Tuesday, 30 July 2013

Tentang pakej IVF

Posted by Sizuka at 9:06 am 15 comments

Baru2 ni iaitu pada 16 Julai lepas, saya sempat menelefon ke Hospital Pantai.. Book pakej IVF.. Alhamdulillah sempat berbuat demikian utk promosi hari terakhir.. Pakej termasuk utk OPU, ET dan lain2 tapi belum termasuk ubat2an.. Pakej yg diambil mesti dibuat sehingga tahun ini sahaja..

**Utk booking, tiada apa2 charge dikenakan, bayar bila nak buat saja.. :)

Tapi, book pakej IVF bukan bermakna nak wat IVF.. Just bersiap sedia in case my 2nd IUI utk next cycle ni tidak berjaya.. huhu..

Hati macam seakan redha jika ditakdirkan inilah caranya kami mendapat zuriat sendiri.. Perasaan yg sukar diungkapkan.. Hanya mampu berdoa dan memohon kepada Allah semoga perjalanan kami dalam memiliki zuriat dipermudahkan olehNya...

Di bulan yg mulia ni, marilah kita sama2 memohon kepadaNya, banyakkan bersedekah dan disamping amalan2 yg lain.. InsyaAllah semoga diberkati...

**Peringatan untuk diri sendiri**

Sunday, 28 July 2013

Ramadhan dengan family..

Posted by Sizuka at 6:45 am 0 comments

Seronok sangat bila dapat bersama dengan family di bulan Ramadhan kan.. Kami sampai rumah mak (mak saya), hari jumaat jam 2.00 pagi.. Bertolak hari khamis jam 5.15 ptg.. Kami berbuka ala kadar saja dlm kereta sebelum berhenti makan di hentian simpang pulai yg ade mydin tu pada jam 9.00 mlm.. Sebelum tu kami dah pi bazaar n beli makanan siap2..

Habis makan, saja gatai pi Mydin di situ.. Dalam hati kalau stok susu kambing nubian bagus nih.. hehe.. Alhamdulillah mmg dah rezeki agaknya, dapatlah sambar 4 botol saja sebagai bekalan di rumah mak.. Saja nak minum yg fresh wlipun dlm handbag mmg dah standby hi-goat.. Dah lama x minum yg nubian punya.. Ngada-ngada kan... hihi...

So hari dah ahad, petang ni kami terpaksa balik semula.. huhu... x dapat nak tunggu sampai waktu berbuka hari ni.. bertolak petang dalam jam 4.00 ptg dan anggaran tiba dlm jam 11.00 mlm nnt.. Doakan kami ye... :)

Wlupun sekejap je balik, dapatlah jugak kami bersahur 3 kali dan berbuka 2 kali bersama mak abah n adik2... Alhamdulillah.. Gembiranya Allah saja yg tahu...

Terharu jugak, abah sanggup cari merata ke hulu ke hilir mencari kaki ayam demi menunaikan hasrat saya yg teringin nak makan kerabu kaki ayam.. Alhamdulillah dpt mkn puas2.. hehe... Dan setiap kali balik, abah mmg x pernah gagal bawak balik keladi dari kampung.. Sebab anaknye ni mmg gila sayur keladi.. Dan terima kasih mak sebab masakkan makanan yg best2 utk anak menantu.. Kakak sayang mak dan abah sampai bila2...

Ok lah yer.. hehe... bye..

Wednesday, 24 July 2013

Menu 14 Ramdhan..

Posted by Sizuka at 8:54 am 0 comments
Alhamdulillah hari ni dah masuk 15 Ramadhan.. Cepat sangat kan.. huhu... Dan hari ni saya sudah berpuasa setelah "bercuti" selama 7 hari...

Selama tempoh berpuasa, hanya sekali je x masak.. tu pun sebab balik kerja lambat. Mmg x sempat nak masak time tu..

Menu 14 Ramadhan semalam, ikan siakap masak lemak cili api dengan bacang muda... Bacang muda tu orang opis yang bagi.. Biasanya menu masak lemak letak bacang muda ni menu orang N9.. Sebelum ni mmg pernah makan masak lemak letak bacang muda ni.. Sedap... Sebab tu daku pun tergedik-gedik nak buat jugak bila dpt bacang muda tu.. hehe.. Bagi opismate2 aku, diorang mmg dah selalu makan sbb diorang dah mmg org noghori.. hehe..

Okey, hari ni nak masak apa pula??

Ikan siakap masak lemak cili api dgn bacang muda


ikan siakap masak lemak cili api dgn bacang muda, sayur kangkung goreng belacan, ulaman, sambal belacan.. sata dah kuih muih beli di bazar...



Monday, 22 July 2013

Datang Bulan? Menangis?

Posted by Sizuka at 10:19 am 13 comments
Salam Ramadhan semua  :)

Saya pasti ramai TTCian kat sini sedih kan bila setiap kali datang bulan? Tak terkecuali dengan diri saya.. Memang tak dinafikan bila period tu rasa syahdu sangat.. Tertanya-tanya bilakah waktu kita...

Tapi kan, selama 3 tahun 1 bulan berTTC ni, saya hanya pernah menangis sekali sahaja sewaktu period.. Iaitu semasa IUI kali pertama saya gagal... Masa tu nangis sampai tersedu-sedu.. Air mata bergelen-gelen.. Sekali ngan air hidung daaaa.. haha.. kiranya masa tu mmg all out lah! Seumpama meleraikan apa yg terpendam di lubuk hati selama ini.. Cewahh...

Walaupun tak menangis, bukan bermakna jiwa saya kental, bukan bermakna hati ini kuat, bukan bermakna saya tiada perasaan... Sumpah, sedih sangat2.. Cuma saya selalu sematkan dalam hati, tak perlu nangis2.. Kita bukan keseorangan.. Yang penting sabar.. Ujian dari Allah SWT untuk hambaNya.. Dia sayang kat kita.. Datang period pun Alhamdulillah.. kerana tiap bulan masih boleh boleh berusaha dan plan apa nak buat.. Usaha sampai berjaya.. InshaAllah...


Nota kaki:
** Hari ni dah CD6, bermakna dah 6 hari x berpuasa.. Tapi rasanya esok boleh dah ni..
** Hari ni jugak, tiba-tiba battery kereta kong.. Sudahnya tunggu kul 8, hubby g bengkel terdekat dan panggil mekanik tukar battery baru di depan rumah...

Friday, 19 July 2013

OPK dan UPT murah

Posted by Sizuka at 10:48 am 2 comments

Baru tadi cuci mata di GROUPON.. Terpandang satu iklan yang selalu TTCian gunakan iaitu OPK dan UPT..

Murah.

20 strip hanya RM35 (RM1.75/strip)
40 strip pulak lagi murah RM60 (RM1.50/strip)

Harga utk OPK dan UPT ni sama je..

So, kawan-kawan tunggu apa lg, grab it now.. Tawaran ada lg 4 hari dari tarikh hari ini..

Free delivery. .

Boleh klik link ini ----> http://www.groupon.my/deals/national-deal/Confidence-Healthcare-Products/717201293

Thursday, 18 July 2013

CD2 dan perancangan IUI kedua

Posted by Sizuka at 8:38 am 11 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni dah CD2.. Semalam period hadir di kala waktu menjengah ke jam 7.00 petang.. huhu... lg 27 minit sebelum waktu berbuka puasa...

Jadi last period cycle saya adalah sebanyak 33 hari.. Alhamdulillah.. Bulan sebelum tu adalah 30 hari...

Secara automatiknya, harapan pun dah musnah.. hihi.. Dan cycle ini akan usaha semula seperti cycle2 sebelum ni..

Berbalik pada tajuk entry, bila dibuat perhitungan, kemungkinan period saya yg akan datang akan jatuh pada 20 Ogos.. Dan pada masa itu. saya akan membuat temujanji utk IUI.. Dan tarikh IUI mungkin akan jatuh pada minggu pertama September.. Alaaaa macam lama jek lagi kan... X sabar sungguh diriku ini...

Semoga IUI kedua ini akan berhasil.. Dan semoga rawatan dari Dr Adilah akan serasi dengan diri saya dan dengan izinNya jua.. Ini IUI pertama dgn beliau.. IUI pertama dulu di LPPKN..

K lah, selamat berpuasa kawan-kawan   :)

Tuesday, 16 July 2013

"Hye, mak buyung!"

Posted by Sizuka at 1:04 pm 9 comments

Secara jujurnya, saya sgt teringin mendengar orang panggil saya dengan gelaran mak buyung itu.. Sadis bukan..

Bila baca status2 orang di facebook, dalam hati terdetik jugak, "alangkah bahagianya jika mak buyung itu adalah aku"...

K lah, x payah dipanjangkan lg cerita sedih begini..

** Korang, apesal saya x boleh update blog di laptop yer?? Huhu.. Laptop ku problemkah??

Friday, 12 July 2013

Masak utk berbuka..

Posted by Sizuka at 8:57 am 5 comments
Utk Ramadhan kali ini, saya memilih dan berazam untuk memasak sendiri di rumah.. Walaupun sampai rumah dalam pukul 6, saya akan masak jugak laju-laju.. Sampai rumah, letak handbag, terus menuju ke dapur.. xde rehat2.. haha.. Alhamdulillah sempat siapkan juadah sebelum waktu berbuka..
Tapi kalau x larat or x sempat, pastinya bazaar ramadhan pilihan kami.. koh3.. Sekali sekali mungkin berbuka di luar..
Untuk iftar hari pertama, saya masak nasi bersama-sama dengan ikan keli balado n sayur pak choy sos tiram. Puding karamel bakar pun ade, tp dah buat siap2 mlm sebelum tu lg.. Iftar kedua pula saya masak butter chicken rice.. Utk hari ni iaitu hari ketiga, cadangnye nak wat kuew teow udang je..
Harapnye kerajinan ini akan kekal.. hehehe..

My Butter Chicken Rice.. Iftar #2


Monday, 8 July 2013

CD25

Posted by Sizuka at 4:13 pm 6 comments

Hari ni dah CD25..
Td tetiba rasa cramp kat bahagian pinggang..
Skrg ni pulak tetibe rase mcm berdenyut2 di ari2...
Oh apakah ini? Miss P, tolonglah pergi jauh2..
Sesungguhnya aku mengharapkan berita gembira di bulan Ramadhan ini..

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea