Wednesday, 1 February 2012

1st Appointment

Posted by Sizuka at 7:57 pm
Untuk 1st appointment ni (12 January 2012), kami suami isteri decide nak buat rawatan di Azzahrah, Bangi... Why kat situ? Pertamanya sbb kami nak doktor perempuan dan Islam.... dan dekat ngan rumah kami jugak.. dalam 20 minit masa perjalanan...

Appointment jam 10.30am... lepas daftar, nama saya dipanggil untuk ambil tekanan darah dan berat... Alhamdulillah tekanan darah saya normal... cuma berat je yg terlebih... kikikiki

Lepas tu nama saya dipanggil.. Sejarah keluarga saya diambil... dan doktor juga ada bertanya kepada hubby yg dia pernah kena beguk atau tidak sewaktu kecil.... menurut beliau, beguk yg dialami oleh kanak2 lelaki ketika waktu kecik sebenarnya boleh memberi kesan ketika dewasa iaitu dari segi aspek kesuburan.

Ok lepas tu terus dr scan perut saya.. dan amat mendukacitakan apabila doktor kesan di pangkal rahim saya ade seketul fibroid sebesar 2.5cm x 2.5cm.. saya x tau nak cakap ape... mmg terkejut... bila saya google, fibroid ni sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa saja dan biasanya tidak disedari kerana x rasa sakit....

Satu lagi berita yg saya dapat ialah doktor mengesan kedudukan pangkal rahim saya yg boleh dikatakan berubah. seolah2 seperti tertarik disebabkan fibroid itu... Menurut doktor sepatutnya pangkal rahim saiznya adalah lebih kurang 2cm tp sy punya hanya senipis kertas! doktor kata, kalau saya pregnant pun pasti akan gugur kerana rahim x dapat menanggung janin/bayi.... doc suggest surgery... hmmmm.....

**Nnt saya akan ceritakan pengalaman mengurut saya pada entry lain kerana saya nak kaitkan keguguran dan apa yg nenek urut bagitahu saya....**

Sebelum balik, doktor bekalkan saya dengan Dupasthon 3 biji.... sebiji sehari selama 3 hari... untuk turunkan darah.. Dupasthon ni kalau utk pregnant lady ia digunakan utk menguatkan rahim tp utk org yg x pregnant ia digunakan sebagai ubat utk turunkan darah.... dwi-fungsi laaa...... Clomid pula utk CD2-6....

Sebelum balik, hubby wat appointment kat lab utk hantar sample sperm... dan kebetulan pulak kami dah 2 hari x make love... so esoknya cukup 3 hari.. bolehlah hantar terus sample.. result akan dapat pd next appointment....

9 comments:

Siti said...

Salam perkenalan Sizuka :-)

Sizuka said...
This comment has been removed by the author.
Sizuka said...

welcome siti =)

yannie bunny said...

hi sizuka! slmt berkenalan ;)

Mrs Evergreen said...

all the best.. :)

Sizuka said...

selamat berkenalan jugak... =)

Sizuka said...

thanx dear =)

melur.roslan said...

all the best sizuka..jgn berhenti berusaha ye..

Atie Nash said...

Salam perkenalan...Saya follow awak..hopefully awak boleh follow saya...

Post a Comment

 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea