Wednesday, 7 August 2013

Shopping di Jalan TAR sempena Aidilfitri

Posted by Sizuka at 7:10 pm

Entry hari berkenaan entry flashback.. hehe... Sesuatu yg harus dikenang dan harus dicoretkan di sini..

3 Ogos lepas bersamaan dengan 25 Ramadhan, kami suami isteri bersepakat utk shopping raya di Jalan TAR.. Sememangnya kami dah plan sejak sebelum puasa lagi.. Oleh itu, hubby telah book sebuah bilik di Hotel Silka Maytower sejak minggu pertama Ramadhan lagi sekali dengan pakej sahur dan berbuka puasa..

Kami check in awal dalam jam 1 ptg.. Selapas relax2 n solat, jam 3.30 ptg kami start keluar. Di Jalan TAR, dapatlah mencari 2 helai tudung saya.. lepas tu kami sogo, membeli baju2 hubby, sandal raya saya dan hadiah utk mak mertua..

Kemudian, balik ke hotel utk solat asar dan bersiap2 utk berbuka.. Alhamdulillah makanan best2 dan sedap juga...

Selepas puas makan, naik bilik, solat dan jam 10.15 mlm kami keluar lagi.. sambung shopping di jalan TAR dan masjid india.. Di sini, dpt lah merembat baju melayu, tudung saya lagi sehelai dan seluar jeans hubby... balik hotel jam 1.00 pg..

Jam 2.00 pg kami tidur... Bila bangun balik, jam dah kul 6.00 pg... Hohohoho.... Terlepas sudah waktu sahur... Sahur di hotel bermula jam 3-5.30pg... Menyesal kami tidur dulu... Gara-gara keletihan... huhu.. tu namanya bukan rezeki  wlupun terasa ralat di hati.. xpe, next time kita belajar dari kesilapan ok...

Selepas check out jam 10.30am, kami sambung shopping.. hehe.. dapat merembat beg silang hubby, baju raya saya dan hadiah buat mak dan abah kami berdua...

Sekian.. hehe...

0 comments:

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea