Sunday, 31 March 2013

Tempahan collagen rumpai laut

Posted by Sizuka at 3:30 pm 2 comments
--- STICKY POST ---

Kami menjual collagen rumpai laut dari Semporna, Sabah. Harga adalah seperti berikut:

Gred AA (kuning/gold) - RM10/100g
Gred AAA (ungu) - RM12/100g

Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh emel sweetbaby.cutebaby@gmail.com

Harga belum termasuk kos penghantaran.

POS LAJU
Semenanjung -
0.00-0.50kg = RM6.00
0.51-0.75kg = RM7.50
0.76-1.00kg = RM9.00
1.01-1.25kg = RM10.50
1.26-1.50kg = RM12.00
1.51-1.75kg = RM13.50
1.76-2.00kg = RM15.00

Wednesday, 27 March 2013

CD40

Posted by Sizuka at 7:47 am 3 comments
Hari ini saya CD40..
Tensen pun ade gak cik P tidak kunjung tiba..
Semacam tidak ada tanda2 pregnant..
Malah sakit2 badan menandakan waktu utk cik P menjengah ado la  :(

Entah kenapa period saya semakin panjang cycle nya.. Last cycle 47 hari.. Sigh...
Sebelum ni x pernah pulak.. Secara purata cycle saya 35 hari..

Wednesday, 20 March 2013

Collagen rumpai laut..

Posted by Sizuka at 6:55 pm 6 comments

Assalamualaikum..

Nak tanya pendapat korang,

Kalau saya nak bisnes jual collagen rumpai laut agak2 laku x? haha...

Pendapat kalian amat dialu-alukan..

Sekian, terima kasih..

Tuesday, 19 March 2013

Pengorbanan utk menjadi seorang ibu.. Alfatihah..

Posted by Sizuka at 5:40 am 12 comments
Assalamualaikum wbt..

Semalam saya dikejutkan dengan berita yang meruntun hati dan perasaan..
Seorang rakan saya (sdg TTC), mengkhabarkan berita sedih ini. Seorang junior kami semasa belajar di universiti (juga TTC), pergi menghadap Ilahi..

Alkisahnya,

Arwah telah disahkan oleh doktor yang dia mempunyai fibroid di dalam rahim..
Lalu arwah telah dicadangkan utk menjalani pembedahan untuk membuangnya..
Disebabkan nekad utk memiliki zuriat, arwah telah setuju.
Ditakdirkan Allah, semasa pembedahan sedang berlangsung, doktor telah membuat kesilapan (cuai barangkali).. Usus besar arwah telah tercucuk dan menyebabkan ususnya bocor..
Berminggu-minggu arwah ditempatkan di wad ICU.. Khabarnya sampai di satu tahap, ususnya terpaksa dikeluarkan kerana mengalami jangkitan. Tetapi selepas itu, arwah stabil.. Namun, Allah SWT lebih menyayanginya.. Arwah pergi jua...

Selepas mendapat tahu, terus air mata ini berguguran..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Inilah pengorbanan arwah untuk menjadi seorang ibu... Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang2 yang beriman.. Semoga arwah mendapat anak-anak yang cantik dan indah di Syurga yang kekal abadi..

Al-fatihah buatmu..


**UPDATE: Maaf ade sedikit pembetulan..

Arwah sebenarnya membuat pembedahan utk membuang lemak.. Pada permulaannya, doktor nak buang cyct di ovary arwah (bukan fibroid), tetapi disebabkan arwah berbadan besar, doktor mahu membuang lemak terlebih dahulu.. Semasa doktor sedang membuang/mengikis lemak, itu yg menyebabkan usus besar arwah tercucuk dan ususnya bocor..

Saturday, 16 March 2013

Sakit gigi...

Posted by Sizuka at 12:11 am 7 comments
Sakit gigi dah 3 hari..
Alhamdulillah sakit yg masih leh tahan..
Dah lama sakit.. tapi on off je...
Kadang2 sakit 2-3 hari, pastu baik 3-4 bulan.. pastu sakit balik.. pastu baik...
Gusi bengkak..
Nak pi cabut, takut.. hahaha..
Memang dari zaman budak2 lagi x suka g jumpa doktor gigi..
Alhamdulillah ngan doktor sakit puan, x takut.. ok jer.. haha
Ok sekian...

Wednesday, 13 March 2013

Voucher makan-makan..

Posted by Sizuka at 7:57 pm 3 comments
Yessszaaa...
Membeli voucher adalah hobi terbaru saya...
Nak enterprem sket voucher2 yg saya beli..
Kali ni voucher makan-makan pulak yer...



1. Voucher makan2 di Manhattan Fish Market.. RM49 (RM65.30 Savings) - Dah selamat redeem... Dah masuk perot dah pun...
2. Voucher Rasamas (bukan ayam tp burger) - RM15.90 (RM18.70 Savings)
3. Voucher Burger King - RM9.90 (RM17.13 Savings)
4. Voucher Ayamas - RM30 (RM30 Savings)
5. Voucher Bangi Kopitiam - RM15 (RM15 Savings)


Nampak sgt kuat makan kan... 
Harap2 sgt hobi ni x kekal lama.. kdg2 hobi ni ade pasang surut.. Mula2 jer berkobar2nye.. 
Tapi untung gak kan beli voucher ni.. Penjimatan yg hebat.. haha


Saturday, 9 March 2013

Malas update blog tapi rajin shopping on9..

Posted by Sizuka at 12:52 am 10 comments
Adehhh..
Penat eden menahan napsu..
Kembang kempis dah hidung ni tahan...
Hahaha...

Tengok barang2 yang ditawarkan di groupon, streetdeal, mydeal, milkadeal dan yg sewaktu dengannya membuatkan saya teringin macam2..

Sampaikan member opis ade terjebak beli sekali dek pelawaan saya yg bertanya kepada beliau.. Tapi die beli menda lain lah.. Tapi saya tolong, sbb dia x biasa membeli secara on9.. Lelaki.. Baya ayah2 kita.. Orang perempuan biasanya pro hal2 gini.. hihi

Setelah hati ni menapis-napis barang2 yang ditawarkan, sempatlah jugak saya merembat 2 benda... Yang lain tu tutup mata dulu yer..


Iron ni beli sbb yg sedia ada di rumah wayarnya dah terbelit2
walaupun masih boleh pakai lagi.. Iron ni hanya RM29..

3-in-1 Griller ni beli sebab konon2nye boleh bawak kalau nak travel pi mana2.. hehe..
Berat hanya 2.2kg.. Harap2 dapat digunakan sebaiknye.. :p Yang ni RM88..


Sekian..

Saturday, 2 March 2013

Ke Puchong lg utk berurut

Posted by Sizuka at 7:37 am 12 comments
Assalamualaikum wbt..

Kene update laju-laju.. Nak siapkan laporan yg bos minta.. hehe

Selasa lepas (26/2), kami ke puchong lg. Berjumpa dengan ibu maryam.. Sudah sebulan x jumpa.. Sampai je rumah dia, terus dia urut saya..  Alhamdulillah, rahim saya dah tak lipat lagi.. Dan sudah kembang wlupun belum lg sepenuhnya.. Syukur sgt2.. Ibu pesan pantang betul2 apa yg dia pesan.. Saya hanya mengiakan dan akan cuba sebaik mungkin kerana ini semua ikhtiar untuk mendapatkan zuriat kami..

Semoga dengan izin daripada Allah SWT, saya akan berjaya pregnant.. insyaAllah.. Amin...

Oh ya, saya juga top up air halia dan air kunyit sbb dah habis. Kali ni beli 5 botol.. Dan target dalam masa 3 minggu habis.. Lepas tu, kami akan pergi ke rumah ibu maryam lg..

Dengan ibu maryam ni, saya suka cara dia urut.. Memang setiap kali berurut, dia akan buat urut sengkak.. Saya suka, sbb sedap dan tak sakit.. haha.. Lain kali, saya ingat nak mintak ibu urut satu badan pulak lah... Yolah, hari2 pergi kerja, sekali sekali urut satu badan best jugak kan...

Hmm ok lah.. Sambung buat kerja.. Hati ke laut sikit, sbb hari ni kan Jumaat.. hihi
 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea