Tuesday, 19 March 2013

Pengorbanan utk menjadi seorang ibu.. Alfatihah..

Posted by Sizuka at 5:40 am
Assalamualaikum wbt..

Semalam saya dikejutkan dengan berita yang meruntun hati dan perasaan..
Seorang rakan saya (sdg TTC), mengkhabarkan berita sedih ini. Seorang junior kami semasa belajar di universiti (juga TTC), pergi menghadap Ilahi..

Alkisahnya,

Arwah telah disahkan oleh doktor yang dia mempunyai fibroid di dalam rahim..
Lalu arwah telah dicadangkan utk menjalani pembedahan untuk membuangnya..
Disebabkan nekad utk memiliki zuriat, arwah telah setuju.
Ditakdirkan Allah, semasa pembedahan sedang berlangsung, doktor telah membuat kesilapan (cuai barangkali).. Usus besar arwah telah tercucuk dan menyebabkan ususnya bocor..
Berminggu-minggu arwah ditempatkan di wad ICU.. Khabarnya sampai di satu tahap, ususnya terpaksa dikeluarkan kerana mengalami jangkitan. Tetapi selepas itu, arwah stabil.. Namun, Allah SWT lebih menyayanginya.. Arwah pergi jua...

Selepas mendapat tahu, terus air mata ini berguguran..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Inilah pengorbanan arwah untuk menjadi seorang ibu... Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang2 yang beriman.. Semoga arwah mendapat anak-anak yang cantik dan indah di Syurga yang kekal abadi..

Al-fatihah buatmu..


**UPDATE: Maaf ade sedikit pembetulan..

Arwah sebenarnya membuat pembedahan utk membuang lemak.. Pada permulaannya, doktor nak buang cyct di ovary arwah (bukan fibroid), tetapi disebabkan arwah berbadan besar, doktor mahu membuang lemak terlebih dahulu.. Semasa doktor sedang membuang/mengikis lemak, itu yg menyebabkan usus besar arwah tercucuk dan ususnya bocor..

12 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Al Fatihah.. semoga arwah ditempat kan dikalangan orang yang beriman

Carmello said...

Alfatihah.. Sedihnya baca... Terus rasa nak nangis...

Suwaibah YS said...

ya Allah...
klu kesilapan doktor rasa lagi sdih..tapi dh takdir dia meninggal dunia disbabkan perkara tu.. Al-Fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat...

Mrs Sweet said...

Ya Allah..

Sedihnya..namun Allah telah menetapkan itu takdir arwah.. Semoga keluarga arwah tabah.. Semoga roh ditempatkan bersama golongan beriman.. Al- Fatihah..

iwannabeumie said...

Ya Allah, semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah di kalangan para solihin..ameen.

Hanie Nahar said...

Innalillah...moga syurga tempat buatnya.

pink.plate.liyana said...

ya Allah..sayu hati baca..moga syurga untuknya..amin

Z.U.E said...

ya allah sedihnya.. besarnya pengorbanan beliau.. semoga ditempatkan di kalangan orang beriman

~LeeyanaRadhi~ said...

sedihnya...semoga arwah didalam lingkungan hambaNYA yang beriman.. aamiin..

Al-fatihah

::EIDA:: said...

besar pengorbanan beliau. Syurga Insyaalah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman.. amin.. Al Fatihah ;(

Mamanurin said...

Al fatihah..moga arwah didalam rahmat allah

nuriz iman said...

Al-fatihah..sungguh besar pengorbanannya..sedih baca

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea