Friday, 27 April 2012

Balik kampung

Posted by Sizuka at 7:36 am 1 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni kami akan pulang ke kg saya.. Esok amik cuti.. Tapi x dapat sambung sampai selasa sbb isnin tu hubby kena keja.. huhu...

Malam ni kami akan bergerak, mungkin selepas maghrib dan terus ke rumah tok di Bandar Baharu, Kedah.. Esoknye hari jumaat kami akan ke Pantai Merdeka bersama mak, abah, adik2 n adik ipar. Sbenarnya kami ke sana sbb tempat keje abah saya buat family day. Utk family saya, kami amik apartment. Yang bestnye x saba nak men sukaneka.. Haha.. Riang gumbira seperti kanak2 ribena. Jumaat malam lagi best kate abah sbb ade BBQ noks! Siap ade kambing panggang... Di samping tu ade gak sesi karoks. Kate encik suami, dia nak karoks mlm tu.. tp x tau la jd ke tidak, sbb dia pemalu.. hihi... Selalu hubby nyanyi ngan saya (tp sy x nyanyi yer  :p) n sepupu2 atau kawan2 die... Ni ngan org2 yg x dikenali... Hubby plan nak naik bot g tanjung dawai. Ramai yg kata kat ctu best.. Byk jual hasil laut kering... We ols cadang nak beli sotong kering yg boleh mkn terus tu..

Lepas habis family day kami akan balik umah family saya.. Wlaupun sekejap tp haruzz balik. Windu kat ikan2 guppy ku... hehe.. Dan yg best, mak n abah dah simpan buah mangga harumanis utk.. Weeee... Tgh musim kat sane... hihi.. Saya mmg peminat buah mangga.. Sodap! Tapi x leh mkn byk2 ler.. Manis... huhu

Jap g kul 5.. Zasss balik umah.. Kemas2 ape yg patut.. Pastu siapkan sandwich telur n sardin... Utk di ngap2 dalam kete... hehe

Wednesday, 25 April 2012

Mana dia?

Posted by Sizuka at 4:42 am 1 comments
Hari ni cd35...
Perut n pinggang dah rasa sakit, lenguh petanda cik P nak mai sgt2 dah nih..
Tgh tunggu masa je...
Hmm...

Tuesday, 24 April 2012

CD34: Puasa Ganti

Posted by Sizuka at 1:03 am 0 comments
Hari ni saya CD34... masih belom period...
Tapi utk bulan ini saya hanya rasa mild je rasa senggugut nak period.. x seperti bulan2 sebelum ni.. Sakitnya kdg2 sampai rase nak marah2 jer. huhu..

Dan hari ni, saya berpuasa ganti.. Kalau tolak hari ni, ada lagi baki 5 hari...
Tapi harap sgt Cik P x menjenguk. kalau nak dtg sgt dah pun biarlah selepas maghrib...
Erkkk.. boleh gitu? Hehehe..

Utk tahun ni, kitaran haid saya yg paling singkat ialah 32 hari.. dan paling lama 36 hari...
Kalau dah selepas 36 hari tu, hajat di hati nak wat UPT.. Huhu... Sgt la berangan nak dapat double line walaupun xde langsung tanda2 preggy... hihi... Apa2 pun semua ni kuasa Allah SWT...

Tapi x mengharap sgt sbb sepanjang bulan 4 ni saya batuk teruk sampai rasa nak terkeluar bijik mata... pastu asik la selsema dan bersin x hengat.... Kat bawah tu pun setiap kali batuk akan rasa mcm nak terjatuh/terkeluar...

Ok lah.. sekian.....

Friday, 20 April 2012

1st appointment dgn Dr Hamid Arshat

Posted by Sizuka at 6:04 am 10 comments
Assalamualaikum semua...

Perghhhh terase lame benor x update! Agaknya kalau rumah, dah bersawang-sawang dah kot... hihi
Sejak akhir2 ni saya terlalu sibuk dgn kerja.. Macam2 benda yg harus dibuat.. Dan yang terbaru, saya sebenarnya baru saja habis berkursus selama 3 hari... Dan hari ni masuk office, mesyurat dr jam 8.45am sehingga 1 pm... fuhhhhh....

Ok, kembali pada tajuk, kami berjumpa dgn Dr Hamid pada 13 April lepas setelah buat appointment dari bulan February... Sebelum dapat jumpa, mmg saya sgt teruja dan x sabar nak jumpa beliau.... X sabar nak tau apa sebenarnya yang dia nak cakap dan apa plan seterusnya...

Kami sampai dalam jam 8.50 pagi... Jalan agak sesak pagi tu... Di klinik, rupa2nya dah ramai yang menunggu. Kami giliran yang ke 6 lebih kurang.. menunggu hampir sejam sebelum dapat jumpa Dr Hamid. Sebelum tu pembantu doc isi form utk kami dulu. Tanye2 soalan dulu mcm tempoh perkahwinan, period dan mcm2 lah...

Mase dah tiba turn tu, agak berdebar2 jugak lah kan.. Doc tanya beberapa soalan sebelum saya diminta utk masuk ke bilik scan. Dr hamid check serviks, Alhamdulillah dia kata okay jer... Yelah selama ni saya asik risau kerana doc di Azzahrah kata serviks saya x normal. huhu.... Pastu doc hamid wat tvs pulak. Alhamdulillah sekali lagi sbb doc kata rahim normal.

So next plan, dr hamid wat surat refer to Klinik Daya utk wat HSG.. Alamak seriau pulak... huhu.. Tapi x pelah, kalau x buat, x tau apa masalah.. Utk HSG ni saya kena call klinik daya masa period hari pertama datang.. selepas dah dapat tarikh, kena call klinik dr hamid pulak. Kiranya selepas HSG, akan terus ke Klinik dr hamid pulak. Mudah2an semuanya okay..

Dr hamid kata, if HSG okay, akan proceed IUI terus. Ini kerana, sperm hubby x sekaya seperti org lain..  :) Semoga saya antara pilihan Allah SWT utk pregnant utk 1st IUI. Semoga Allah SWT makbulkan...

Lepas selesai perbincangan kami ngn dr hamid, kami terus ke kaunter serahkan fail. Tunggu jap, pastu dapat ubat/supplemnet. Habbatussauda dan kapsul minyak zaitun utk saya.. Hubby pulak dapat omega-3 (fish oil), vit E dan speman....

Masa nak amik ubat/supplement tu, pembantu doc ade bg sikit tips, katanya suami elok amalkan mandi ais dan mencebok/membersihkan "anu" dgn air sejuk dlm fridge... elak sama sekali berendam dalam air panas atau sauna.. tapi isteri pulak digalakkan utk berendam dlm air panas...

Kesimpulannya, kami sgt suka jumpa dr hamid... Dia seperti bapak2 dan sgt professional...

Tuesday, 10 April 2012

Mee Rebus

Posted by Sizuka at 4:35 am 6 comments
Rupa2nya semalam masak menu yg sama ngan Aquagugurl.. hehe.. Saja masak setelah sekian lama teringin.. Tapi kuah gelap sikit sbb kat kedai tu cuma ada keledek kaler purple jer.. Nak g kedai lain, malas... Jadi saya campur ngan kentang untuk elak kuah jadi gelap sgt.. resepi mintak kat Aquagugurl kat SINI.. lebih kurang jer resipi kita.. haha.. cuma utk mee, sy x guna mee kuning tp sy guna spaghetti...


Saturday, 7 April 2012

Kisah semalam CD16

Posted by Sizuka at 12:55 am 4 comments
Semalam masa balik dr kerja, kereta wat hal... lepas isi minyak kat Petronas, saya hidupkan enjin n pusing. rupa2nya saya terlanggar something, terus tayar pecah.... wooohooooo..... nnt kalau rajin saya story lah ye...

CD16 ni jatuh pada hari semalam.. iaitu 5 April.. Sampai rumah terus masuk bilik air.. Amik OPK n test... jawapannya adalah positif.. Test yang saya buat ni merupakan test pertama utk cycle ini... Tapi konfius pulak, bulan ni saya mmg x amik clomid pun.. Berbanding ngan cycle lepas, bila mana saya check pada hari ke 14 -ve, tetapi +ve pada hari ke 18... Cycle lepas saya amik clomid...

Tapi semalam saya sebenarnya saja2 wat test wlupun xde discharge seperti eggwhite tu.... still confuse.. Tapi bulan lepas ade... Tapi yg pelik bulan ni sy ade keputihan.. huhu.. Sebelum2 ni x de pun... Erkk byk betul tapi tapi tapi...

Tentang makanan tambahan pulak, saya masih teruskan dengan jus delima, asid folik dan susu kambing... Selain daripada ubat homeopati (Emm ntah2 subur awal cycle ni sbb ubat homeopati kot?)... Tapi utk bulan ini jus delima dan susu kambing sy amik x menentu sgt n kadang2 terskip terutama semasa sy bercuti lama (9 hari termasuk sabtu ahad) semasa adik saya kawen sbb tertinggal kat rumah..

Sama seperti bulan2 yg lalu, saya masih mengharapkan rezeki itu... Tapi bulan ni kami suami isteri asik x sihat je... Demam, batuk, selsema, sakit2 badan...

Wednesday, 4 April 2012

Masalah Rahim Jatuh

Posted by Sizuka at 2:06 pm 0 comments
Artikel ni saya cilok dr blog seseorang untuk dikongsikan bersama-sama... Sumber asal artikel ini adalah daripada Utusan Malaysia..

JATUH organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari.

Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan JOP itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Kuala Lumpur, Dr. Rosilawati Abd. Ghani berkata, JOP berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.

‘‘Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.
“Walaupun tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan emosi. Kadang- kadang seseorang itu boleh mendapat lebih dari sejenis JOP,’’ katanya.

Jenis-jenis JOP
Bahagian atas/bumbung faraj
Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).

* Gred 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear

* Gred 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj

* Gred 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.

Bahagian hadapan
Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan.
Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.

Bahagian belakang faraj
“Sebahagian dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan ini dipanggil enterosele.
“Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele,’’ terang Dr. Rosilawati.
Kemungkinan besar, kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis, boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas pembedahan.
Menurutnya, ada lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah.

“Ini mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan oleh otot-otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.
“Ia terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan oleh JOP dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti fibroid,’’ ujar beliau.

Punca-punca JOP
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah, antaranya kehamilan dan bersalin; usia dan menopaus; obesiti; ketumbuhan seperti fibroid yang besar dan; batuk atau sembelit kronik.

Lain-lain termasuklah mengangkat bebanan yang berat; keturunan seperti Sindrom Marfan dan etnik; menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing dan; kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.

Simptom dan diagnosis

Wanita yang mengalami masalah JOP yang sedikit, kata Dr. Rosilawati, ada kalanya tidak berasa sebarang simptom atau ketidakselesaan.
“Sekiranya pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas.

“Apabila usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit, rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis.’’
Jatuh organ rahim pula menyebabkan wanita berasa ada benda berat di celah alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.

Pencegahan

* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera

* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang

* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air

* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat

* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.

Rawatan
Dr. Rosilawati berkata, sekiranya JOP masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik.
‘‘Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang/donut yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim dari jatuh.

“Ia boleh digunakan oleh wanita dari segala peringkat usia reproduktif atau yang menopaus, yang tidak boleh atau tidak memilih cara pembedahan,’’ jelasnya.
Mengulas lanjut, ini mungkin disebabkan wanita itu muda dan masih mahu mengandung dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat untuk menjalani pembedahan.
Cuma, ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.

Secara amnya, setiap rawatan individu adalah bergantung kepada pelbagai sebab seperti usia, simptom, jenis JOP, perancangan reproduktif dan seksual, tahap kesihatan serta kesannya terhadap kehidupan wanita itu.

Rawatan pembedahan
Merupakan pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan. Anterior repair-colporrhaphy adalah pembedahan yang dilakukan dari bahagian hadapan faraj tanpa melibatkan insisi/belah di bahagian abdomen/perut.

Dr. Rosilawati memberitahu: “Ia digunakan untuk membetulkan pundi kencing yang sudah jatuh. Selalunya bius sepenuhnya atau bius separuh digunakan.
“Komplikasi yang mungkin berlaku (tetapi jarang) adalah sakit ketika melakukan hubungan kelamin, pundi kencing yang terlalu sensitif ataupun sukar membuang air kecil.’’
Begitu juga dengan posterior repair yang melibatkan pembedahan dari belakang faraj dengan komplikasi yang lebih kurang sama dengan anterior repair. Selain itu, terdapat teknik baru menggunakan pita khas tetapi agak mahal.

“Rawatan pembedahan untuk rahim yang jatuh adalah dengan cara mengeluarkan rahim dari faraj dipanggil histerektomi faraj.
“Selalu juga, ketiga-tiga prosedur tersebut dilakukan serentak kerana JOP melibatkan bahagian hadapan, belakang dan rahim sekali gus,’’ katanya sambil menambah, salah satu komplikasi yang boleh berlaku adalah vault prolapse yang mana pembedahan untuk mengatasi masalah ini lebih merumitkan.

Pascapembedahan

Kebiasaannya, mereka yang pernah mengalami pembedahan melalui faraj akan melalui prosedur pembedahan yang singkat, kurang memerlukan ubat tahan sakit, mengalami pemulihan cepat dan memulakan hidup seperti biasa.
Walaupun begitu, histerektomi mengambil masa tiga bulan untuk pulih sepenuhnya. “Hubungan seks boleh dimulakan kembali enam minggu lepas pembedahan. Usah risau, ia tidak akan mengganggu kehidupan seks normal.

“Yang penting, janganlah malu untuk berjumpa doktor dan menceritakan tentang segala masalah alat sulit yang dihidapi,’’ pesan Dr. Rosilawati. Lakukan pemeriksaan tahunan dan pap smear sebagaimana jadual yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.
Kesimpulannya, rawatan dalam bentuk pembedahan atau bukan banyak bergantung kepada wanita itu sendiri, keseriusan masalahnya serta aspirasi masa depan reproduktif dan seksualnya.

Tuesday, 3 April 2012

Demam

Posted by Sizuka at 1:10 am 0 comments
Balik umah parents hubby, saya demam.... start dari sabtu petang..

Tapi sebenarnya sy dah mula batuk dr seminggu yg lepas.. Sudahnya saya demam.. Mungkin tonsil bengkak... tp x jumpa doc pun...

Dan hari ni badan masih lg rasa x best.. Mata rase sgt berat. Mengantuk yg teramat. Padahal saya cuma makan paracetamol jer.. Mungkin disebabkan tidur yg terganggu kerana kerap terjaga..

Tapi sebenarnya sejak balik dr bercuti lama iaitu semasa adik saya kawen, saya mmg x de mood sgt nak kerja. Saya sering rasa mengantuk setiap masa... kat office, saya boleh sempat terlelap di kerusi. Mujur dalam bilik sendiri.. huhu.. Tapi x kan lah semua ni disebabkan kesan ubat homeopati.. X kan la kot... Sbb ubat homeopati ni bukannya ada drugs pun... Ataupun mungkin disebabkan saya sememangnya asik fikir nak duk berehat di rumah je.... Maka dengan itu, saya rasa mengantuk.. hehhehehhe...
 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea