sesungguhnya Allah SWT jua yg membalasnya..

Harap2 demam ni setakat di sini saja... Sebab khamis ni kami nak pi kuching, sarawak.. ohoooo hoiiii!!! (ala-ala dato m daud kilau)..

Mode: Semangat berkobar-kobar.. :)

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea