Thursday, 21 February 2013

Aqiqah untuk si kecil :)

Posted by Sizuka at 3:45 am
Assalamualaikum wbt

15 Februari lepas (Jumaat), diadakan kenduri aqiqah anak buah kesayanganku..Baby masa ni umur 21 hari..

Kami suami isteri pun ambil cuti sehari.. Khamis malam gerak, sampai sana waktu subuh.. hampir 9 jam perjalanan.. maklumlah sempat berenti tido dulu kat RnR tg malim.. Ngantukzzzz... haha

Pagi tu, diadakan upacara tahnik dan mencukur rambut baby.. Disempurnakan oleh Ustaz di kawasan perumahan kami.. Baby pada mulanya berambut lebat, kini sudah botakkkk... haha.. X pe lah, lgpun byk faedah apabila membotakkan bayi yg baru lahir ni... InsyaAllah kepala dia akan ringan, cerah mata dan cerdik.. Rambut baru pun nanti akan tumbuh...

Alhamdulillah tetamu boleh dikatakan hampir semua yg dijemput hadir.. Kambing aqiqah tu mmg licin.. Dan mmg sedap.. Daging sgt lembut... x bau kambing langsung..

Saya pulak sponsor goodies.. Tp idok le yg mewah2.. Sekadar jajan2 je yg diletakkan kat dlm beg..

Pada keseluruhannya majlis berjalan dgn amat lancar.. Syukur.. Persiapan pun dibuat sepantas kilat.. Hanya dlm masa 2 hari termasuklah cari kambing.. Segalanya dipermudahkan Allah.. Alhamdulillah...

1 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Alhamdulillah, selesai 1 perkara sunat

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea