Saturday, 31 March 2012

Tak sabar nak jumpa budak kecik comey =)

Posted by Sizuka at 1:45 am
Ptg ni lepas balik kerja, kami akan pulang ke rumah parents hubby. Nnt hari ahad lepas maghrib, barulah kami akan bergerak pulang semula ke rumah kami. Mmg setiap bulan kami akan balik umah parents hubby. Begitu juga ngan umah parents saya walaupun ianya kutub utara kutub selatan. Rindu pada org tua melebihi segalanya...

Bercerita pasal nak balik umah parents hubby, saya sebenarnya tiap kali nak balik ke sana saya sgt la x sabar nak jumpa anak sedara hubby iaitu anak adik hubby. Adik hubby tu perempuan. Dah 2 org anak adik dia. Dua2 boboy. Yang sulung umur 2 tahun 6 bulan, si baby pulak umur 8 bulan. Adik hubby ni kawen awal. Mereka kawen pada 2008. Kami pulak 2010.

Dipendekkan cerita, masa adik hubby pregnant yg second, hati dan perasaan saya sgt hancur luluh. Sedih x terkira. Dalam perkiraan saya, sepatutnya saya la yg pregnant bukannya dia. Saya sgt cemburu di waktu itu. Tapi saya buat2 cool. Sungguh sy berpura-pura dan bermain dgn perasaan di waktu itu. huhu...

Walaupun begitu, sy pasrah je. Walaupun sedih, tapi saya berjaya perasaan. Saya x tunjuk langsung depan hubby atau pun depan adik ipar dan mertua. Mmg sy berpura2 x kisah depan mereka. Mujurlah saya dapat mertua yg faham dgn keadaan kami. Mmg mereka x pernah tanya apa. Malah mengambil berat ttg kami. Alhamdulillah..

Dah tiba saatnya, adik ipar saya pun selamat melahirkan. Sgt comel ok.. Boboy tp muke sweet mcm gegurl. Utk pengetahuan, sebenarnya adik ipar saya ni pakai IUCD utk menjarakkan kehamilan, tp kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia hamil jugak tatkala yg sulung berumur setahun lebih. Masa yg second ni lahir, kat pipi dia merah cikit. Mungkin terkena alat tu masa proses nak keluar dr rahim ibunye. Tapi kesan merah tu cepat je dah hilang.

Bab nama pulak, saya mmg x sangka dan terharu apabila adik ipar dan suaminya setuju namakan anaknye seperti yg dicadangkan oleh saya.. Bukan pd keseluruhan nama, Tapi pada perkataan yg ketiga. Kan mmg trend skrg nama pjg2. Hehe.

OK, utk tatapan semua, inilah si tecik comey yg selalu menjadi pujaan hati saya. Rindunye...

Saya yg pegang budak tomey tu.. Dia mmg x kisah pada sesapa.. Sgt x sabar nak jumpe wokey...



NOTAKAKI: Harap2 sesape pun dikalangan ahli keluarga atau sanak saudara hubby x jumpa gambar ni di blog saya... Kalau x, pecah rahsia... Kui3....

2 comments:

sweet tooth said...

macam mata puss in the boot masa dia buat muka kesian kat shrek... heheheh...comel sgt ni... geram...

Sizuka said...

ha'ah la mcm mata puss in the boot. hehe... klu awak tgk die depan2 lg la sgt geram.. ni jenis budak yg senang jaga n sentiase happy. jarang nangis2..

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea