Tuesday, 3 September 2013

CD12: TVS

Posted by Sizuka at 12:17 pm

2 September.. CD12 (read CD13)

Sampai hospital jam 9.. dan Alhamdulillah org x ramai.. dpt giliran no.4.. last week kami sampai kul 9 gak.. dpt no.11...

Masuk bilik doc, doc suh baring terus utk tvs.. telur belah kanan ada 2 size 13mm dan 14mm.. kiri pun ada 2 size 12mm dan 14mm.. Medium size. Masih belum besar.. size ni dr adilah kira panjang campur lebar then bahagi 2 (cth 17mm + 12mm bahagi 2 = 14.5mm).. kirenye amik size purata la..

Check pulak dinding rahim, just 3mm ja.. kecewa di situ.. Clomid telah memberi side effect kepada ku.. arghhh...

Result hormone hubby pulak x berapa nak baik.. Walaupun hormon testosteron dalam julat normal, tapi hormon endokrin pulak tinggi wlupun masih dlm julat normal juga.. Tinggi 15x ganda dari testosteron. . Doc kata patut tidak lebih dari 6x ganda.. So doc suh hubby fight utk naikkan level testosteron dgn cara cucuk ubat (ovidrel) di perut sebanyak 10 kali selang 2 hari... Ada satu lg jenis murah sikit tp dibuat dari air kencing.. err.. kenottt laa... Tapi cucuk2 ni akan dibuat kalau iui cycle ni failed.. Tp mungkin kami akan cuba dulu melalui supplements..

Untuk saya, mula2 doc nak bg pergoveris utk cucuk di perut.. tp doc mcm risau nak bg takut overdose disebabkan saya pcos.. dikhuatiri OHSS.. Lagi pulak results anti mullerian hormone sy masih belum dapat.. so agak sukar doc nak wat keputusan..
So at last, doc suh saya amik progynova utk di insert dalam faraj 3 kali sehari selang 8 jam.. Progynova ni mengandungi estradiol di mana ianya membantu dlm penebalan endometrium (dinding rahim)..

Appointment akan dtg, Rabu 4 September. . Doc mungkin akan decide pasal dose pergoveris if telur masih lambat besar dan cek ketebalan dinding rahim selepas amik progynova. ..

3 comments:

Effanina Mokhtar said...

Salam, sy bangga dgn semangat yg ada dlm diri kalian berdua suami isteri..semoga Allah permudahkan.
Bole kah klu sy nak tahu, dimana Pn.Sizuka buat rawatan ni? tkasih

Sizuka said...

Wsalam. Tq awak.. amin...

Saya buat treatment ngan doc adilah du hospital pantai, bangsar..

nisrin hasim said...

Salam..Tumpang tnya..ubat progynova tu memang insert kat dlm faraj? Sbb saya dapat ubat dr suh makan pula..

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea