Friday, 10 May 2013

Pengalaman di temuduga sebagai Embryologist :)

Posted by Sizuka at 10:24 am
Assalamualaikum semua..

Hari ni saja saya nak imbas kembali kenangan pada penghujung tahun 2007 (kalau x silap.. sbb dah lama)..
Masa tu saya baru lepas grad.. tapi untuk kenangan penghujung 2007 ini saya nak citer bawah2 yer.. nak merepek dulu.. haha..

Adat orang baru lepas grad, akan apply kerja macam2.. Saya pun macam tu jugak... Macam2 yg saya apply.. Isi maklumat di laman web JPA.. Alhamdulillah berpeluang ambil 3 kali exam.. exam terakhir tu saya lulus! Dan dapat peluang ke kursus ape ntah untuk Pegawai Tadbir Diplomatik.. Tapi saya x pergi pun sbb masa tu saya baru je sebulan dapat jawatan saya sekarang ni..

Okey sambung balik, dah tersasar sedikit.. hehehe

Selain JPA, saya juga selalu memohon kerja di Job Street.. Yang mana agak sesuai, pasti saya akan mohon.. Dan surat khabar pula mmg wajib hari2 saya dan emak saya belek.. Sebabnya kadang2 akan keluar jawatan kosong kerajaan di ruangan iklan.. Pernah juga rezeki saya untuk ditemuduga di UPM sebagai Pegawai Sains.. Tapi masa tu saya isi borang main2 je.. Saja nak test.. Kebetulan masa tu mmg saya sedang berkerja di UPM sebagai Pembantu Penyelidik secara kontrak. Tapi sama jugak, saya x pergi interview jugak.. Dan sebab yg sama jugak, iaitu dah dapat kerja yg sekarang ni... Kiranya masa tu saya dapat banyak rezeki yg tidak terduga.. Alhamdulillah..

Okey masih tersasar lagi.. jom sambung balik :)

Kembali kepada niat asal.. iaitu penghujung 2007.. Saya telah mendapat temuduga di Hospital Metro, Klang.. Temuduga ni saya dapat setelah saya isi maklumat di Job Street. Kalau x silap saya, surat temuduga pun mereka hanya beri melalui email sahaja.. Maka, di hari temuduga, saya pun pergi lah ke Hospital Metro, Kajang.. Ditemuduga oleh Doktor berbangsa Singh kalau x silap.. Antara soalan yang ditanya, "Pandai ke buat slaid sampel/tisu?", "pandai ke guna microscope?", "pandai ke nak buat laporan?", "bolehkah bekerja lebih masa?, "bolehkan organize event?".. dan macam-macam lagi lah kan.. x berapa nak ingat soalan2 lain.. Dan saya hanya menjawab soalan2 tersebut dengan jujur dan x berapa yakin... haha.. maklumlah pengalaman temuduga kurang dan fresh graduate pulak tu...

Bila difikirkan balik, jika saya bekerja sebagai Embryologist, agaknya sayalah antara orang yang akan bertungkus-lumus dalam makmal utk mensenyawakan sperm ngan ovum agaknya kan? Iaitu dalam membantu pasangan yg ingin membuat IVF atau ICSI..

Alhamdulillah mak abah memberikan sokongan padu kat saya untuk pergi semua temuduga.. Walaupun tempat temuduga jauh dari tempat tinggal kami.. Kata abah, x kisahlah x dapat kerja tu, tapi pengalaman temuduga adalah sangat penting untuk memperbaiki skill lagi..

Selain tu, pernah juga saya ditemuduga atas jawatan kerani, PA di Kilang B Brown (Penang) iaitu kilang yang membuat peralatan makmal dan temuduga di Hospital Mata Tun Hussein Onn (tapi lupa pulak sebagai apa?)

Sekian.

2 comments:

sweet tooth said...

U might be an embryologist :-) ur dad is right, pengalaman di interview tu yg penting.

nuriz iman said...

puan embriologist...check kan telur saya..hehe

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea