Tuesday, 4 September 2012

Dah lama teringin..

Posted by Sizuka at 10:03 pm
Assalamualaikum..



Hari ni utk mkn malam saya masak ketam masak lomak cili api letak belimbing buluh.. Mmg mabelesss.. Actually yg teringin sgt tu sbnarnye nak mkn belimbing buluh.. Kalah org pregnant.. Haha..

Tp makan ngan adik je td.. Encik hubby masih terperangkap dalam jammed.. Huhu.. Hubby gerak dr cheras kul 6 lebih.. Sampai skrg kul 10 pm pun masih lom tibe. Sian encik hubby.. Mesti lapar tu. Huhu...

UPDATE:
Eida request resepi...

Bahan-bahan:
Ketam sederhana besar 2 ekor (anggaran 500gm)*
2 btg serai - diketuk*
4 ulas bwg kecil - ditumbuk*
10 tangkai cili padi - ditumbuk*
1 sudu teh serbuk kunyit (nak guna kunyit hidup pun boleh)*
1 keping asam keping*
garam (pandai2 sendiri rase)*
1 sudu teh gula*
Santan pekat (ni ikut suka.. klu suka cair letak sikit, klu suka pekat letak byk.. hihi)
6-7 biji belimbing buluh dibelah dua (nak byk pun boleh)


Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam periuk.. tambah sedikit air.. dalam secawan...
2. Agak2 ketam dah separuh masak, tuang santan dan belimbing
3. Dah mendidih tu tutup lah api.. Sedia utk dihidangkan..

Published with Blogger-droid v2.0.6

4 comments:

::EIDA:: said...

Sodapnyerrrr..... ida suka makan ketam! Ce kongsi resepi sikit... =)

Sizuka said...

Eida, sy dah update resepi... cer cuba cer cuba... hihi

chinta... said...

adeh..sedappppppp nyer..

Nissa Kawaii said...

sedapppppppppppppppp

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea