Wednesday, 11 September 2013

Cancel IUI..

Posted by Sizuka at 9:48 am

Assalamualaikum semua..

IUI kami pada isnin lepas terpaksa dibatalkan.. Kesihatan hubby sgt x mengizinkan.. Hubby demam yg agak teruk sejak hari sabtu.. Hari ahad tu g klinik, dan amik injection.. Still demam x kebah.. Suhu masa tu 39 darjah celcius.. Sampai ke hari masih x sehat..

Tapi hari isnin tu kami pi jugak hospital.. Spesimen x dapat dikeluarkan kerana badan hubby lemah dan badan yg panas..

Last2 kami decide jumpa doc dulu sebelum balik.. Dan doc pun dah tau hubby x sehat sbb lab ivf dah maklumkan.. Doc ckp, bila demam sperm selalunye akan mati.. Dan bila doc tvs, telur saya pun mmg dah ovulated.. Tapi sy bertuah sbb ade 1 telur baru size 16mm di kiri ovary.. jadi doc suh try natural.. Kebimbangan saya mengenai telur sy yg mungkin dah ovulate sememangnya benar (boleh refer entry sebelum ni).. Kiranya saya x lah rasa ralat sgt sbb hubby pun x sehat, sy pulak dah ter"ovulate" lebih awal. Allah Maha Besar.. Dia x nak saya sedih2 sgt.. Oh ya, uterus lining pun bagus doc kata, 10mm.. :)

Apa2 pun, perjuangan kami akan diteruskan pada cycle akan datang yg dijangkakan pada minggu keempat September.. x sabar nak jumpa doktor cantik lg..

Kepada kawan2 yg mendoakan, saya ucapkan terima kasih.. Semoga Allah SWT akan memberkati usaha kita semua..

7 comments:

Mrs Zamzuri said...

Allah tahu apa yang terbaik.. In Shaa Allah ada rezeki lain menanti. Yakinlah bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya. :)

Myself said...

In sya Allah..ada hikmah di sebalik yang terjadi.Teruskan usaha!

Shazrina said...

insyaallah...saya doakan yang terbaik buat awk..amin!

Pamela Hbl said...

sabar je lah kan.. :(
sama dgn akak. skrg tunggu & tunggu keadaan sesuai. tapi tak apa. Allah belum izinkan lagi. dalam masa nak tunggu ni boleh try rilex & calm down. nanti bila nak mula pregnant tak ada lah gabra sangat *kot* hehe
tapi biasa sampai waktu memang nebes.
kita rilex jer Sizuka :)

sweet tooth said...

Ada hikmah sizuka, Allah ada plan lain yg lebih baik buat kamu berdua. I doakan urusan sizuka dipermudahkan....amin...

Atie Nash said...

Yana...ada hikmahnya tu. Sekarang ni jaga hubby baik2 yer

Erin Reen said...

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Anyway, boleh erin tau kat mana sizuka buat IUI?

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea