Sunday, 25 November 2012

MAHA 2012

Posted by Sizuka at 11:48 pm 4 comments

Assalamualaikum dan selamat malam..

Dah 3 hari bertugas di rumah negeri sempena MAHA 2012..
Dah 3 hari jugak daku berdiet dgn Herbalife..
Semoga pilihan saya betul.. Maklumlah kat MAHA byk makanan best2.. Tapi inilah juga peluang keemasan buat saya utk jalan kaki byk2..

Kepada semua, jom ke MAHA beramai-ramai. Bertempat di MAEPS, Serdang sehingga 2 Disember ini...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, 23 November 2012

Diet dgn Herbalife

Posted by Sizuka at 12:26 am 4 comments

Secara official, saya akan mula berdiet dgn produk Herbalife bermula esok.. Sgt x sabar ok.. Haha..

InsyaAllah saya akan cuba turunkan sebanyak 20% daripada berat skrg... Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya akan cuba dalam masa 39 hari.. Semoga Allah permudahkan urusan saya.. Segala-galanya demi zuriat kami...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, 22 November 2012

Sedih pun ada.. Pasrah pun ada...

Posted by Sizuka at 1:30 am 10 comments
X tau nak buat tajuk apa sebenarnya.. Hentam sajalah.. hehe

Semalam semasa di opis, semasa kami sedang makan sama2 (bos belanje sbb birthday salah sorang staff kami), saya dapat tahu salah sorang staff saya pregnant... baru lg dalam 4 minggu katanya.. due julai 2013.. Dia staff baru kami.. baru berpindah dari tempat lama..

Bila saya dengar berita tu entah lah.. X der perasaan pun ade... Berpura2 seperti tidak kisah.. hmmm... Sedangkan dalam hati mcm nak meraung dah rasenye.. Tapi depan orang, hanya mampu buat muka poyo jer... Sebelum tu dia dah bg hint dah yg event MAHA akan dtg ni dia x dapat bertugas waktu malam sebab dia kata dia lembik.. OK..memula tu saya ingatkan dia lembik sbb masih menyusukan anak.. Rupanya2 dia preggy..

Dalam hati timbul juga rasa cemburu.. Anak sulung dia baru setahun lebih... dan sebenarnya sejak melahirkan anak, baru bulan september lepas period dia datang (means setahun lebih x period).. dan selepas period bulan oktober dia terus conceive.. Mudah dia pregnant.. Sedangkan saya masih begini..

Saya tahu, x baik berperasaan begini.. Tapi sebagai manusia, hati saya kadang kala rapuh dah goyah juga...

Ya Allah ampunilah hambaMu ini...

Monday, 19 November 2012

Rindu

Posted by Sizuka at 10:20 pm 0 comments

Lama betul x update blog.
Rindu kamu semua!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, 8 November 2012

2nd IUI atau IVF?

Posted by Sizuka at 7:29 pm 7 comments
Assalamualaikum wbt..

Since saya failed IUI bulan lepas, dalam kepala ni asik teringat2 nak wat IVF jer??? entah la yer... walaupun bulan lepas tu baru jer 1st IUI saya..

Skrg ni yg berada di dalam hati dan fikiran saya ialah:

1) Umur makin lama makin meningkat.
2) Tak nak membazir duit jika 2nd IUI pun fail jugak. Bab ni mmg sukar la nak ramal sbb 2nd IUI pun belum buat lg kan... Hanya Allah saja yg tahu apa perancanganNya utk kami..
3) Peluang lagi cerah if wat IVF sbb umur belum 30.
4) Peratus kejayaan adalah lebih tinggi berbanding IUI.
5) Hati meronta2 nak hamil dan mempunyai zuriat sendiri.

Setakat ini, perkara ini saya belum suarakan kepada hubby.. Just sebelum ini pernah decide yg ktorg nak try IUI 3 kali sebelum nak wat IVF if semua IUI tu tak menjadi.. Tapi tu lah, skrg ni boleh dikatakan hampir setiap hari saya berfikir, 2nd IUI atau terus IVF jer?

Ape pandangan korang?

Monday, 5 November 2012

Komited

Posted by Sizuka at 10:52 pm 3 comments

Cesss... Tajuk mcm berkaitan hal kerja je kannn.... X nak kalah uolsss!!

Alhamdulillah....Sudah hampir sebulan saya berjaya mendisiplinkan diri utk minum susu kambing setiap hari. Tp minum higoat jer.. X minum pun yg fresh... Susah dapat...

Air zam zam pun sama... Sejak failed IUI, mmg x pernah missed minum.. Juga setiap hari.. Sgt sedap air zam zam ni...

Notakaki: Plan nak g mengurut ngan mak lang minggu depan.. Semoga segalanya dipermudahkan.. InsyaAllah...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, 1 November 2012

Redha...

Posted by Sizuka at 7:06 pm 8 comments

Assalamualaikum wbt..

Lama betul saya x update... Hari ni dah cd8..

Selamat hari raya Aidiladha semua... Di hari raya Qurban ni... Orang lain qurban lembu/kambing... Tapi saya lak redha dgn mengorbankan perasaan... Sayu n sedih... Di malam raya, cik P datang tanpa diundang..

Cik P datang setelah 17 hari saya buat IUI (25 Okt).. Tp sebenarnya dah tau my 1st IUI ni failed mase 13dpiui lagi (20 Okt).. Mase dpt tau failed tu, masa lepas wat UPT dan hanya 1 line jer, hati ni mmg hancur.. Nangis semahunya... Habis basah katil dan bantal dek air mata... Namun, selepas itu, hati ni still mengharapkan keajaiban dariNya.. Ye lor, selagi belum period... Tapi saya redha, rezeki itu belum tiba... Kecundang di 17dpiui...

Tapi saya nangis x lama... Menangis air mata darah sekalipun result tu x akan berubah kan.. Lantas, saya ambil keputusan plan apa yg patut... Ptg tu terus beli air zam zam.. Saya ade terbaca artikel yg menyatakan air zam zam baik utk rahim... Supplement lain mmg dah ada kat rumah...

Mula2 saya n hubby decide nak teruskan 2nd IUI kami bulan ini.. Tp memandangkan bulan ni kami byk travel, hasrat itu terpaksa ditangguhkan sehingga disember atau januari depan..

Diharapkan dgn usaha kami ini akan membuahkan hasil tanpa perlu 2nd IUI dan seterusnya. Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.6
 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea