Friday, 27 September 2013

Appointment IUI dan demam

Posted by Sizuka at 5:17 pm 10 comments

Semalam masa cd3, kami ke hospital pantai.. ramai sgt2 yg nak jumpa doc.. kami sampai jam 10.30am, dpt jumpa doc jam 2.10 ptg... berjanggut tunggu...

Dapat result anti mullerian... hmm..agak tinggi.. high ovarian reserve.. kalau nak ikut bacaan normal ialah diantara 5 hingga 20.. saya punya 25.5... Agak berisiko utk dpt OHSS..

Dan dengan result itu, doc suh saya makan clomid 100mg × 5 hari bermula cd4 hingga cd8.. mungkin ada kaitan di antara result anti mullerian vs bila waktu nak start makan ubat.. Cd14 nnt akan kembali berjumpa doc..

Suami pulak, doc still risau dengan kesihatan dia.. sebab suami baru je baik dari demam.. demam yg agak lama dalam seminggu dan masa jumpa doc pun suami cerry berry dah 2 hari.. doc prescribed antibiotik utk suami makan selama seminggu.

On the way balik rumah, saya dah rasa x sedap badan.. kepala rase sakit.. sampai rumah je terus demam.. suhu x menentu, 38.8, 39.6, 37.8, 40.0...

Td suami bawak g klinik.. rupa2nya saya kena tonsilitis.. dpt 4 jenis ubat.. dapat MC jugak utk hari ni..

Banyak sungguh dugaan kami sejak akhir2 ni berkaitan kesihatan..

Redha.

Wednesday, 25 September 2013

CD2: Appointment jumpa doktor

Posted by Sizuka at 9:58 pm 5 comments

Semalam(24/9/2013), selamat dah cik P datang.. ade la kot dlm kol 8.30 pg.. Symptom sebelum period kali ni cuma rasa mild cramp di ari2 dan pinggang.. pastu sehari sebelum period tu sakit2 badan.. bila period dah dtg pulak, bertambah2 le sakitnya.. tp hari ni cd2, rase sakit sume dah kurang..

Secara rasminya, kitaran period yg leoas adalah sebanyak 34 hari.. Alhamdulillah masih dlm range 30-35 hari..

So tghhari smlm, call pembantu doc..tp dia sibuk pulak.. jadi petang tu call lagi sekali..

Maka, temujanji telah ditetapkan pada CD3 iaitu 26 September (Khamis).. Semoga proses IUI kami kali ini berjalan dengan lancar dan dikurniakan kesihatan yg baik.. InshaAllah..

So esok, InsyaAllah pertemuan dgn doktor akan saya kongsikan di sini... :)

Tuesday, 24 September 2013

Makanan tambahan @ Supplement

Posted by Sizuka at 8:35 am 17 comments

Tgk Yani Seindah Mimpiku update pasal supplement, saya pun terasa macam nak share nak kawan2 lain.. Tahun lepas pernah share.. Tapi kini ape yg dimakan dah x sama...

Untuk saya, saya amalkan:
1. Asid Folic (Appeton)
2. Multivitamin and Minerals (Blackmores)
3. Surbex Zinc (Abbot)
4. TF 4Life Plus Advanced - dah mkn 2 botol. Tgh fikir nak restock atau tidak
5. TF 4Life Bellie Vie
6. Shatavari (Himalaya)
7. Susu kambing (Nubian/HiGoat)
8. Habbatussauda (Baraka/Minsyam) - on-off
9. Pati delima (Gulsan) - on-off (dah lama tinggal :p )
10. GLA (Shaklee) - baru beli, belum mkn

Untuk suami pulak:
1. Surbex Zinc (Abbot)
2. Kapikachu (Himalaya)
3. Gokshura (Himalaya)
4. Vitamin C (Nutrilife)
5. Vitamin E (Hovid)
6. Fish Oil (Naturelle)

Nanti kalau rajin, saya akan kingsikan sedikit sebanyak kebaikan supplements di atas.. Walaupun bukan semua, InshaAllah 1-2 perkongsian supplements pasti ada :)

** Yang sy punya nampak mcm banyak, tp ade yg sy mkn dari cd1 - cd15.. Ade yg makan hari-hari...

Thursday, 19 September 2013

CD30: Cik P dah nak datang kah?

Posted by Sizuka at 10:42 am 4 comments

Hari ni dah CD30.. hmmm... dah rase "x best"... huhuhu... Cik P tolonglah jgn datang selama 9 bulan pleaseeee...

Start pagi ni mmg dah rasa macam bulan2 sebelum ni.. dah rasa cramp2 kat area ari2.. dah sakit2 pinggang..

Bulan ni hubby x sihat.. IUI pun cancel... dan aktiviti bersama pun kurang.. TETAPI, pagi sebelum ovulation tu sempat bersama sekali.. Alhamdulillah... doc pun kata GOOD.. hehehe...

Saya ovulated cycle ni pada CD18.. Masa tu hari Jumaat.. 10 minit sebelum balik kerja, saya ke toilet dan saya dapati banyak EW keluar... X sempat nak inject hormon utk matangkan telur.. dia dah matang sendiri.. tapi hari Sabtu malam tu saya suh je suami injectkan sambil berharap x semua yg ovulated.. tapi masa TVS hari Isnin, ternyata semua dah ovulated.. Tapi ada 1 telur baru saiz 16mm.. (Ada cerita di entry2 sebelum ni).. boleh klik SINI...

Ok sambung balik... Selepas tu doc suh bersama lg (sbb ade sebiji yg saiz 16mm tu), tp x sempat sbb hubby demam teruk akibat jangkitan bakteria dalam darah dari sebelum tarikh yg sepatutnya IUI tu lg..

So skrg, hanya berserah padaNya... kalau cik P betul2 akan menjelmakan diri, maka saya pun kenalah redha.. Next cycle still boleh mencuba.. lebih2 lg awal bulan depan nak jalan2 ke borneo... boleh la mencuba di sana.. haha.. Gatai!

Friday, 13 September 2013

Polyp dah tiada.. Rahsianya?

Posted by Sizuka at 11:13 am 12 comments
Assalamualaikum wbt... Selamat hari Jumaat dan selamat berhujung minggu.. Cewahhh.... 

Kalau rujuk entry saya yg lepas2, saya ada mention yang saya telah dikesan oleh Doc yang saya ada ketumbuhan polyp dalam rahim pada Mei yang lepas.. Risau wehhh.... walaupun saiznya hanya 7mm... Kedudukannya adalah di dalam rahim, di kawasan baby menempel.. bukan di pintu rahim seperti yang biasa kita dengar.. Bila saya google, saya dapati polyp ni bahaya sbb boleh beri toksid pada baby.. 

Doc pun suggest ovarian drilling disebabkan saya ade PCOS dan remove polyp sekali.. 13k kosnya.. huhu..

Alhamdulillah saya diketemukan dengan seorang rakan yang juga sedang ttc... beliau juga berjaya setelah mengamalkan produk ini.. Sebelum ni beliau ada cyst di ovari bersaiz 6cm... 

Untuk record, saya dikesan ada polyp pada 27 Mei 2013 dan berjumpa semula dgn doc pada 26 Ogos 2013.. Alhamdulillah pada 26 Ogos tu doc wat TVS dan mendapati polyp dah tiada.. Agak lewat jumpa doc balik sbb saya byk oustation dan ramadhan... Oleh itu saya sendiri saya sendiri x pasti bila polyp tu dah x ada... 

Jom kita tengok, produk apakah yg saya guna... Jeng jeng jeng.... 


                                      *

                                      *

                                      *

    


Saya telah menggunakan produk kesihatan dari Transfer Factor iaitu TF Plus Advanced dan TF Bellie Vie..

Alhamdulillah dan diharapkan selepas ini PCOS pulak sembuh..

Apa2 pun semua usaha ini adalah dengan izin Allah.. Dia yang menyembuhkan segala penyakit...

Wednesday, 11 September 2013

Cancel IUI..

Posted by Sizuka at 9:48 am 7 comments

Assalamualaikum semua..

IUI kami pada isnin lepas terpaksa dibatalkan.. Kesihatan hubby sgt x mengizinkan.. Hubby demam yg agak teruk sejak hari sabtu.. Hari ahad tu g klinik, dan amik injection.. Still demam x kebah.. Suhu masa tu 39 darjah celcius.. Sampai ke hari masih x sehat..

Tapi hari isnin tu kami pi jugak hospital.. Spesimen x dapat dikeluarkan kerana badan hubby lemah dan badan yg panas..

Last2 kami decide jumpa doc dulu sebelum balik.. Dan doc pun dah tau hubby x sehat sbb lab ivf dah maklumkan.. Doc ckp, bila demam sperm selalunye akan mati.. Dan bila doc tvs, telur saya pun mmg dah ovulated.. Tapi sy bertuah sbb ade 1 telur baru size 16mm di kiri ovary.. jadi doc suh try natural.. Kebimbangan saya mengenai telur sy yg mungkin dah ovulate sememangnya benar (boleh refer entry sebelum ni).. Kiranya saya x lah rasa ralat sgt sbb hubby pun x sehat, sy pulak dah ter"ovulate" lebih awal. Allah Maha Besar.. Dia x nak saya sedih2 sgt.. Oh ya, uterus lining pun bagus doc kata, 10mm.. :)

Apa2 pun, perjuangan kami akan diteruskan pada cycle akan datang yg dijangkakan pada minggu keempat September.. x sabar nak jumpa doktor cantik lg..

Kepada kawan2 yg mendoakan, saya ucapkan terima kasih.. Semoga Allah SWT akan memberkati usaha kita semua..

Sunday, 8 September 2013

Ujian menjelang IUI

Posted by Sizuka at 2:34 pm 13 comments

Esok kami dijadualkan akan menjalani prosedure IUI.. Ya Allah perasaan tu x tau la nak cakap macam mana.. excited, x sabar dan harapan yg menggunung...

Hmmm..tapi kan..saya sedang risau skrg..

Jumaat lepas, lebih kurang jam 4.50ptg saya ke toilet.. Sekali ada EW pulak.. Siap boleh diregangkan dan warnanya jernih.. Alahai telur, kamu sudah pecahkah? Kali ini saya ada 4 biji telur.. Harap2 lah x semua yg pecah.. Sgt2 berharap, lgpun sebelum ni IUI asik tertangguh...

Dan start malam tadi, suami pula demam.. demam kuat jugak.. dan hari ni jam 10.15am td bawak suami ke klinik.. suhu dah 39 darjah celcius.. diskas2 ngan doc, akhirnya doc bg suntikan high dose utk suami recover demam dgn cepat setelah kami bgtau esok nak wat prosedure IUI.. Risau juga sbb suhu tinggi boleh effect kualiti dan kuantiti sperma.. harap2 la xde pape...

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.. Permudahkanlah segala urusan kami..

Wednesday, 4 September 2013

CD14: TVS & date IUI

Posted by Sizuka at 10:34 am 10 comments

**Update sambil tunggu hubby habis meeting**

Hari ni wat pertama kali hubby x dpt menemani kerana terpaksa attend meeting..

Sampai jam 8.10am dan dapat no.1.. dan hari ni x ramai org sama mcm hari isnin lepas..

Bila nama dah kene panggil, duduk jap dan pastu baring utk TVS.. utk hari ni cd14 (read cd15), telur di kiri dan kanan semuanya average 15mm.. Dinding rahim dah makin baik.. dari 3mm dah jadi 4.75mm.. Alhamdulillah.. So progynova diteruskan.. Kirenye sambil tunggu dinding rahim menebal, sambil tu jugak tunggu telur besar.. Utk record, sy diberi clomid dari cd5-9..

Sy juga diberi ovidrel utk disuntik sendiri di perut dan akan dilakukan pada jumaat malam..

Utrogestan pula akan digunakan setelah selesai procedure IUI nnt.. yg ni kene insert dlm faraj..

Dan date IUI telah ditetapkan pada 9hb September 2013.. jam 10.30 pagi pada CD19 (read CD20)..

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.. Kurniakanlah zuriat kepada kami...

Semoga IUI kali ni berjaya.. Kawan2 tolong doakan yer.. :)

Tuesday, 3 September 2013

CD12: TVS

Posted by Sizuka at 12:17 pm 3 comments

2 September.. CD12 (read CD13)

Sampai hospital jam 9.. dan Alhamdulillah org x ramai.. dpt giliran no.4.. last week kami sampai kul 9 gak.. dpt no.11...

Masuk bilik doc, doc suh baring terus utk tvs.. telur belah kanan ada 2 size 13mm dan 14mm.. kiri pun ada 2 size 12mm dan 14mm.. Medium size. Masih belum besar.. size ni dr adilah kira panjang campur lebar then bahagi 2 (cth 17mm + 12mm bahagi 2 = 14.5mm).. kirenye amik size purata la..

Check pulak dinding rahim, just 3mm ja.. kecewa di situ.. Clomid telah memberi side effect kepada ku.. arghhh...

Result hormone hubby pulak x berapa nak baik.. Walaupun hormon testosteron dalam julat normal, tapi hormon endokrin pulak tinggi wlupun masih dlm julat normal juga.. Tinggi 15x ganda dari testosteron. . Doc kata patut tidak lebih dari 6x ganda.. So doc suh hubby fight utk naikkan level testosteron dgn cara cucuk ubat (ovidrel) di perut sebanyak 10 kali selang 2 hari... Ada satu lg jenis murah sikit tp dibuat dari air kencing.. err.. kenottt laa... Tapi cucuk2 ni akan dibuat kalau iui cycle ni failed.. Tp mungkin kami akan cuba dulu melalui supplements..

Untuk saya, mula2 doc nak bg pergoveris utk cucuk di perut.. tp doc mcm risau nak bg takut overdose disebabkan saya pcos.. dikhuatiri OHSS.. Lagi pulak results anti mullerian hormone sy masih belum dapat.. so agak sukar doc nak wat keputusan..
So at last, doc suh saya amik progynova utk di insert dalam faraj 3 kali sehari selang 8 jam.. Progynova ni mengandungi estradiol di mana ianya membantu dlm penebalan endometrium (dinding rahim)..

Appointment akan dtg, Rabu 4 September. . Doc mungkin akan decide pasal dose pergoveris if telur masih lambat besar dan cek ketebalan dinding rahim selepas amik progynova. ..

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea