Friday, 22 July 2016

Kami dah besar tau!!

Posted by Sizuka at 11:21 pm 4 comments
Assalamualaikum kawan2 semua!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin ikhlas daripada kami sekeluarga.. :)

Entry kali ni saya nak gambar2 hero kembar yang semakin besar dan semakin cheeky...
Dah 1 tahun 9 bulan.. Tak lama lg genap 2 tahun  :)
Banyak akal.. lagi2 lah bila lahir2 jer terus ada kawan kannn... sorang buat, yang sorang lagi akan mengikut... hahaha...

Doakan anak-anak kami Muhammad Haaris dan Muhammad Haadif menjadi anak2 yang soleh.. taat perintah Allah SWT, anak yang baik, anak yang bijak serta sihat tubuh badannya..

Dan x lupa juga untuk kawan2 semua, semoga terus diberikan kekuatan dalam menempuhi alam TTC.. In shaa Allah suati hari nnt masanya akan tiba jua.. Aamiin Ya Rabb....


Aidilfitri kedua bersama-sama si kembar.. Alhamdulillah.. 





 p/s: Sesiapa yg berhajat dan berminat nak join support group TTC, boleh emel sy.. byk kosong lagi.. sweetbaby.cutebaby@gmail.com

Tuesday, 12 July 2016

Event Miracle Babies of PHKL

Posted by Sizuka at 11:38 pm 0 comments
Assalamualaikum semua..

Lama sungguh sy x update entry baru.. dah 3 bulan lebih...
Skrg mmg sgt sibuk tgh master..
Ni pun curi2 masa update.. baru balik class sebenarnya.. Anak2 pun dah tido..

nak habaq kat korangggg..
Hospital Pantai yg bertempat di Bangsar akan mengadakan satu event atau lebih tepat Family Day la kot.. khas utk yg pernah mendapatkan rawatan kesuburan di sana...

So sapa2 yg pernah jalani rawatan IUI, ICSI semua di jemput hadir... yg sdg dptkan rawatan dsb pun di jemput..

Di sini, sy copy paste 'surat jemputan' drpd Dr Adilah yg diambil dr blog beliau sendiri.. Kot2 ada yg x sempat nak blogwalking atau yg line internetnya slow etc.....


Untuk julung-julung kalinya,
PHKL akan mengadakan pertemuan sesama pasangan yang pernah mendapatkan rawatan kesuburan di sini, sama ada :

- yang telah bersalin
- yang sedang hamil
- yang sedang dalam rawatan kehamilan
- yang pernah gagal dan masih ingin meneruskan rawatan kesuburan di PHKL

... sama ada melalui kaedah IVF, IUI atau 'courier/transporter FET'.


Cuma....

Yang tak sempat dijemput adalah yang hamil secara ubat subur sahaja atau hamil selepas menjalani pembedahan membaiki sistem peranakan eg pembedahan Endometriosis dsb kerana kami kesuntukan masa mencari rekod/fail memandangkan mereka tiada dalam rekod Unit IVF. Maka, sesiapa yang namanya tertinggal, sesiapa sahaja yang pernah mendapatkan rawatan kesuburan di PHKL dengan mana-mana doktor PHKL, bolehlah menghubungi :

03-22960892 (Ida)

... dengan memberikan nama penuh dan nombor IC atau nombor pendaftaran PHKL untuk dibuat semakan rekod/fail. Kita gunakan juga kaedah 'menjemput diri sendiri' ya. 


Program ini berlangsung selama setengah hari, bermula pada pukul 9.30am dan dijangka berakhir pada pukul 1 tengahari, insya' Allah.


Antara acara menarik;

1. Best Captured Moments Photo Contest.
Pastikan anda menghantar gambar tersebut menggunakan instagram seperti tertera di atas.


2. Mini Me contest
Lebih kurang ala 'siapa yang paling serupa' ala-ala My-Clone masing-masing, cuma ini lebih pada gaya pakaian. Maklumlah anak-anak kecil masih belum nampak sangat seiras rupa dengan ibu atau ayahnya. 

Ada pemerhati pada hari tersebut untuk 'memilih' pasangan ibu-anak atau ayah-anak atau ibu-ayah-anak sedondon sama ada berbaju Hari Raya ataupun berpakaian stail tersendiri.


3. Embrologist For a Day
Anda boleh menyaksikan bagaimana embriologis kami bekerja. Contohnya anda boleh melihat dengan sendiri menggunakan mikroskop yang disediakan saiz dan rupa sebenar sperma dan telur (cuma kali ini menggunakan sperma dan telur haiwan).

Malah, anda juga boleh mencuba melakukan prosedur 'sperm catching', satu prosedur yang memerlukan kemahiran embriologis dan menentukan kejayaan fertilization telur secara ICSI. Barulah anda faham akan kesukaran mereka melakukan tugasan ini, salah satu sebab mengapa kos IVF mahal. Ini baru 'sperm catching' , belum lagi prosedur lain. Sebenarnya ada banyak lagi faktor lain eg 'sperm selection' dll. 


4. Bento Set Demonstration
Anak memilih atau cerewet untuk makan? Anda boleh gunakan teknik 'menghias' makanan untuk nampak menarik di mata anak anda. Yang melakukan demonstrasi ini bukan calang-calang orang. Siapa lagi kalau bukan Pakar Pemakanan PHKL (Dietician). Sesiapa ang telah pernah mendapatan panduan pemakanan dari dietician PHKL lazimnya berpuashati dengan nasihat pengambilan kalori pemakanan yang diberikan.


6. Baby Massage Demonstration
Ini pun diajar oleh staf PHKL yang memang terlatih dalam bidang ini. Sesiapa yang pernah melahirkan bayi di PHKL mungkin pernah bertemu beliau.


7. Program-program lain seperti yang tertera di poster di atas dan beberapa pertandingan atau permainan, saya teka mungkin 'pertandingan ayah yang paling cepat memakaikan lampin anaknya'. Mungkin.


8. Program tambahan yang saya tunggu-tunggu (dah bertahun dah ni dirancang dan ditapis berkali-kali) : pelancaran website baru kami "Journey to Conception" IVF Microsite oleh CEO PHKL : En Anwar Anis.


9. "Couple's Sharing Session" secara informal.
Masa inilah nak buat support group baru atau buka WhatsApp TTC Group tambahan. 


10. Makan-makan juga ada disediakan.
Sewaktu pendaftaran 9.30-10am : light refreshment
Akhir program 12 tengahari : lunch


PROGRAM INI MELIBATKAN PIHAK MEDIA.
Ada sesi 'press conference' di antara pihak PHKL dan media.
Bagi mereka yang inginkan 'privacy' maka tidak dapat hadir, jangan bimbang, kami tidak berkecil hati. Kalau nak datang pakai topeng muka dll, kami tetap sambut dengan tangan terbuka. Tetapi bawa kad pengenalan diri ya.


Di tengah-tengah keseronokan tu, jaga anak masing-masing ya. Nak perhatikan anak orang lain pun boleh juga, manalah tahu kot-kot nak cari calon menantu, ahaha.


Tak sabar tak berjumpa setelah lama dilepaskan kepada doktor-doktor perbidanan yang lain.
Kita jumpa di sana! Insya'Allah

Tuesday, 29 March 2016

Bz mama

Posted by Sizuka at 12:32 am 0 comments
Assalamualaikum semua

Alhamdulillah pengajian saya skrg sudah semester kedua.. 15 April ni final 1st paper..
Sekarang mmg sgt2 sibuk.. kena hantar proposal (x siap lagiii.. matikkk la mokcikk!!!)
pastu assignment yg menimbun lagi..
Ngan twin yg semakin membesar..
Menjadi ibu kepada 2 anak kecil sambil melanjutkan pelajaran sememangnya sangat mencabar..
Letihnya Allah ja yg tau.. Tapi lebih kepada letih otak nak memikir..
Maklumlah sambung belajar umur pun dah tuek.. ehehehhehe...
In shaa ALLAH daku akan buat sebaik mungkin...
Akan cuba sehabis baik mengimbangkan antara keluarga dan pelajaran..
Doakan ianya dipermudahkan ya kawan2...

Byeeee....

Pssstttt: nanti nak share gamba hero2 kembar ku.. semakin cheeky depa tau!

Wednesday, 13 January 2016

Haaris & Haadif di blog Dr Adilah

Posted by Sizuka at 12:56 am 9 comments
Assalamualaikum semua

Dah 2016 dah.. Tahun ni umur pun nak masuk 31... Semoga Allah panjangkan umurku, sihat tubuh badanku, terangkan hatiku, dan lain2 lg.. banyak lagi yang perlu ku lakukan.. hehe

Pengajian sy kini dah masuk sem kedua.. Result sem 1 ok laaaaa.... boleh laaaaa.... Semoga sem ni bertambah baik. In shaa Allah... Saya akan cuba perbaiki lagi. Orang lain boleh, tentu saya pun boleh...

Oh yaaa, nak ajak kawan2 semua ke blog doc adilah ahmat.. Kenapa ya? Kerana di blog doc kesayangan saya ni ada kisah Haaris dan Haadif... Kami masih berhubungan.. Jasa beliau tidak ku lupakan.. Semuanya atas keizinan Allah SWT..

Lets check it out gurls!

Clik link kt bawah ni ok.. :)





Sambil2 tu kawan2 boleh intai entry2 doc adilah yang lain.. Sangat bermanfaat dan mempunyai pelbagai info yang kita perlu tahu. Wajib khatamkan ok!



Wednesday, 4 November 2015

Budak U again!!

Posted by Sizuka at 3:39 pm 5 comments
Yeayyyyy!!! Kita dah jadi budak U balik laaaa...

Hahahhaha..

X semudah yang disangka sebenarnya.. Umur dah 30 baru nak sambung master...
Otakku jem, berkarat....
Rasa mcm risau dan berdebar-debar.
Asik la duk bertanya kat adik2 tentang itu ini.. maklumlah depa fast learner... hehehehe
Nasib baiklah depa baik dan mahu jawab segala pertanyaan hakak... :p

Saya amik course Food Tech di UPM..

Kelas 3 kali semiggu.. 2 kelas malam dan 1 di waktu pagi.. Alhamdulillah skrg sy banyak masa dengan si kembar... Layan karenah diorang, main sama2... Berbanding sebelum ni, 7.20am dah hantar ke rumah pemgasuh. Jam 6.00pm baru dpt amik si kembar.. Sekarang ni, hantar bila perlu sahaja... Alhamdulillah, Tq Ya Allah..

Mudah-mudahan segala urusan kami dipermudahkan Allah.. Aamiin..


Buah hati mama dan babah.. Lena tidur dalam kesejukkan Kundasang....

Monday, 2 November 2015

Hello November!!

Posted by Sizuka at 12:39 am 1 comments
Assalamualaikum semua..

Cepat betul dah November... Lebih kurang 60 hari lagi, kita akan masuk ke tahun baru iaitu 2016...

Banyak cerita yang saya nak kongsi dengan korang semua sebenarnya.. Jom kita senarai satu persatu... Hehehehe...

1. Kisah saya yang bergelar pelajar U kembali
2. Kisah Double H yang sudah berusia setahun!!!
3. Kisah percutian kami ke Sabah
4. Kisah bisnes kecil-kecilan


In shaa Allah slow2 saya akan cuba siapkan kesemua entry2 ni (Dah byk kali janji. huhu)..
Rindu berblogging mcm dulu...

Salam sayang,,

Thursday, 8 October 2015

Mini gath TTC

Posted by Sizuka at 3:03 pm 1 comments
Assalamualaikum wbt semua...

lama x menulis terasa kekok pulak.. hehehe..
x po la.. den cubo yo...  :)

13 September lepas, bersempena Syawal (tp dah 1 Zulkaedah masa tu), kami mengadakan mini gathering TTC di rumah saya bertemakan pot luck... sedap2 makanan semua...

segalanya dilakukan dalam masa yang singkat.. tidaklah kami merancang awal2.. kebetulan saya mengajak utk makan laksa di rumah kerana kebetulan mahu mengajak kawan2 opis dtg ke rumah, kemudian timbul pula idea drpd kawan2 yg lain utk mengadakan perjumpaan sekali...

Alhamdulilah ramai yg datang.. Meriah sangat sampai nak duduk pun x de tempat.. Ampunkan daku ya.. rumah kocik.. hihi...

TTC menyatukan kami semua.. daripada x kenal, kami bersembang di whatsapp dan kemudian menjadi kawan baik...

Jom kita layan gambar.... :)







 

Menggapai Bintang... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea