Tuesday, 31 December 2013

Wanita dengan 69 anak

Posted by Sizuka at 1:31 pm 1 comments
Subhanallah!
Allahuakbar!

Inilah kekuasaan Allah SWT.. Sesiapa pun tidak boleh menidakkannya..


*
*
*


Siapa gerangan wanita yang mempunyai ini? Tidak ada yang tahu pasti siapa namanya. Yang pasti ia adalah isteri pertama dari Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia. Dia melahirkan 16 pasang bayi kembar, 7 bayi triplets (kembar tiga), dan 4 bayi quadruplets (kembar empat).

Wanita ini adalah isteri pertama dari Feodor Vassilyev. Entah apa penyebabnya sehingga ibu 69 anak ini meninggal dengan bunuh diri. Kemudian Feodor menikah lagi, dan hebatnya ia boleh memujuk isteri keduanya untuk menguruskan 69 orang anaknya.

Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 anak. Jika masing-masing kanak-kanak semasa dewasa menghasilkan 2 anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk saiz zaman dahulu), dan apabila dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka saat ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang!

Friday, 27 December 2013

Selebriti dan IVF

Posted by Sizuka at 10:23 am 6 comments
Dapat dari http://nicolehsworld.blogspot.com...
Semoga dapat menaikkan semangat dan pendorong dalam melalui ujian2 yang mendatang...


*
*
 * 

Sarah Jessica parker used a surrogate to have twin girls Marion & Tabitha in 2009, she was 44. She also has a son James Wilkie born in 2002.

Marcia Cross 45 said she skipped her honeymoon to get straight to ivf ,after several rounds she then switched to ivf with donor eggs to increase her chances due to her age, she gave birth to twin girls Eden & Savannah in 2007.


Celine Dion 42 used ivf/icsi in 2000 to have her son Rene Charles and used it again in 2010 to have her twin sons Nelson & Eddy. She revealed that she had a miscarriage & six rounds of ivf before the successful pregnancy and that initially she was pregnant with triplets but miscarried one.


Courtney Cox suffered many miscarriages & rounds of ivf before having daughter Coco in 2004 at age 40.


Trinny Woodall 39 underwent nine rounds of ivf and several miscarriages before having her daughter Lyla in 2003.


Rod Sewart & Penny Lancaster 39 did three rounds of ivf to fall pregnant with their second child which is due in 2011, they did not use ivf for their first pregnancy with son Alastair.


Brooke Shields used ivf to have her first daughter Rowan in 2003, she had seven treatments and a miscarriage. After the birth she suffered severe post natal depression. She openly speaks about her struggle with ivf and pnd in her book Down came the rain.  She later conceived her second child Grier naturally.


Giuliana 35 & Bill Rancic are currently using ivf to hopefully have their first child. They fell pregnant on their first round but miscarried at 8 weeks.  The 3rd season of their show filmed the highs & lows of the treatment and showed people what going through ivf is like.


Jane Seymour used ivf at 44 to have twin boys Johnny & Christopher in 1995, this was her third pregnancy but first time using ivf.

Thursday, 26 December 2013

Busy

Posted by Sizuka at 9:19 am 2 comments
Sekarang ni tengah banyak kerja...
Buat slide pencapaian utk 2013 yg memakan hampir 60 slide.. Alhamdulillah dah siap..
dan slide projek lagi.. hoho.. yg ni x siap edit lagi..
Sekali dengan laporan bertulis yg berpuluh2 mukasurat... yg ni baru siap 50%
Arghhh penat giler otak aku..
Dengan bos yg sedang bercuti dari 23 Dis hingga 1 Jan...
Yang bestnya aku la bosnye.. Muahahaha....
Ni pun dah terlepas due date utk hantar laporan..
Sepatutnya last semalam.. Tapi akan sedaya upaya hantar harini secepat yg boleh..

Semalam cuti krismas, sempat lagi kami suami isteri dan adik ipar pergi mandi manda di taman tema air di I-City.. Lepak2 sampai malam tengok lampu...
Xde maknanya waktu cuti nak buat keje pejabat.. hahaha..

Esok keluarga mertua datang.. nak bawak g jalan2 sabtu ahad ni...
Boleh la release tension sepuas2nya sebelum proses ICSI bermula.

Yeayyyy!!!!

Friday, 20 December 2013

Supplements suami menjelang IVF/ICSI

Posted by Sizuka at 8:33 am 19 comments

Inilah supplements yang suami saya ambil menjelang IVF/ICSI kami yang dijangka pada bulan depan nanti..
Apa-apa pun kami akan usaha yang terbaik dan termampu.. 

Surbex Zinc (Abbot) - Bermula September 2013
** Penting bagi pembentukan air mani. Lelaki yang kekurangan zinc akan mengalami air mani yang cair. (Dr Zubaidi Ahmad)
** Dalam surbex zinc juga mengandungi Vit B12. Vitamin ini terlibat dalam proses kematangan sperma dan pembentukan DNA di dalamnya. (Dr Zubaidi Ahmad)

Multivitamin (Blackmores) - Bermula Oktober 2013

Magnesium (Blackmores) - Bermula Oktober 2013 

Selenium (21st Century) - Bermula Oktober 2013
** Bahan antioksidan yang baik dan sangat penting bagi pembentukan "ekor" sperma untuk pergerakkannya. Kekurangan selenium akan menyebabkan sperma tidak bergerak dengan baik. (Dr Zubaidi Ahmad)

Proxeed Plus - Baru jer bermula pada 14 Disember 2013
** Dalam proxeed plus ni mengandungi L-carnitine (fumarate), Acetyl-L-cartinine, Fructose, Citric acid, Selenium, Coenzyme Q10, Vitamin C, Zinc, Folic acid dan Vitamin B12.


Semua supplements ni adalah untuk menambah bilangan dan kualiti sperm.. InsyaAllah pada 31 Disember nanti suami akan buat detail sperm analisis. Salah satunya bertujuan utk melihat kualiti sperm di mana ianya penting semasa proses pencantuman dengan ovum nanti. Kualiti sperm juga boleh mempengaruhi gred embryo..


Monday, 16 December 2013

First Apppointment utk IVF/ICSI

Posted by Sizuka at 3:40 pm 6 comments
12 Disember lepas (Khamis), kami buat appointmnet ngan doc adilah..
Appointment yang memang khas utk tujuan IVF/ICSI..

Kami sampai lambat..
Lebih kurang 11.20am gitu sampai, terus bg kad kat kaunter.. dapat no.15.. First time jadi orang terakhir jumpa doc.. hahaha..

Dalam kul 1 lebih jumpa doc.. Then doc tanya bila period.. Ok, masa ni sy CD4..
Pastu doc suh get ready utk TVS..
Alhamdulillah, clear.. Maka, boleh proceed terus wat IVF/ICSI..

Result ujian2 darah sebelum ni pun semuanya normal.. Kecuali result anti mullerian je yg sedikit tinggi...
Doc cakap, saya hanya perlukan dose yang rendah utk merangsang folikel.. Alhamdulillah.. Syukur..

Lepas tu, doc terus terangkan apa yang perlu saya buat.. Doc terangkan ubat2an yang perlu untuk saya makan sekali ngan ubat cucuk..

So, 28hb ni saya akan start makan norculut dan progynova.. Dan kemungkinan period saya akan keluar pada awal January.. Pastu bermulalah episod cucuk mencucuk by encik hubby.. hehehe... Ubat cucuk2 tu saya belum beli lagi.

Setel semua, Ida tolong buatkan appointment kami ngan embryologist.. Alhamdulillah dia free jam 2.30 ptg.. Lepas amik ubat di farmasi, kami terus naik atas utk berjumpa dgn embryologist.

Embryologist beri free consultation kepada kami mengenai proses yang akan kami lalui... Siap tunjuk gambar bagai supaya kami faham.. Alhamdulillah... Lama jugak la..Kami pulak ambil kesempatan yang ada utk tanya macam2 soalan.. hehe

Settle di situ.

Sebelum balik, bayar dulu deposit RM1K di kaunter pembayaran.. Alhamdulillah pakej IVF tu still valid.. Tapi sehingga bulan 1 jek la.. Start bulan 2 dah harga baru..

Ok, tu saje... Next entry saya akan kongsikan mengenai supplement apa yang suami dan saya amik sebagai persediaan menuju ke IVF/ICSI..


Friday, 13 December 2013

First step to IVF/ICSI..

Posted by Sizuka at 8:59 am 33 comments
Macam tak percaya..
Rupa-rupanya kami akan lalui jugak proses ini..
IVF/ICSI...

Inilah di antara usaha kami utk mendapat zuriat sendiri..
Selalu berdoa agar kami tidak perlu melalui proses ini, tapi apakan daya..
Mungkin Allah nak kami rasai pengalaman ini, pengalaman yang tak semua orang lalui...

Semoga Allah SWT permudahkan segala usaha dan urusan kami.

Bersediakah kami?
Insya-Allah..
Kami sudah bersedia...
Akan buat yang terbaik segalanya demi zuriat yang dinanti..
Kami sandarkan segala usaha, doa kami kami kepada Allah SWT..


P/s: Cerita mengenai appointment semalam adalah pada next entry.. Nak ingat balik kronology semalam.. hahaha... :p


Wednesday, 11 December 2013

Buat Appointment untuk IVF

Posted by Sizuka at 3:37 pm 15 comments
Hari ni saya CD3..
Period pun dah tak banyak..

Tadi call Ida, pembantu doc.. Plan nak jumpa dalam 17hb.. Tup2 Ida suh datang esok jumpa doc.. Rupa2nya appointment utk IVF sama jugak mcm appointment lain2, kena datang masa hari kedua hingga lima period atau hari ke 13.. Tapi saya kena jumpa esok sbb pada CD13, doc dah cuti..

Saya ingatkan tak kisah bila2 sebab just nak check jek kan.. heheh.. Pepandai jer saya nih.. :p

So, appointment esok penting utk:

1. estimate tarikh period next cycle
2. nak memastikan tiada cyst or fibroid
3. ubat-ubatan yang perlu dibeli utk IVF
4. cara pemakanan yang sesuai
5. do n don't

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada esok hari.. Risau sgt sekiranya ade menda2 dalam rahim ni.. Mintaklah dijauhkan... Sebelum ni mmg x da.. Just polyp je bersaiz 4mm.. Kalau ade, kemungkinan kene buat laparoscopy... Kalau dah laparoscopy, dah tentu IVF ditangguhkan.. Huhuhu....



PSSSSTTTT........

Sape kat sini pernah try double stemcell? Bagus tak utk kita yg sedang TTC ni?



Tuesday, 10 December 2013

CD2

Posted by Sizuka at 10:05 am 15 comments
Hari ni dah CD2..
Semalam datang period masa tgh tidur.. Nasib baik dah pakai pad siap2.. hehehe..

Plan cycle ni, nak call Ida, pembantu doc utk membuat satu temujanji sebelum IVF yang dijangka akan dilakukan pada bulan January 2014.. Mungkin esok lusa nak call.. Harap dipermudahkan..

Sekarang ni cycle dah makin panjang pulak.. Cycle lepas 38 hari.. Yang sebelum tu 39 hari (ni cycle masa buat IUI aritu)...

Nampaknya memang kena usaha jugak turunkan berat badan.. hehehe.. 
Adehhh... 

Thursday, 5 December 2013

Kuat Makan

Posted by Sizuka at 8:38 am 6 comments
Lately ni saya jadi kuat makan..
Breakfast, lunch n dinner kebanyakkannye amik yang berat2..
Memang terasa badan naik..
Terutamanya kat perut dan muka..

Saya tau bila makan lebih, akan beri effects pada badan..
Tapi kan saya rasa macam, "Ahhhh tak kira, nak makan jugak"...
Huhuhuhu...
Tak tau la kenapa..
Dah la berat badan memang susah nak turun..


Monday, 25 November 2013

Part 2: Our 3rd Anniversarry at Tanah Aina Farrah Soraya

Posted by Sizuka at 3:56 pm 1 comments
2 Jun 2013

Hari kedua kami kami kat sini..

X buat aktiviti yg disediakan pun iaitu morning walk.. yg malam td punya, night walk pun x join.. ni semua gara-gara badan ni sakit gilerrrr akibat jungle trekking.. Almaklumlah, org x biase bersukan bagai ni.. bersukan masa sekolah menengah jek dulu.. kui3.. Kesian hubby, terpaksa la ikut binik die yg sakit satu badan ni... huhu.. 

Dalam duk sakit2 badan tu.. aktiviti bersiar2 di sekitar resort tetap berlangsung.. tgk org main air kat sungai, tgk org buat flying fox dan kami sempat jugak main ping pong.. hahaha...

Okey, jom layan gambar...







Kat sini korang boleh request tau nak candle light dinner.. tapi dengan additional cost lah yer.. rm200.. tapi kami x amik pun.. yg meja tu mmg dia sediakan lilin.. nnt nak maghrib ade pekerja datang pasang api kat lilin..



Ni ceiling kat bilik.. Lawa kan.. kalau apply kat rumah gini mesti best..hehe...



Air sungai kat sini bersih sebersih-bersihnya hokkay... sgt jernih...



Kat sini korang kene naik kenderaan yg disediakan utk naik ke kawasan resort dan turun... tempat parking kereta disediakan.. Masa mula sampai kami naik hilux.. tapi die dah ubah suai letak seat kat belakang tu. masa balik dpt la kami merasa naik pajero cheetah ni.. hehehe

Wednesday, 20 November 2013

Our 3rd Anniversarry at Tanah Aina Farrah Soraya : Part 1

Posted by Sizuka at 3:06 pm 17 comments
Assalamualaikum wbt..

Ni entry basi.. Sebab cerita ni berlaku pada Jun yg lepas.. Ekekekkek... Inilah adalah entry berkenaan hari pertama kami di sana...

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada 4 Jun 2013 lepas kami telah bersatu selama 3 tahun..

Memang kebiasaanya kami akan berhoneymoon ke tempat2 menarik utk celebrate anniversarry.. Tapi x anniversarry pun kami honeymoon ke hulu ke hilir jugak.. hahaha..

Kami decide nak ke Tanah Aina bila dengan tiba2 semasa aku gatai tangan duk search hotel sana sini di Agoda, maka terpampanglah info mengenai Tanah Aina di mana sebelum ini langsung aku x pernah tahu akan kewujudannya.. Tanah Aina ni letaknya di Bentong, Pahang... Tempat ni merupakan 5 star resort..

Kebetulan x lama lepas tu ada MATTA Fair.. Jadi aku n hubby dengan semangatnya pergi ke MATTA Fair demi mencari pakej Tanah Aina.. haha..  Alhamdulillah travel agent ni menawarkan harga sebanyak RM270/pax.. Jumlah utk kami berdua adalah sebanyak RM540.. tapi kalau mengkomer nak terus contact Tanah Aina terus pun x pe, harganya ialah RM300/pax atau RM600/couple.. Skrg ni x pasti pulak harganya dah berubah atau masih sama..

Kami ke Tanah Aina ni pada 1 dan 2 Jun 2013.. Celebrate anniversarry awal 3 hari..

Kat Tanah Aina ni, harga bilik adalah bergantung kepada kepala dan bilik mana yg korang amik.. Macam kami, kami amik honeymoon chalet. Puas hati sgt2, bilik besar, modern + klasik deco.. Tetapi bilik air adalah di luar.. Bilik air byk disediakan dan bersih.. sabun dan syampu x boleh bawak sbb dah disediakan dan ianya organik. Tuan punya chalet ni amat mementingkan kebersihan alam sekitar.. 

Pakej di sini termasuk makan minum sebanyak 4x, jungle trekking, night walk n morning walk. Jungle trekking sgt best hokkey... Ko kena lalu kat laluan yg disediakan.. turun naik bukit, kene redah sungai, kene redah jugak sungai yg dalam gile (ada tali utk berpaut) dan korang boleh jugak nak terjun kat platform yg disediakan.. ni aku x buat.. x berani.. takut tenggelam x timbul terus..hahaha... tapi hubby den buat.. siap amik video.. Tapi aktiviti2 ni tak wajib.. Suke hati nak join ke tidak..  Tapi aktiviti flying fox kena bayar rm20/pax..

Ok lah, jom layan gambar...


Yahooooo... Dah sampai..!!!
Chalet kami...  :)

Bilik kami.. Honeymoon Chalet..

Lepak depan bilik.. betul2 menghadap sungai.


Bilik kami betul2 menghadap sungai... Setiap chalet ade tangga masing2 utk turun ke sungai..
BESTTTTT.... Bila-bila masa je boleh mandi sungai.. x de sape nak marah.. hehe

Kemain hubby.. Baring atas batu...

Antara chalet2 kat cni..

Buai laju2 sampai pohon sena... hehehe

Itinerary.. alamak, x nampak pulak

Kat sini memang mewah dengan makanan.. Sedap2 pulak tu...


Jungle trekking baru bermula..

masa ni kena redah sungai yg sangat dalam..

Dah sampai kat port utk terjun dari platform

Inilah platformnya... Terjunnnnn.....
Nanti sambung lagi utk entry hari ke dua yer... Berbaloi2 datang kat sini.... Windu Tanah Aina...

Tuesday, 19 November 2013

Baju couple POLO

Posted by Sizuka at 12:33 pm 1 comments

Ade sape2 x yg tau any seller yg jual baju couple POLO?

Yang murah2 hokkey dan cantek.. hehehe..

Monday, 18 November 2013

Perlu ke sewa kereta di Labuan?

Posted by Sizuka at 2:50 pm 2 comments
Kami bakal nak ke Labuan bulan March tahun depan...
InsyaALLAH akan pi bersama hubby, adik, adik ipar dan baby..

Tiket dah beli 2 minggu lepas..

Tapi pi Labuan ni sehari je.. Pastu esoknya kami akan terus ke KK selama 4 hari.. Nak celebrate birthday hubby kat sana...hehehe

Yang saya nak tanya ni ialah berkenaan sewa kereta di Labuan.. Perlu ke tidak? Ini adalah kali pertama kami ke Labuan.. KK pulak adalah kali kedua..

Saya baca review di blog2.. ade yang sewa kereta, ada yg tidak sbb Labuan tu kecik je..

Tapi dari pengalaman korang yg pernah ke sana, perlu ke tidak? Komen anda amat diperlukan.. Sekian, terima kasih..

Wednesday, 13 November 2013

Kisah Inspirasi..

Posted by Sizuka at 3:15 pm 4 comments
Dipetik dari blog borakkosong.com



Kehadiran anak selalu ditunggu-tunggu dalam kehidupan berumah tangga. Tawa, tangis, tingkah lucu menggemaskan anak-anak akan mewarnai rumah dan membawa kebahagiaan. Banyak pasangan yang menunggu kehadiran anak selama bertahun-tahun dengan sabar. Salah satunya adalah Louise. Wanita cantik ini bersama suaminya menunggu hampir dua puluh tahun sampai akhirnya memiliki anak.
Louise (48) dan Bernard (66) telah menikah selama belasan tahun namun tak kunjung dikaruniai anak. Mereka merasa bahwa hidup mereka ada yang kurang dan hampa. Namun pasangan ini tidak berhenti berusaha walau beberapa dokter mengatakan bahwa kemungkinan mereka mendapat keturunan sangat kecil.

Louise yang sudah berusia menjelang 40 tahun kala itu dan Bernard yang juga sudah hampir 60 tahun menerima jawaban dokter dengan sedih.

Mereka berdua sangat ingin ada riuh ramai tawa dan suara anak di rumah mereka. Louise mendapat peringatan dari dokter bahwa walaupun dirinya kelak bisa hamil tapi akan berbahaya karena usianya. Usia di atas 40 tahun memang rawan untuk hamil. Louise mengatakan bahwa dirinya siap hamil di usia berapapun juga. Dan kemudian Tuhan mendengarkan doa pasangan ini. Louise hamil anak pertama mereka di usia tepat 40 tahun.

Banyak orang mengkhawatirkan keadaan Louise tapi Louise tetap melanjutkan kehamilannya. 9 bulan kemudian lahirlah bayi mungil yang diberi nama Leah. Louise dan Bernard amat bahagia karena akhirnya mereka memiliki keturunan. Rupanya kebahagiaan mereka tidak berhenti sampai di situ saja. Satu tahun setelah Leah lahir, Louise kembali hamil. Louise hampir saja diminta menggugurkan kandungannya karena usianya yang semakin rawan untuk hamil. Louise berkeras untuk mempertahankan buah hatinya dan kemudian lahir putra mereka yang diberita nama Ben. Kebahagiaan keluarga ini semakin merebak. Menunggu belasan tahun dan terbayar dengan dua buah hati menggemaskan.

Tidak lama setelah memiliki Ben, Louise hamil lagi. Kali ini Louise hamil anak kembar. Kehamilan ketiganya ini membuat kondisi tubuhnya menurun dan kelelahan. Louise menjadi sering sakit. Maklum saja, Louise hamil anak kembar ini pada usia 45 tahun. Usia yang rawan dan sudah tidak kondusif untuk hamil ini membuat Louis dan Bernard mendapat banyak ujian. Namun kesabaran mereka berbuah manis, kelahiran si kembar Amy dan Lucy berjalan lancar.

Ben dan si kembar | (c) http://www.dailymail.co.uk/
Kini Louise dan Bernard memiliki empat anak lucu dan menggemaskan. Walau sudah berusia tua, mereka berdua menikmati menjadi orang tua, mengasuh dan merawat keempat buah hatinya. Pada ulang tahun pernikahan mereka ke dua puluh lima, Louise mengatakan bahwa anak adalah satu-satunya yang membuatnya rela melakukan apa saja, termasuk hamil di usia yang tidak lagi muda. Kesabaran pasangan ini berbuah manis, walau harus menunggu hingga belasan tahun lamanya. 

Tuesday, 12 November 2013

My Lemonade :)

Posted by Sizuka at 2:39 pm 17 comments
Ni sebiji setengah lemon yg dicampurkan dalam 800 liter air..

X tau la berapa anggaran nisbah sebenar. Jadi saya hentam je.. hehe..

Ade yg letak sebiji utk seliter.
Ade yg letak 2 biji utk seliter.
Ade yg letak 2-3 potong lemon utk seliter.

Wednesday, 6 November 2013

Rehat dan Detox

Posted by Sizuka at 8:57 am 6 comments
Assalamualaikum wbt

Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah.. Hijrahkan lah sesuatu kepada yang lebih baik.. InshaAllah...



Hari ni saya dah CD6.. Malam td baru balik dari Genting Highlands.. hehehe... Menginap 1 malam di Hotel First World.. Kami beli voucher di Groupon iaitu RM75 utk satu malam iaitu utk peak time..

Berbalik pada tajuk,

Untuk cycle ni (hopefully cycle ni saja), saya decide utk stop dulu treatment tetapi masih meneruskan pengambilan supplements... Oleh itu, saya akan cuba untuk detox kan diri sendiri sebaik yang boleh.. Sebab dah 2 bulan berturut2 makan ubat hospital kan.. Jadi sebelum ke treatment berikutnya, saya akan cuba buat yg terbaik..

Cara saya detox, saya hanya menggunakan buah lemon yg dihiris dan diletakkan dalam sebotol air kosong dan simpan dalam peti ais sekurang2nya 4 jam.. tapi selalunya lebih.. hehe.. Hurmmm, tapi betul x cara saya ni? Harap2 ada yg komen kalau saya silap..

Ehsan GOOGLE

Lebih kurang macam gambar kat atas ni.. tapi saya letak 1 biji lemon utk 1 liter air.. erkk.. macam x cukup jek kan lemon tu.. tapi bagi saya ok kot sbb ni baru permulaan dan saya akan cuba utk melebihkan lemon sikit demi sedikit supaya x terkejut dek tekak dan badan.. hahaha

ok, lah... bye.. nnt sy akan update plan sy seterusnya.. Semoga dipermudahkan segala urusanku.. Ameennnn...

Sunday, 3 November 2013

IUI : BFN

Posted by Sizuka at 2:52 pm 10 comments

Hari ni cd3.. period datang hari jumaat lepas pad CD39..

Sebenarnya kan Jumaat lepas saya sempat ke hospital utk amik darah untuk ujian Beta HCG..

Sampai jek hospital, terus pi toilet.. clean n clear..

Pastu g jumpa pembantu doktor amik borang utk amik darah..

Otw ke lab, tetibe rase mcm x best kat "situ".. tapi just ignore n sedapkan hati..

Masuk lab dan terus amik darah..

Pastu terus keluar dari kawasan hospital n gerak blk ke kedah..

Hubby berenti di R&R Jejantas sungai buloh utk solat.. tetiba rasa nak pi toilet n check..

SAH!!!! Dah period.. huhu... Rasenye mmg betul la period dah kuar masa sebelum masuk lab tu..

Hurmmm... Alhamdulillah kali ni setitis ayaq mata pun x kuar disebabkan failed IUI ni.. ntah la yerppp kali ni macam x de perasaan. Lagipun hati dan minda dan bersedia dari awal..

InshaAllah kami akan terus usaha, usaha dan usaha sampai berjaya.. Tolong doakan yg terbaik buat kami ya...

Thursday, 31 October 2013

Sarawak: Day 4: Pasar Satok dan Kek Lapis

Posted by Sizuka at 4:07 pm 4 comments
6 Oktober 2013

Last day kami di Kuching.

Sob sobsss.. Sedey plak nak meninggalkan Kuching.. Ini adalah kali kedua saya sampai kat sini.. Kali pertama dulu masa January 2010 ngan family.. Masa tu belum kawen lg tp dah bertunang.. hehe.. Tp hubby first time sampai sini..

Hari ni, kami bersarapan di foodcourt area Pasar Satok tu.. makan laksa sarawak dgn teh C ais.. Kat Sarawak ni mana2 tempat ade teh C.. Lebih kurang mcm 3 layered tea lah senang citer..

Pastu kami terus ke pasar.. jalan2, tengok2 apa yg ada... Sempat rembat fridge magnet, tempat simpan barang drpd kain, gelang,keychain, cover pensel drpd manik dan buah kristal sekali lagi.. hehe.. Buah jambu batu merah pun beli.. Pastu ke bahagian pasar basah.. beli ikan terubuk masin.. Saya ngan adik sempat jugak melilau mencari kuih2 tradisional sarawak..
ikan terubuk masin.. kami beli yg 3 rm10 je.. beli rm20 dpt free 1.. hehe

kuih2 tradisional.. tapai dlm daun palas, pulut (mcm ketupat) dan kuih di dalam gulungan daun..

Lepas tu kami terus bergegas ke Kampung yg berhadapan waterfront tu.. tp kali x naik sampan, tp ikut jalan darat.. tujuannya adalah utk memborong kek lapis.. hohoho... setelah membuat pertimbangan, kami memilih utk memborong kek lapis di Dayang Salhah.. Lebih banyak pilihan dan lebih menarik.. Total kami beli kek lapis adalah sebanyak 5kg. hambik kau.. hahah.. adik pulak beli 4kg.. Tapi bukanlah kami nak makan semua tu kan.. Sudah pastilah utk diberi sebagai cenderahati kepada rakan dan saudara...

Hubby sedang busy pilih kek.. rambang mata

Testing 123...

ni yg kami beli.. hehe

Lepas tu, kami ke kedai2 cenderamata area waterfront.. Kat sini memang hampir semua kedai jual baju, keychain, beg.. Macam2 lagil lah kan.. ngko pilih jek lah kedai yg mana satu yg ngko nak kan.. hahaha...

Tapi lepas survey2 kedai, kami sempat masuk ke muzium.. Free jek.. 

Pastu baru patah balik utk membeli barang kat kedai2 td.. Saya memborong t-shirt Sarawak.. haha.. Hubby siap beli beg mengkuang..

Otw balik ke homestay, singgah makan tghhari dulu.. Lepas tu sampai jek homestay, kami kemas kini beg.. Masing2 duk wat anggaran, takut terlebih berat.. haha..

Kul 3, kami meninggalkan homestay dan terus ke airport.. Sekejap jek masa berlalu.. Percutian 4 hari 3 malam terasa sgt singkat... Flight kami jam 5 lebih.. Alhamdulillah flight x delay.. Sampai LCCT terus amik bas ke Stesen ERL, tempat kami park kereta dan pulang ke rumah bersama2 kenangan manis.. :)


P/S: Next entry pasal Tanah Aina Farrah Soraya.. ni cerita dah basi.. tapi nak story jugak.. hehehehe

Sarawak: Day 3: Serikin dan Rumah Panjang Annah Rais

Posted by Sizuka at 1:18 pm 0 comments
5 Oktober 2013

Hari ketiga kami di Kuching, Sarawak.

Kami gerak dari homestay dalam 8.30am.. terus ke area Matang dan cari tempat untuk sarapan pagi di J&J Cafeteria.. We olls makan nasi lomak.. Istimewanya, nasi lemak ini didatangkan sekali ngan semangkuk sup..

sambal dia ciput sgt.. x puas den makan kalau sambalnye ciput.. kui3.. 

Pas tu hubby terus set GPS utk ke Serikin.. Sampai Serikin dalam kul 11am.. Alhamdulillah cuaca elok tp agak panas.. Oklah kan.. Kat sini terdapat jualan pelbagai jenis barangan daripada baju, cenderamata, minyak angin, telekung, kain pasang, periuk, hasil tani dan lain2 lagi.. Memang best! Kat sini je beratus gak habis.. hihi... Murah plak tu... Serikin ni sempadan ngan Pontianak, Indonesia.. Peniaganya pun ramai dari Indonesia.. Konsep kat sini ialah macam Wang Kelian di Perlis. Tempat ni hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad saja okkay...

Suasana di Serikin

di celah2 kain pasang.. Lawa2.. geram seyyyy.....

Kat sini kami beli kain pasang, kemeja, telekung kapas sulam warna maroon (detail tu..haha), balm panas cap kaki tiga, minyak angin aromaterapi, kemeja jeans, beg manik, fridge magnet, periuk utk memanggang, frame ayat suci Al-Quran drpd kulit lembu..Berbaloi sbb semua murah kat sini..

Balik dari Serikin, kami singgah ke Gua.. Gua apa ntah yer.. Lupa.. Singgah jap jer dalam 10 minit..



Kami makan tghhari kat pekan Bau... Sempat merasa makanan tradisi Sarawak iaitu ayam pansuh.. Ayam yg dimasak dlm buluh dan diletak pelbagai je daun/pucuk..

Ayam pansuh


Lepas tu, kami decide je Sepilok Wildlife..Tapi dalam masa yang sama nak gi jugak Rumah Panjang Annah Rais.. Last2 hubby ku decide untuk pergi ke Rumah Panjang.. Lagipun kat tempat sendiri mana ada rumah panjang kan..

Jauh gila nak ke rumah panjang ni... hoho...Kalau tak silap melalui Serian.. Sejam lebih nak sampai rumah panjang ni dari Bau..Kiri kanan jalan ade rumah penduduk. Banyak tanaman lada hitam dan padi bukit..

Sampai kat Kampung Annah Rais, kami ke kolam air panas dulu. Kat sini dikenakan bayaran RM5 seorang.




Air kolam dia panas gila hokkey... Siap ade beberapa spot air menggelegak... memang x mampu la nak rendam kaki lama2.. sekadar 3 saat je sekali celup... hahaha.. kat sini ade 2 kolam.. Kolam ni air panas ni sebenarnye terletak dalam kawasan sungai.. kat tgh2 sungai tu boleh pulak ade air panas kan.. mungkin ni aliran gunung berapi kot.. hehehe... apa2 pun semua ni kekuasaan Allah SWT...

OK, lepas tu kami ke rumah panjang.. nak masuk sini kene bayar rm8 seorang.. kat rumah panjang ni memang tempat tinggal rumah orang.. Masa kami kat sini, diorang tgh main daun terup... hahaha...





Kami kat sini x lama, terus balik ke Kuching.. Sempat singgah ke pasar satok.. Pasar Satok ni letaknya di Kubah Ria. Di buka bermula Sabtu petang hingga keesokkanya... Kat sini kami ushar2 dulu terubuk masin sambil jalan2 tgk apa yang dijual kat pasar.. Saya sempat membeli buah kristal utk di makan kat homestay.. Kat pasar ni mcm2 dijual...yg pelik2 x pernah jumpa pun ada..



Kami makan malam kat foodcourt kat situ juga.. banyak gerai.. pilih je yang mana korang nak. haha

Pas makan, balik rumah, tgk tv, zzzzzz............
 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea